Showing posts with label Pelaminnya. Show all posts
Showing posts with label Pelaminnya. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Wedding Review: DIY Pelamin

Amaran: Entri ini mengandungi banyak gambar

Assalammualaikum dan hai manis

Rilla mahu rehat sejenak dari membuat ulasan majlis pernikahan, lompat ke majlis persandingan boleh? Blog ni pun dah penuh dengan gambar warna biru (warna tema majlis nikah).

Seperti yang Rilla dah maklumkan sebelum ini, pelamin sanding adalah hasil DIY. Mulanya Rilla ingat nak ambil vendor sahaja, tak pernah terfikir nak DIY pelamin sendiri. Ini adalah cadangan ayah Rilla. Bukan cadangan sebenarnya, lebih kepada permintaan yang berbunyi "You better submit your pelamin design now. Senang orang construction nak buat", dan pada ketika itulah baru Rilla sedar pelamin sanding akan diDIY (padahal masa tu dah mintak sebut harga bagai dari vendor-vendor). Syaratnya kena design pelamin menggunakan besi, kerana kebetulan (kebetulan kah?), keluarga Rilla memang ada perniagaan perabot besi. Jadi jika Rilla design, mereka boleh buatkan.


Berikut adalah design-design yang Rilla hantar untuk mendapatkan kelulusan dari mak dan ayah:-

Design #1
Masa Rilla design pelamin ni, tak ramai yang buat pelamin guna bunga kertas. Masa tengok majlis nikah Marion Caunter, jatuh cinta habis dengan bunga kertas. Tapi sebab kena DIY, tak adalah Rilla nak buat penuh satu pelamin, kerana itulah design untuk letak di bahagian tengah sahaja. Kerusi itu boleh di beli dari Bright Sail, harga RM1200 (suka sangat dengan kerusi ni. Masa tu fikir, beli pun tak apa sebab boleh buat jadi perabot di rumah sendiri nanti).


Design #2
Design ini lebih ringkas, hanya perlu tabir di belakang, kemudian panel besi yang dipotong ikut bentuk dahan pokok. Yang ini pula guna bench berbanding kerusin berasingan di dalam design #1. Sebenarnya kami lebih suka guna bench, lebih romantik, hahahaha. Kami adalah pengantin yang berbadan kecil, jadi kerusi highback sangat tidak sesuai.


Ayah Rilla memberi persetujuan kepada mana-mana design (katanya "dua-dua pun cantik"). Jadi Rilla pilih design pertama.


Tapi!!!!!!


Selepas itu, berduyun-duyun pengantin menggunakan pelamin bunga kertas. Masa Rilla Rilla design pelamin tu, belum ramai yang guna, mungkin ada dua-tiga pasang sahaja kerana Rilla design awal. Selepas itu, terus mati keterujaan nak buat pelamin bunga kertas kerana ia telah menjadi pelamin aliran arus perdana. Rilla tidak suka mengikut trend, Rilla tidak suka mengikut aliran arus perdana. Pemberontak katanya.

Jadi Rilla design semula.

Inspirasinya:



Taman vertikal mengunakan palet kayu! (Kanda, nanti kat rumah kita nak buat macam ni, boleh?). Tidak ada masalah sangat jika mahu buat begini kerana di kilang kami memang banyak palet kayu ini, tinggal ambil sahaja.


Designnya:
Dibelakang ada tabir, kemudia fairy lights yang berjuntaian. Seterusnya panel palet di mana ruang diantara palet itu diisi dengan bunga.


Hasilnya:
Erkkk! Tak ada tabir belakang, hahahah. Tak mengapa, Rilla masih cinta dengan pelamin Rilla walau tak ada tabir di belakangnnya. Tak kisahlah jadi macam mana, Rilla tetap suka. Rilla pegang pada konsep, apa yang Rilla dapat, itulah rezeki Rilla, jadi Rilla tidak mahu merungut. Ayah Rilla tukar panel kayu palet menjadi panel besi. Selepas Rilla hantar design, Rilla serahkan sahaja kepada ayah dan adik untuk membinanya.

Rilla hanya mahu pelamin yang ringkas. Rilla sudah tetapkan mahu baju sanding yang Ringkas, jadi design pelamin juga harus ringkas supaya pengantin tidak tenggelam dek dibaham kemeriahan pelamin. Majlis pernikahan dan persandingan Rilla adalah pada hari yang sama (nikah di sebelah pagi, sanding sebelah malam). Jadi pemasangan pelamin hanyalah boleh dilakukan selepas rombongan lelaki pulang dari majlis nikah. Kami ada masa selama lebih kurang 4 jam untuk menyiapkannya (pukul 1 hingga 5 petang).

Pelamin ini dipasang hasil dari gabungan tenaga adik-beradik, pakcik-makcik dan sepupu-sepapat Rilla. Kami tiada rewang kerana menggunakan khidmat catering. Jadi, gotong-royong kami adalah memasang sendiri pelamin (inilah sebab mengapa ayah Rilla mahu DIY pelamin).


Pemasangan pengantin dipantau oleh ayah Rilla. Paparan pada tablet itu adalah design pelamin. Sebelahnya adalah sepupu Rilla merangkap pengacara majlis Rilla malam itu.



Semasa memasang pelamin. Sumpah sangat meriah masa ni! Cuba bayangkan meriahnya waktu rewang dengan orang gelak ketawa, begitulah suasana semasa memasang pelamin ini.


Inilah adik Rilla yang bertanggungjawab memeriksa pembuatan pelamin Rilla di kilang. Pemasangan wayar elektrik di pelamin pun dia yang buat.


Sebelum majlis lagi ayah sudah memberi amaran kepada Rilla untuk duduk sahaja di tepi dan terima sahaja apa hasilnya ("kau jangan nak sibuk-sibuk pasang pelamin"). Dia sudah dapat menjangkakan bahawa hasil pelamin akan lari sedikit dari idea asal kerana akan ada pendapat tambahan. Rilla pun tiada masalah. Cuma Rilla ada terpanjat sedikit untuk mengalihkan kedudukan bunga, ampun ayah.

Bunga, Rilla guna bunga segar kerana lebih murah. Rilla bukan vendor pelamin, jadi jika beli bunga tiruan, agak rugi kerana tidak boleh diguna semula. Rilla gunakan bunga mawar dan sweet william sahaja. Bunga mawar di dalam dua warna. Ikut nafsu mahu beli banyak lagi bunga supaya lebih penuh, tapi Rilla pendamkan sahaja hasrat itu. Lebih baik simpan duit tu (dengar ramai yang cakap, lepas kahwin lagi banyak guna duit. Memang sangat betul!). Fairy lights pula dipasang di depan panel besi itu dan dibiarkan berkelip-kelip (Rilla sudah pesan awal-awal, tetapkan mod lampu supaya tak berkelip). Sudahnya, meriah sangat pelamin aku ada lampu kelip-kelip! Kau ada?

Keseluruhannya sangat berpuas hati dengan pelamin ni, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang membantu. Jazakallah.

Wednesday, November 24, 2010

Kisah Pelamin Saya

Ayah: You better start designing your pelamin now. Senang kitorang nak buat nanti...










Eh?
Like, EHHHHH?????!!!!!!


Pelamin DIY? Bertambah panjangla list DIY saya, huhu

Thursday, September 30, 2010

My Dad is One Funny Man

Ayah saya ni memang kelakar orangnya. Peristiwa ni berlaku tadi, masa dinner.

Ayah: Along, ayah ada hajat, masa ko kawin nanti

Rilla: Ape?

Ayah: Nanti ko kawin, ayah nak bagi gelang emas

Rilla: Nak watpe? *saya pun pelik masa ni, watpe dia nak bagi gelang emas?*

Ayah: Pakai masa sanding la. Ayah nak ko pakai dari sini *tunjuk pergelangan tangan dia* sampai sini *tunjuk pangkal bahu*. Lepas tu dari sini *tunjuk pergelangan kaki* sampai sini *tunjuk lutut*. Tu hajat ayah yang pertama.

Rilla: Okey *saya okeykan aje, dah biasa dengan idea-idea imaginatif ayah saya*

Ayah:Hajat kedua ayah, nanti ayah nak arak ko keliling taman, naik forklift.

Rilla: Cane nak naik forklift tu?

Ayah: Kita angkat je pelamin. Ayah serius ni tau. Ayah nak buat ko nampak macam mami jarum nanti.

Dan memang sepanjang perbualan kami itu, muka Ayah memang serius ok? Banyak lagi idea-idea ayah saya. Hari tu cakap nak arak naik lori, ni dah tukar guna forklift pulak.


Forklift by DIY Trade | Pelamin by Ombak Creative

Apekah?