Assalammualaikum dan hai korang
Makin susah nak cari masa nak update blog sekarang, minta maaf ya. Siapa pergi ke Pameran Pengantin Malaysia kat SACC minggu lepas angkat keyboard! Rilla pergi juga, semalam. Sebenarnya bukan nak survey apa pun. Dah tinggal lagi 2 bulan, nak survey apa pulak kan? Sepatutnya semua dah book and confirm. Sepatutnya lah. Pergi sebab OP Rilla buka booth kat situ, dah memang a few days before dia dah call untuk updates dan 50% payment. Jadi pergi untuk bayar 50% tu lah dan bincang flow majlis semua. I love my OP punya service dan PR, so far lah. So far so good orang kata.
Lepas tu terfikir, kotak telur belum beli atau book lagi. Sekarang kan trend orang bagi goodies kan? Maksud Rilla, selalunya keluarga pengantin akan bagi paper bag, dan dalam tu akan ada macam-macam seperti gula-gula, bahulu, kerepek dan sebagainya. Family Rilla tradisional sikit. Kami lebih suka mengekalkan tradisi memberi telur rebus. Masalahnya sekarang, kotak telur sangat susah nak cari. Semua kotak-kotak yang Rilla survey semuanya terlalu besar untuk telur. Bergolek-golek la telur kat dalam tu nanti, kikiki. Rilla tahu ada kotak ready made untuk telur, selalunya akan ada corang kerawang-kerawang, bunga-bunga atau warna silver dan gold. Tapi tak kena dengan taste Rilla. Nak beli plain square box warna putih ada, tapi RM1.20/unit, macam tak berbaloi je?
Tapi Alhamdulillah, masa pergi SACC semalam, jumpa satu vendor yang memang buat customised square box untuk telur. Bila customised, kita dah boleh print siap-siap nama pengantin dekat kotak tu, jadi dah tak perlu nak tempah sticker atau TQ tag lagi. Senang kerja. rilla pun dah malas nak fikir, terus bayar booking sahaja. legaaa.
Free picture from Izz Studio's photobooth. Abis guestbook dia Rilla conteng, heheh.
Did you guys went to PPM? What did you do?