Assalammualaikum dan hai korang
Rindu tau! Hahaha, salah sendiri kan biar blog berhabug. Rilla cuba sehabis baik untuk kembali mengemaskini blog dan sambung buat review. Maaf ya, ini semuanya kerana hal itu.
Entri ini Rilla dedikasikan kepada Diana Dian. Dia email Rilla tentang henna atau inai yang Rilla pakai masa nikah hari tu.
Rilla takde semua gambar kahwin dengan Rilla sekarang ni, semua dalam hard disk kat rumah. Rilla dah sebulan tak buka PC tu, percaya tak? Hahaha. Yang ada cuma gambar outdoor nikah sebab CD dia memanng dah sedia ada dalam laptop ni.
Inilah rupa inai yang Rilla pakai. Kalau korang tengok dalam video nikah pun ada dan lebih jelas. |
Rilla guna inai serbuk yang Rilla kirim dari Mekah.Tak campur dengan apa-apa pun kecuali air. Rilla sangat suka dengan warnanya. Tak terlalu merah dah gelap. Sweet sahaja. Dan memang Rilla sengaja nak pakai inai style tradisional, iaitu cuma di jari tanpa ukiran-ukiran bunga ke apa. Nak nampak kalsik. Rilla kan ringkas orangnya.
Tentang cara nak pakai, Rilla minta bantuan BFF merangkap pengapit Rilla, Na. Lepas dah bancuh inai dengan air, NA letakkan inai tersebut di sekeliling jari Rilla. Lepas tu potong plastik kecil-kecil (Rilla guna plastik shopping warna putih) untuk balut inai tadi. Kemudian Na sellotapekan plastik tadi. Rilla pakai sehari sebelum nikah. Inai ni sangat tahan lama. Sekarang ni dekat jari dah habis sebab kuku dah memanjang. Tapi dekat kaki masih terang, tak pudar pun. Jadi malam tu Rilla tidur dengan inai sekali. Esok paginya, bangun, baru basuh inai tu. Cara ini membolehkan Rilla tidur tanpa mengotorkan cadar.
Maaf gambar kurang jelas, ambil pakai kamera telefonsahaja di waktu bilik sudah gelap, sebelum tidur. |
Harap ini membantu, Dian :)