Saturday, December 31, 2011

Kita Nak Invite Awak Datang Wedding Kita

*sticky entry*


Assalammualaikum dan hai korang...

Rilla, dengan rasa penuh rendah diri, ingin menjemput anda semua, followers blog ini untuk hadir ke majlis resepsi Rilla pada 1 Januari 2012. Sesiapa yang sudi nak datang boleh ke website wedding Rilla, dan rujuk kepada tab Bride's Reception, di situ disertakan sekali maklumat yang lengkap untuk majlis Rilla. Please RSVP ya, although my wedding buat kat rumah je, buffet style tapi it would help me greatly if you guys can RSVP (if you guys sudi nak datang lah).


*hugs and kisses*

Friday, December 30, 2011

3 Hari Lagi


Looking forward to my spa session today ^.^

Thursday, December 29, 2011

Inspirasi Baju Sanding Saya

Assalammualaikum dan hai cantiks

Kali ini Rilla nak kongsi the actual picture yang Rilla tunjuk kat designer Rilla.









Source lost


Carca marba tak? hahaha. Sian designer Rilla dapat client camni, keh keh keh

4 Hari Lagi


Oh, banyaknya yang kena settlekan. Sape nak jadi assistant Rilla?

Wednesday, December 28, 2011

This Used To Be The Inspiration Board for My Sanding Dress

Assalammualaikum dan hello.


Inilah inspiration board Rilla dulu. Tengok tarikh tu, bulan Januari. [Oh, typo "poofy" di situ]. Grace Kelly-inspired katanya. Suka dress ni, nampak demure. Tapi tang kolar nak yang macam gambar yang "colar variation" tu [typo lagi].

Tapi ni dulu. Lepas Rilla buat board ni, Rilla masih lagi rajin melihat gambar-gambar baju pengantin. Kejap nak yang macam tu, kejap nak yang macam ni. Akhirnya, board ni Rilla tak tunjuk pun kat designer, hoho.

Tapi Rilla letak la jugak kat sini. Siapa-siapa yang nak guna, silakanlah ye.

5 Hari Lagi


Assalammualaikum dan hai korang

Hari ni berjaya menyiapkan bed skirt. Bawah katil ini adalah ibarat gua harta karun, jadi bed skirt adalah sangat perlu untuk menyembunyikannya. Biar pakai kain murah asal nampak mahal. Please excuse tilam yang tak bercadar itu. Tengah hari pergi beli kain kat Nagoya. Dah pukul 10 malam baru siap jahit, banyak sangat breaknya, hahah. Tapi siap juga. Terima kasih kepada adik saya yang tolong angkat tilam 10 inci yang berat amat itu. Alhamdulillah.

Tuesday, December 27, 2011

6 Hari Lagi


Assalammualaikum dan hai cantiks

Saya rasa baju nikah saya sangat awesome! :D
Mata sayalah. Kot mata orang lain tengok, takdelah awesome mana pun.

Monday, December 26, 2011

7 Hari Lagi


Assalammualaikum dan hai korang

How's your long weekend? This entry is a quickie. I have lots to do. Penat. Kerja Rilla lately asik jawap soalan je: "Ni untuk apa?", "Nanti ni nak buat macma mana?", "Ni nak letak apa?", penat. But I know they came from a good place, so Rilla hanya tarik napas dalam-dalam dan jawab.

Ya Allah ya tuhanku. Kau berikanlah aku ketenangan hati dan kelapangan fikiran. Permudahkanlah segala uruskanku dan berkatilah perkahwinanku. Aamiin.

Friday, December 23, 2011

My Dad is One Funny Man #6

Mak: I ingat nak beli kereta baru lah. Kereta I tu dah 11 tahun, dah macam-macam bunyi dah keluar.

Ayah: You nak tukar kereta ape?

Mak: I ngat I nak beli XXX.

Ayah: Takpelah, I bagi you BMW ... Be My Wife.



Oh, I'm gonna miss them terribly.

Thursday, December 22, 2011

My Dad is One Funny Man #5

Ayah: Asirah [my sister], Asirah rasa apa yang buat Along [me] tertarik kat Fuad [my fiance]?

Asirah: Ntah. Dahi dia?

Rilla: *dalam hati* what the...? Mengapakah dahi?

Ayah: Salah!

Asirah: Ntah. Hidung?

Ayah: Salah! Salah! Jawapannya adalah tangan.

Rilla: *dalam hati* what the...? Mengapakah tangan?

Asirah: Kenapa pulak tangan?

Ayah: Yelah, tangan lah yang menarik. Dia tarik Along pakai tangan, takkan nak pakai hidung pulak?

Monday, December 19, 2011

Review: Pre-Wedding Photoshoot

Assalammualaikum dan hai korang.


Entry rushing. Buat jugak entry sebab rasa bersalah pulak kat korang bila tak ada entry baru. Pre-wedding photoshoot kitorang dah buat lama dah, bulan Januari hari tu, which was like 12 months before! (refer to the teaser post). Gila awal buat pre-wedding. Bukan sebab dah meroyan sangat nak kahwin ye, tapi sebab masa tu ada promo. Plus, buat apa nak tunggu last minute? Dah dekat tarikh kahwin, banyak lagi benda lain nak buat, jadi Rilla rasa, tak ada masalah pun buat awal-awal.

We grabbed the promo from Oh! Chenta. Rm100/session, unlimited shoot, DVD copy plus two table calendars (I blogged about it here). Kitorang pun macam ambil saja lah. RM100 je, kenapa tidak cuba nasib kan? What did we have to loose? Akhirnya, nasib memang menyebelahi kami. Our pictures turned out awesome!!

Props Rilla bawa sendiri. Make-up by Fadh Adnan (RM50 je ok? Murah!) Venue kat Putrajaya. Photographer was Hanif Ramli. He was superb! Senang kerja dengan Anep ni. Gambar yang Rilla letak kat sini semua raw pics, even raw pun, dah cantik. Tak payah nak edit sangat. Sebab memang sangat puas hati dengan kerja Anep, Rilla dah book dia untuk outdoor nikah nanti :D Really couldn't recommend him enough. Cousin Rilla pun hire dia untuk E-day dia hari tu. Dan ramai juga BBF yang hire dia (Put and Intan). Enjoy the pics (aku tepek 3 je, kes malas nak letak watermark).

Salah satu prop adalah bunga segar, di beli di Floristika (sambil survey bunga untuk e-day, sambil beli untuk photoshoot).


Yes, I call him "Kanda" and he calls me "Dinda". Klasik tak?


Prop troli office pun ada, hahahah. Gambar ni buat kitorang nampak macam couple yang nakal, hiks.


Fuad + Rilla Pre-Wedding Photoshoot
Vendor: Oh! Chenta
Photographer: Hanif Ramli

Monday, December 12, 2011

Kek Buttercream Sudah

Assalammualaikum dan hai korang :*

Rilla hampir terlupa pasal kek kahwin ni, untuk upacara potong kek nanti. It's there in the back of my mind, cuma terlupa nak letak dalam checklist. Nasib baik kek ni selalu nak tempah dua minggu sebelum, bukan macam kad kahwin, sebulan sebelum, jadi sempat lagi. Rilla punya keinginan, seperti biasa, yang ringkas sahaja. (Semua pun nak simple, heheh). Tak nak yang fondant. Rilla nak kek yang sedap disaluti dengan buttercream sahaja. Best sikit nak makan. Design pun nak yang simple sahaja. Mungkin 2 tingkat, maksimum 3 tingkat sahaja. Plus, memang tak nak splurge untuk kek.

Jom tengok hasil pengGooglean Rilla.


Yang ni comel, tapi empat tingkat.



Rilla tak mintak design macam ni, tapi Rilla rasa design dia cool.



Sangat suka dengan kek ni. Totally my taste! Cuma nak kurangkat tingkat je,



Yang ni design lebih kurang macam yang kat atas. Bunga Anemones! Rilla suka jugak!



Yang ini bukan buttercream, tapi white choclates. Tapi Rilla suka. Saja tempek kat sini buat cuci mata.

p/s: Ada orang tanya Rilla pasal hal-hal kahwin macam kad kahwin Rilla dan macam mana nak lilit dawai kat bunga manggar, tunggu ya. Rilla agak sibuk sekarang.

Tuesday, December 6, 2011

Save The Date Video

Assalammualaikum dan hai korang

Quick one. Enjoy my DIY save the date video. Simple sahaja. Gunakan video klip yang ada sahaja, masa kitorang tengah lepak, masa birthday Rilla, birthday kanda dan masa bertunang. Rilla guna Corel Video Studio untuk editing. A bit tacky, yelah, bukan Manggis yang buat, hoho.


Saturday, December 3, 2011

Weekend To-do List

Assalammualaikum dan hai korang.

Am attempting to have a productive weekend. Trying to get as much stuff done as possible.

1. Cat tingkap
2. Tempah langsir
3. Siapkan bunga pahar (50% more to go!)
4. Siapkan 50% rosette
5. Pergi beli VIP doorgift
6. Katil
7. Baju bertandang progress

Tujuh sahaja. Target haruslah achievable.

Thursday, December 1, 2011

Sebulan Sahaja Lagi!

Asslammualaikum dan hai korang...

Hari ni dah 1 Disember 2011, maknanya genap sebulan sahaja lagi dari majlis Rilla. Sungguh pantas masa berlalu. Rilla masih ada banyak pekara yang perlu diselesaikan. To-do list jangan tanya lah, panjang berjela. My parents got back safe from their trip, Alhamdulillah. Jadi sekarang, baru boleh nak selesaikan hal-hal wedding ni. Tak ada mereka, susah untuk Rilla buat keputusan. Boleh je decide sendiri, tapi tak nak lah kan. Memanglah kita pengantinnya, tapi majlis kita bukan untuk kita sahaja, ianya juga majlis ibu bapa kita, majlis adik-beradik kita, saudara-mara kita. Semua pandangan harus diambil kira. Tapi Allah kurniakan saya dengan keluarga yang sangat wonderful! Semua sedia membantu, syukur. Semua offer diri tanpa diminta. I feel so blessed.

Dulu tengok entri "sebulan sebelum" BBF yang lain, selalu bertanya pada diri sendiri "bila masa aku pulak? apa agaknya rasa dia nanti? kejap je dia ni nak kahwin dah". Lagi-lagi bila baca Kina, Nora, Lisa, Yuyu, Intan, Liyana SCR punya blog (sebab Rilla follow mereka dah lama, jadi rasa macam mengikuti diorang punya journey). So, now that I've arrived at this moment, apakah rasanya? CUAK! AMAT! hahahaha. Bukan kerana pernikahan itu sendiri, tapi kerana majlisnya. Honestly, although I love all the hectic wedding preparation, I'm more excited and looking forward to the life after marriage. Hal majlis belum settle lagi, aku dah pening pikir pasal rumah, perabot segala, hahaha. Kadang-kadang rasa macam lantaklah wedding ni, I just want to be married to my wonderful finace. Boleh gitu?

But like I said, wedding is about your family. Air muka ibu bapa kita. Rilla punya majlis bukanlah grand, biasa-bisa sahaja. Average, typical, Malay wedding. Buat di rumah sahaja (tapi macam lebih mahal dari dewan je?). Tiada vendor-vendor yang gah. Banyak yang akan diDIY (termasuklah pelamin). Banyak yang perlu dibuat. Ok sekarang dah CUAK balik, hahaha. Rasa macam nak cuti sebulan sahaja. Tapi walaupun majlis ringkas, kena proper. Kita nak layan tetamu, jadi seboleh-bolehnya kita mahu buat yang tebaik untuk mereka yang sudi meraikan kita, betul tak?

Tiada majlis yang sempurna sebab yang buatnya adalah manusia. Pasti ada caca-celanya, tapi yang kita mahukan adalah mengurangkan cacat-cela itu. Semoga urusan Rilla ini dipermudahkanNya. Aamiin.

Entry meraban hari ni, hehe, sorry.

Tuesday, November 29, 2011

Rilla's Craft {3} DIY Boutonniere / Rosette / Corsage

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.

Assalammualaikum dan hai korang :)

Entri Rilla's craft lagi. Kali ni DIY boutonniere or rosette or corsage or whatever you want to call them. Untuk dipakai oleh ahli keluarga Rilla masa majlis nanti. This is another example of me being fussy and cerewet. Asalnya nak beli sahaja. Puas mencari, tak ada yang berkenan di hati. Kebanyakkannya terlalu meriah dan besar - besar tapak tangan. Siap ada glitters, which is a no-no for me (tak salah pun glitters tu, tapi Rilla yang tak mahu). Ada yang kecil, tapi terlalu kecil pula - bunga sekuntum sahaja. Rilla suka yang ringkas dan comel-comel je. Jalan keluar? DIY! hahaha.

This is the end result. Saja je buat warna yang bervariasi. Rilla tak tetapkan warna tema untuk ahli keluarga pakai. Jadi siapa pakai baju warna gelap, boleh pakai warna pink cair, yang pakai baju warna cerah, boleh pakai yang warna merah.



Bahan-bahan yang diperlukan. Clockwise:
  1. Bunga tiruan kecil (Rilla beli sepeket RM9.90, ada 144 kuntum sepeket)
  2. Bunga tiruan (yang sejambak. Rilla beli di Romantika, RM6.00. Dalam gambar ni nampak togel sedikit sebab Rilla dah mula buat projek ni, dah banyak yang Rilla cabut).
  3. Riben (Rilla guna grossgrain. Tapi nak guna yang biasa pun boleh).
  4. Gam UHU (boleh guna gam tembak juga, tapi Rilla lebih suka guna UHU).
  5. Pin
  6. Dawai no. 26
  7. Floral tape (Rilla guna warna hijau. Tiada dalam gambar)
  8. Gunting (tiada dalam gambar).

Langkah 1:
Pintal dua bunga kecil.


Langkah 2:
Potong sekuntum bunga besama sedikit tangkainya. Lilitkan dawai.


Langkah 3:
Pintalkan bunga kecil tadi bersama bunga yang kedua.


Langkah 4:
Potong bunga filler (daripada jambak bunga) bersama sedikit tangkainya dan pintalkan dawai. Tak semestinya bentuk ni. Kalau bunga yang korang guna tu bentuk lain, pakai sahaja. Nak pakai daun pun boleh.


Langkah 5:
Pintalkan bunga filler bersama tiga kuntum bunga tadi.


Langkah 6:
Balutkan tangkai bunga dengan floral tape.


Langkah 7:
Ikatkan riben (step ni yang Rilla paling annoyed sekali, Rilla tak berapa pandai ikat riben).


Langkah 8:
Gamkan pin dibelakang. Siap!

Anggaran kos adalam tak sampai RM1.00 untuk sekuntum. Rilla belum siap lagi ni. Quite a few to go. Bunga dah habis pulak. This calls for another trip to Romantika!

Tuesday, November 22, 2011

Invitation Card + STD Video: Done

Assalammualaikum dan hai korang..

Kad Rilla dan Kanda sudah siap dicetak, wah, seronok dan teruja! Secara keseluruhannya Rilla gembira dengan kad Rilla walaupun sempoi dan ringkas. Kad sekeping je, one-colour je pulak tu. Tak sangka pegang kad kahwin sendiri. Selama ni pegang orang lain punya je. Kad ni Rilla DIY design semua, kedai cuma print sahaja.

Lagi satu, video save the date Rilla pun dah siap. Tapi biasa-biasa je. DIY jugak, takde vendor, nak jimat duit. Video amatur tapi Rilla rasa video tu istimewa.

Gambar malas nak edit.

Nanti Rilla cerita detail ya. Sekarang ni sibuk menyiapkan benda-benda DIY yang lain pulak.

Friday, November 18, 2011

44 Days To Go!

Assalammualaikum dan hai korang!

Hari ni kitorang dah mula pantang untuk dating/jumpa, huhu. Selalunya orang pantang 40 hari ke 44 hari? Lantak lah. Kalau ikut Ayah Rilla, dia cakap 2 bulan. Agak susah sikit sebab banyak benda nak kena settle. 44 hari ni kira ok lah.

Just a quick update though. Rilla masih lagi demam. Selalunya Rilla demam 1-2 hari je. Ni melarat pulak. Takpelah, sakit tu penghapus dosa kecil, biar bersih sikit nak jadi isteri orang kan? Curi-curi masa update blog. Tapi dah lalok kesan dari ubatan yang diambil.

Progress
  1. Legal stuff: settle. Thank you to my Adik sebab gi hantar borang kebenaran berkahwin saya kepada tok kadi.
  2. Baju Kanda: Tiga-tiga dah siap. Tinggal nak pergi hantar dry cleaning. Baju kanda sangat cantik. Pandai tailor tu, tak payah fitting. Siap je, terus pakai, ngam-ngam dah. Tengkolok Kanda pun dah siap (ya, kami tempah tengkolok sendiri), cuma bengkung kena alter sikit. Nanti I story-mory pasal baju Kanda ya. Lepas kahwin maybe, haha.
  3. Baju Rilla: Baju nikah, Insya Allah, weekend ni dapat. Baju sanding dan tandang in progress (need to speed this up).
  4. Kasut: Kasut nikah dah beli. Kasut sanding dan tandang nak pergi cari esok, kalau cukup sihat.
  5. Kad Kahwin: Sepatutnya minggu ni siap, I should call them tomorrow.
  6. Favours: Kotak telur tengah print. Need to brainstorm for VIP favours though..hurm, nak bagi ape ek?
  7. Catering: Untuk sanding dah book. Untuk nikah, again, need to call them. Lemah betul Rilla bab-bab call orang ni.
Tu jelah kot yang penting-penting. Daa. Nak tido.

Thursday, November 17, 2011

Next DIY Project

Assalammualaikum dan hai korang...

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Rilla berjaya mengupdate blog ni. Rilla minta maaf sebab tak dapat nak update selalu, kerja di pejabat terlalu banyak. Balik ke rumah pula sibuk menyiapkan projek-projek DIY, dah bersusun projek-projek semua. Sebab Rilla cerewet, jadi banyak yang Rilla DIY sebab nak puaskan hati sendiri. Tulah, sapa suruh jadi pengantin cerewet? Hahahaha. Hari ni sambung MC dari semalam sebab demam tak kebah lagi. Jadi boleh lah curi sedikit masa untuk update blog ni.

Saja nak kongsi projek yang Rilla akan mulakan hari ni. DIY veil. Tak sabar nak start. Kain dari jenis chiffon. Lace pulak french lace. Semua beli kat Jakel. Dapat designer price, murah sikit, tak banyak, tapi at least ada discount. Harga raw materiaL SEMUA rm150. Ok lah tu, sebab dapat french lace yang sangaaat lembut. Kalau tempah mahu beratus-ratus kena keluar.

Bahan-bahannya. Tiada manik, labuci mahupun pearls. Sebab Rilla itu ringkas. Tak payah nak bling-bling sangat.

Daa.

Friday, November 4, 2011

Announcement: Pemenang Giveaway Koleksi Majalah Pesona Pengantin

Assalammualaikum dan hello cantiks

Sorry, sebenarnya nak announce semalam, tapi ada banyak benda kena buat. Rilla mulakan dengan senarai peserta dulu ya:
  1. Kerry
  2. Nora
  3. Rina
  4. Nurul Harnani
  5. Miza Shoppe
  6. Cik Eza
  7. Shura
  8. Nur
  9. Hanisah
  10. Xi Da Ya
  11. Cik Tqah
  12. Lysa
  13. Shayra
Jadi 13 orang semuanya. Nombor tu mewakili setiap peserta. Maka proses random draw pun bermula. Rilla guna Randomizer.org.

Set number per set as 1 and range from 1 to 13. Kemudian tekan Randomize Now!

Mari kita teka, nombor siapa yang kena?

Tadaaa! Nombor 10, iaitu Xi Da Ya! Dear, expect an email from me soon to set date and time for us to meet kat Jusco AU 2 ye.

Kepada yang lain, Rilla mengucapkan terima kasih sebab sudi join contest yang ntah macam ape ni. Tak sangka pulak ramai yang nak, seb baik tak hantar pusat kitar semula.

Thursday, November 3, 2011

Giveaway: Siapa Nak Koleksi Majalah Pesona Pengantin Saya?

*sticky entry*

Assalammualaikum dan hai korang

Rilla nak let go koleksi majalah Pesona Pengantin Rilla, secara PERCUMA! Khas untuk pembaca kesayangan Rilla. Hahaha, tapi ada ke orang yang nak? Hopefully ada lah. Koleksi adalah dari Jun 2010 hingga September 2011 (16 naskah kesemuanya). Sebenarnya, Rilla dah stop beli PP ni, see, isu Oktober pun tak ada sebab dah tak cukup ruang nak simpan. I need to clear up some space. Semua naskah ini masih berkedaan sangat baik. Ingat nak hantar tempat recycle je. Tapi dari recycle, baik offer kat korang dulu kan? Kalau takde yang nak, baru hantar recycle.


Siapa nak, angkat keyboard!! Hahaha. Ok, letak balik. Apa yang perlu korang buat? Don't worry, tak perlu buat karangan "Koleksi Majalah Pesona Pengantin Impian Saya" atau upload gambar comel anda da pasangan ke FB page Rilla (wah, ko bajet ko selebriti ke Rilla, nak ada page bagai?). Undian 'Like' terbanyak akan memenangi hadiah ini! Oh, jangan bimbang, tidak perlu semua itu. Dan anda tak perlu Follow blog ini pun. Ini adalah give away yang paling ringkas kerana Rilla itu ringkas (slogan baru). Anda hanya perlu menjadi pembaca blog ini (sah-sah la kalau korang tengah baca entri ni automatik jadi pembaca blog ni kan?) dan tinggalkan alamat email anda di ruangan komen!

Ya, itu sahaja. Rilla dah cakap, senang je.

Tunggu! Ada syaratnya! Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia yang sah berumur 18 tahun dan ke atas (letak syarat ni supaya nampak lebih formal)
  2. Perlu menerima kesemua naskah, tak boleh pilih-pilih ok? Kena ambil semua.
  3. Tiada penghantaran di sediakan. Kena ambil sendiri di Jusco AU 2, Kuala Lumpur.
Kalau ramai yang nak, Rilla akan buat random draw ok? Kalau sorang jek, aku bagi je lah. Give away di tutup pada hari Khamis 3 November 2011, pukul 6.oo petang waktu tempatan.

Please join? Sayanglah nak hantar tempat recycle...

nota kaki: Ye, Rilla tahu Rilla banyak hutang tag.

Wednesday, November 2, 2011

Rilla's Craft {2} DIY Lace Ribbon Flower

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.
Assalammualaikum dan hai uolls

Projek Rilla's Craft kali ini adalah agak mudah. Kali ini adalah tutorial untuk membuat fabric lace ribbon flower.

Inilah yang kita nak buat


Bahan-bahan:
  1. Reben renda
  2. Gunting
  3. Benang
  4. Jarum

Langkah 1
Anda perlukan reben renda seperti ini. Tidak kisah pasal lebarnya. Yang Rilla guna ni kecil je. Potong sepanjang mana yang anda mahukan. Rilla potong 12 inci.


Langkah 2
Jahit jelujur di sepanjang bahagian bawah reben renda.


Langkah 3
Bila dah sampai hujung, tarikkan benang jahitan tadi. Ini akan menjadikan reben renda beropol.


Langkah 4
Betukkan ropolan tadi dalam bentuk bulatan.


Langkah 5
Jahit sedikit di bahagian belakan bunga untuk kemaskan kedudukan ropol dan matikan jahitan.


Siap! Boleh ditempek di mana-mana. Veil, tudung, baju, doorgift, guestbook dan macam-macam lagi.

BTW, Rilla buat bunga ini bukan untuk wedding Rilla, tapi untuk patch kat satu baju Rilla ni, tapi turned out, Rilla lebih suka baju tu polos (polos kau!). Jadi tak guna pun bunga ni. *Fikir nak tampal kat mana*

Monday, October 31, 2011

Pameran Pengantin Malaysia 28-30 Oktober 2011

Assalammualaikum dan hai korang

Makin susah nak cari masa nak update blog sekarang, minta maaf ya. Siapa pergi ke Pameran Pengantin Malaysia kat SACC minggu lepas angkat keyboard! Rilla pergi juga, semalam. Sebenarnya bukan nak survey apa pun. Dah tinggal lagi 2 bulan, nak survey apa pulak kan? Sepatutnya semua dah book and confirm. Sepatutnya lah. Pergi sebab OP Rilla buka booth kat situ, dah memang a few days before dia dah call untuk updates dan 50% payment. Jadi pergi untuk bayar 50% tu lah dan bincang flow majlis semua. I love my OP punya service dan PR, so far lah. So far so good orang kata.

Lepas tu terfikir, kotak telur belum beli atau book lagi. Sekarang kan trend orang bagi goodies kan? Maksud Rilla, selalunya keluarga pengantin akan bagi paper bag, dan dalam tu akan ada macam-macam seperti gula-gula, bahulu, kerepek dan sebagainya. Family Rilla tradisional sikit. Kami lebih suka mengekalkan tradisi memberi telur rebus. Masalahnya sekarang, kotak telur sangat susah nak cari. Semua kotak-kotak yang Rilla survey semuanya terlalu besar untuk telur. Bergolek-golek la telur kat dalam tu nanti, kikiki. Rilla tahu ada kotak ready made untuk telur, selalunya akan ada corang kerawang-kerawang, bunga-bunga atau warna silver dan gold. Tapi tak kena dengan taste Rilla. Nak beli plain square box warna putih ada, tapi RM1.20/unit, macam tak berbaloi je?

Tapi Alhamdulillah, masa pergi SACC semalam, jumpa satu vendor yang memang buat customised square box untuk telur. Bila customised, kita dah boleh print siap-siap nama pengantin dekat kotak tu, jadi dah tak perlu nak tempah sticker atau TQ tag lagi. Senang kerja. rilla pun dah malas nak fikir, terus bayar booking sahaja. legaaa.

Free picture from Izz Studio's photobooth. Abis guestbook dia Rilla conteng, heheh.

Did you guys went to PPM? What did you do?

Friday, October 28, 2011

{Promotion} Yassin Doorgift by Creatively Designed

Perhatian: Saya bukan vendor tempahan Yassin. Sila berurusan secara terus dengan pihak Creatively Designed.
Assalammualaikum dan hai korang

Ingat tak hari tu Rilla ada mention pasal nak bagi Yassin as doorgift untuk nikah? Well, I'm glad to share with you all this promo from Creatively Designed. Diorang dah keluarkan packaging baru which is customised Yassin in harcover boxes. Ada dua warna untuk kotak tu:

Pearly White


Gold


Ini pulak closeup kotak tu. They're using high-quality paper. I think it's gorgeous!


Cover dia boleh customized, banyak design yang boleh dipilih. Full color printing.


Ni pulak bahagian dalam. Terjemahan dia adalah word-by-word. Bagus juga, boleh belajar perkataan Arab sikit-sikit.

More info:

Size :
15 x 10.6 cm (A6 size)

Material :
Content - 80 gsm Simili paper (40 pages)
Cover - 230 gsm Art Card

Printing :
Content - 1 color printing
Cover - full color printing with matte lamination

Ready made content (for qty less than 500 pcs)
Specification : Book content cannot be changed. Only book cover is fully customized. We will use digital color printing.

Price :
RM 3.00 (50 pcs - 199 pcs)
RM 2.50 (200 pcs - 349 pcs)
RM 2.30 (350 pcs - 499 pcs)


Custom made content (for qty more than 500 pcs)
Specification : You can change the whole book, from the cover to every single pages-set your own color, add special thank you text on the first page. We will use offset printing.

Price :
RM 2.50 (500 pcs)
RM 2.00 (800 pcs)
RM 1.50 (1000 pcs)
RM 1.20 (1500 pcs)
RM 1.00 (2000 pcs)


Additional Packaging (Hard board box)
RM 2.50 (less than 1000 pcs)
RM 2.00 (more than 1000 pcs)


Year End Offer - for qty less than 1000 pcs

Yasin : RM 1.50/pc
Yasin + Box : RM 3.50/set

* Book cover printing in black/white only

Tunggu apa lagi? Jom sebu Cratively Designed!