Monday, November 29, 2010

Flawless Skin

As-Salam readers. Pertama sekali Rilla nak mintak maaf sebab lambat update. Hari tu format PC, pastu dah tak boleh nak setup network. Rupa-rupanya Rilla lupa install driver motherboard =.= Huhu. Ok, kembali kepada topik.

Oh, flawless skin memang la amat diidamkan. Best je kalau kulit kudus mulus. Tapi saya punya kulit acne-prone. Senang berjerawat. Tapi tak lah kritikal. Cuma kadang-kadang ada breakout yang membuatkan parents Rilla bising. Ye, diorang yang bising, Cik Rilla cool saja, haha. Dah macam-macam jenis cleanser dah cuba. Untuk merawat kulit perlukan masa, bukan overnight sapu krim terus boleh dapat kulit halus. Amik masa bulan-bulan. Sebab tu la Rilla dah start cari option untuk rawat kulit. Haruslah mahu kulit flawless time kahwin kan? Kalau kulit cantik, senang nak makeup. A good canvas is important.

Mula-mula Rilla cuba cara facial. Sebelum ni memang tak pernah la wat facial. First time buat kat Aster Spring. Service marveles, dan diorang tak pushy suruh Rilla beli package ke produk ke ape. If I say no, they'll respect it. Diorang guna Dermalogica products. While Dermalogica is good, the facial itself, for me, is quite pricey. So sebelum Rilla commit, Rilla cuba cari option lain dulu.

Then terpikir untuk buat medical treatment jek. Jumpa proper dermatologist. Jadi buatlah research sikit. Akhirnya Rilla amik keputusan untuk dapatkan rawatan di klinik Dr. Ting. Klinik ni well-known jugak. Kat Jalan Imbi. Ramai tau patients dia, dari yang parut chicken pox, critical acne, melecur, macam-macam lah. 1st time pergi time Oktober hari tu. Gigih tau, pagi-pagi dah tercacak tunggu dia bukak klinik. Serious, Rilla pergi hari sabtu, klinik bukak pukul 9 pagi, pukul 8.30 dah start beratur.

Jadi, lepas daftar, tunggu la. Rilla masa tu dapat nombor giliran 20 lebih o.O. Lama gak tunggu. Pastu masuk bilik, tak sampai 10 minit dah diagnose. Sekejap je. Mula-mula doc tanya dulu, "dah kawin ke belum?", "ada planning nak dapat baby ke?" Penting. Sebab dia takut ubat boleh interfere. Tapi sebab Rilla lagi setahun nak kawin, doc cakap ok saja. Doc cakap, jerawat ni boleh disebabkan oleh stress, bacterial infection, dan hormonal changes. So dia explain pasal ubat-ubat yang dia akan bagi dan advise pantang makan makanan berminyak dan pedas.

Ni la ubat-ubat yang Rilla dapat.

Dari kiri. Yang botol kecik warna pink itu adalah ubat untuk dab kat pus-filled pimple. Jerawat yang ada nanah tu. Rilla pakai, jerawat cepat kering dan tak jadi besar. Next, yang botol merah tu, tu cleanser. Pakai 2 kali sehari macam cleanser biasa. Bau cam sabun. Lepas tu dalam bekas kecik tu gel untuk sapu kat kawasan yang berjerawat. Lebih kurang macam moisturiser sebab kulit rasa lembap je lepas sapu. Yang last tu toner. The toner is quite strong, but if paired with the gel, ok saja. Ada lagi satu, antibiotik, kena makan 2 kali sehari. Rilla makan 2 minggu saja. It turns out that my body can't tolerate it. Perut Rilla cepat masuk angin, dan antibiotik ni memang tak sesuai dengan orang yang ada gastrik. Lepas tu Rilla muntah-muntah, terus stop.

The verdict: sangat puas hati. Alhamdulillah, dengan izin Allah, kulit jadi makin elok. Rilla dah pun pergi second visit minggu lepas. Memang nampak perubahan. Rilla ada ambil gambar sebelum dan selepas, tapi tak pakai tudung, malas pulak nak crop-crop edit bagai ;p Lenkali mungkin, hehe.

First visit Rilla kena caj RM155.00. Reasonable jugak. Ubat tu sepatutnya tahan untuk sebluan, tapi Rilla guna sampai sebulan lebih. Second visit Rilla kena RM150.00 tapi untuk 2 months supply without the antibiotic. Jadi, next appointment Rilla dalam bulan 1.

Rilla memang recommend this clinic. Kalau pergi pagi Sabtu senang dapat parking, depan klinik tu banyak parking lots. Tapi jangan lupa bayar, nanti DBKL kasi kompaun sama kamu. Bawak cash k. Rilla tak pernah try bayar pakai debit or credit card, sebab hari tu tanya one of the patient, dia cakap tak boleh.


Ting Skin and Laser Clinic

134, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2144 4848, 03 2148 4806
Consultation hours:
Monday-Saturday: 9.00 am-1 p.m. :: 2 p.m.-6 p.m.
Wednesday: 9.00 am-1 p.m.


Sorry for the picture quality, taken with handphone.

19 comments:

  1. wah..mahal tak rilla? kina pun ad jerawat gak..walaupun pas pakai clinique tu kurang sikit tapi still ada la..parut pun banyak..

    ReplyDelete
  2. sori tak nampak 150 tu..haha..ok la..reasonable..!

    ReplyDelete
  3. Kina:Ok kan harga dia? Ubat tu tak hilangkan parut. Tapi at least jerawat takde, kulit licin skit, so parut boleh cover dengan concealer. Parut tu pun licin, cuma warna gelap je.

    ReplyDelete
  4. that's sooo cheap lah rilla. because before this amy pergi klinik Dr Nathan. well known too and mahal too. ubat yang dia bagi macam lebih kepada pills. untuk cuci2 kat muka macam ada 2 jenis je. pastuh mmg tak leh pregnant for 5 months. tak elok katanya takut nanti boleh cacatkan fetus ke apa. amy pergi dua kali je. habis lah jugak dalam rm600. tapi mmg berkesan lah sebab time tuh muka teruk sangat2.

    ReplyDelete
  5. ehh!! murah tu dearrr....dulu kene kat nathan, lebih rm500...sama mcm amy.....elya dulu pengunjung tetap klinik doc nathan...huhuh....mmg berabeh duit laa gi sana...
    then, bile benti, jerawat dtg balik..huhu...skang ely adlm process berjinak2 dgn facial....alhamdulillah, derang gune product epi. yang penting lepas picit blackhead tu, esoknye tak de parut sngt..
    pjg plak komen elya...haha

    ReplyDelete
  6. Amy n Elya: Murah kan? Hari tu masa survey2, dapat tahu pasal klinik Dr Nathan jugak. Tapi last2 Rilla pegi Dr Ting sebab dekat ngan rumah Rilla. Lepastu banyak ubat sapu luaran je, kira selamat la sikit dari makan pills kan. Tapi gi mana-mana pun takpe, asal kulit cantik :D

    ReplyDelete
  7. wahhhh..sgt2 berguna ini info..tp i tggl sebulan je lagik nk kawen..btw klau ikt perkiraan x sampai sebulan pun lg...tkt plk kang ubt tu ade effect utk dpt baby plk lps kawen...cmne...?? pimple sdg giat tumbuh ni..maybe becoz of hormon changes agknye...;/

    ReplyDelete
  8. Hi Nora :D

    Yup, Doc advice jangan ambil ubat ni kalau ada plan nak dapat baby. Tapi Rilla rasa itu untuk antibiotik je kot sebab kena makan. Yang lain tu ubat sapu je, tak sure kalau ada effect ke tak.

    Biasala tensi2 bila dah dekat ngan majlis [cakap macam ada pengalaman je, hoho] which leads to hormonal changes which leades tu acne.

    Rilla doakan semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  9. heheh..tu la...maybe sbb hormon ni..hopefully smpai mase nnti jgn la die kuar..tq Rilla..! ;)

    ReplyDelete
  10. wahh rilla,kira murah la tu kan.kita takde experience g klinik kulit mcm tu,tapi kawan kita berhabis jugak la,huhu
    sue pun mmg bermasalah dgn jerawat,dah mcm2 produk cuba,tak jadi jugak..sampai la saat sue jumpa satu produk ni,famili prooduk turun temurun,sue nekad cuba,and alhamdulillah sesuai and skrg jerawat dah takde,parut pun dah nipis,ada sikit jer...kita terus pkai yyang ni..wahh pnjang lak komen,hehe

    ReplyDelete
  11. Nore: My pleasure dear. Hope your nikah nanti semua smooth :D

    Cik Sue: Takpe, Rilla suka baca komen yang panjang, haha. Ha'ah kira affordable price dia. Rillla pun baru 1st time amik treatment kat klinik. Sebelum ni try macam-macam produk, asyik tukar cleanser, toner and moisturizer jek. Best la Cik Sue jumpa product yang berkesan. Janji muka lawa, hehe.

    ReplyDelete
  12. Hai rilla..fatin baru follow blog rilla..

    Fatin penah pegi situ sekali tahun 2009..Mase tu fatin nak amik injection untuk eczema..sbb dah tahap king kong..pastu nak pegi confrence kat melaka mase tu..Harus la terpakse inject..Fatin kene charge RM 120.Sgt murah compared to skin clinic yang lain..mcm Nathan kat Jalan TAR and P&R kat Jalan Ipoh..superb mahal..

    Pastu injection tu tahan dlm 4 bulan..tu lah injection paling lama tahan..Fatin penah inject kat Nathan and P&R..cume tahan sebulan jerk..pastu laju² die jadik balik..=(

    Tp lepas tu fatin dah tak penah pegi clinic tu balik..tp mungkin mcm terpakse pegi..sbb terpakse gak amik injection..nak kawen bulan depan..huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. assalam..nak tanya halal tak pills yg dia kasi tu yek? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,
      Not sure sebab saya pun tak ambil pill tu

      Delete
  14. Rilla still pergi lagi ke 2014 ni ke dah stop? -nad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak pergi dah, Nad. Sebab dah pindah Shah Alam...jauh sangat. Tapi my sister pergi.

      Delete
  15. hye rilla...I bru trbaca u punya blog...just nk tnye u..

    u dah stop kn jmpe doc ting..so after stop tu naek tak jrawat lagi.

    seiruly dah putus asa dah nie..duit dah habis beriban dah ni..dri jumpe doktor kulit dlu skrang try proactiv..lgi truk naik jrawat semua...

    tggal nk cuci dgn clorox je ni..(juz kidding)..

    thank you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sekarang naik balik lepas beranak ni, wuuu.

      Delete