Showing posts with label Inspiration Boardsnya. Show all posts
Showing posts with label Inspiration Boardsnya. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Wedding Review: Bilik Pengantin

Assalammualaikum dan hai cantik!

Entri yang tak berapa panjang mengenai bilik pengantin Rilla. Bilik ini Rilla hias sendiri sahaja, dan seperti biasa, DIY. Jangan kata hiasan, dengan perabotnya sekali DIY (Macam pelamin, Rilla design, adik buatkan).

Bilik Rilla ni sebenarnya macam loteng, jadi siling dia sloping. Dekat bahagian pintu, siling tinggi sikit, bahagian hujung lagi satu siling rendah. Jadi, untuk perabot, kena hati-hati dengan designnya. Bilik Rilla kecil sahaja, cukup-cukup untuk letak katil, almari dan meja. Rilla banyak gunakan cermin supaya bilik nampak lebih luas dan mempunyai pencahayaan yang baik (sebab cermin akan pantulkan cahaya dari lampu).


Untuk katil, Rilla hanya design katil platform tanpa sebarang headboard. Platform pun simple sahaja kerana Rilla tutup dengan bedskirt untuk sorokkan segala harta karun bawah katil tu. Untuk tak nampak kosong, Rilla buatlah hiasa sedikit bagi menggantikan headbord. Hiasan yang murah dan senang, iaitu paper medalion dan bunga tisu dari Daiso. Paper medalion ni buat saiz besar supaya tak payah nak buat banyak-banyak. Pakai kertas mahjong saja. Bunga tisu pula, beli dari Daiso, tinggal kembangkan sahaja.

Sebenarnya, fungsi hiasan ni adalah untuk sembunyikan satu kesan retakan besar kat dinding tu. Hiasan ini juga dibuat di sat-sat akhir dengan bantuan pengapit dan sepupu-sepupu Rilla pada hari sebelum majlis nikah. Bila dah letak paper medalion dan bunga tisu ni, tiba-tiba siling nampak tinggi sikit. Sebelah katil tu, Rilla letak cermin, RM60 sahaja, beli di Nilai. Cermin ni Rilla guna untuk bersiap. Bawah cemin tu Rilla letak sheep skin rug yang beli kat Ikea, ala yang RM79 tu. Cadar Rilla guna cadar yang praktikal, beli kat Jusco, brand Akemi saja. Tak nak beli yang beropol, bersulam. Nak yang boleh pakai terus. Beli masa sale memang murah, tak sampai RM300 pun untuk king size quilt cover set.



Di sebelah cermin pula adalah almari. Almari ini Rilla design khas. Tak boleh nak pakai almari beli siap sebab siling rendah. Nasib baik famili ada perniagaan perabot besi. Yang seronoknya, bila design almari sendiri, bahagian dalamnya pun Rilla boleh tentukan. Nak tempat gantung, rak berapa banyak dan macam mana. Almari ni guna sliding door untuk jimatkan ruang. Lepas ni korang boleh panggil Rilla Furniture Designer *PANG!!!*



Di bahagian hujung katil, sebelah dengan pintu bilik, Rilla letak meja dan kerusi untuk besiap. Meja ni Rilla tak design. Rilla cuma minta adik buatkan meja dengan lebar mengikut dinding. Sudahnya dibuatkan Rilla meja makmal, hahahaha! Takpelah, rezeki Rilla. Nak jahitkan alas pun tak sempat, gasaklah! Janji kerusi Rilla seksi. Sangat suka kerusi ni.

Minta maaf sebab Rilla tak ada gambar bilik kosong, korang tengok jelah muka Rilla yang cantik ni ye ;p

Wednesday, December 28, 2011

This Used To Be The Inspiration Board for My Sanding Dress

Assalammualaikum dan hello.


Inilah inspiration board Rilla dulu. Tengok tarikh tu, bulan Januari. [Oh, typo "poofy" di situ]. Grace Kelly-inspired katanya. Suka dress ni, nampak demure. Tapi tang kolar nak yang macam gambar yang "colar variation" tu [typo lagi].

Tapi ni dulu. Lepas Rilla buat board ni, Rilla masih lagi rajin melihat gambar-gambar baju pengantin. Kejap nak yang macam tu, kejap nak yang macam ni. Akhirnya, board ni Rilla tak tunjuk pun kat designer, hoho.

Tapi Rilla letak la jugak kat sini. Siapa-siapa yang nak guna, silakanlah ye.