Assalammualaikum dan hai semua~
Apa nak jadi dengan ini perempuan, dah 9 bulan pun tak habis-habis lagi review. Okay, Rilla sambung review pasal catering ya.
Untuk catering, memang Rilla bagi keutamaan. Biar mahal sedikit, tak apa, asal makanan sedap dan servis bagus. Rilla tidak kisah berlebih untuk catering. Sedikit tips untuk memilih caterer di hari bahagia anda: jangan pilih caterer semasa di pameran pengantin. Sebaiknya pilih caterer ketika korang pergi kenduri di kawasan sekitar. Dari sini kita boleh lihat bagai mana servis mereka, bagaimana rasa makanan mereka sebenarnya. Kalau boleh tanya sekali tuan rumah tu bagaimana pengalaman mereka dengan caterer tersebut.
Begitulah cara Rilla memilih caterer. Katika menghadiri majlis persandingan di Rawang, terus suka dengan caterer ini: Khatijah Catering. Jauh kan Rawang - Keramat? Tapi mereka memang boleh sediakan perkhidmatan sekitar Lembah Kelang. Masa makan di kenduri kat Rawang tu, rasa sedap sangat ayam goreng berempah dia. Lauk pula banyak jenis yang disediakan. Mak Rilla buat assumption 'Ni mesti pakej RM20/pax ni'.
Rilla minta no telefon mereka dan minta sebut harga. Harga yang diberikan memang sangat berpatutan. RM13/pax dengan menu berikut:-
- Nasi Tomato
- Nasi Putih
- Ayam goreng berempah
- Daging rendang mamak + sambal sotong
- Dalca daging + gulai tumis darat ikan masin
- Kerabu mangga + jelatah
- BuahTembikai
- Air Sirap Selasih
- Air Mineral
- Bubur pulut hitam + jagung
Lauk Pengantin
- Ayam golek masak briani
- Ikan siakap tiga rasa
- Sotong masak lemak
- Udang galah goreng tepung
- Hati lembu masak kicap
- Sayur campur
- Buah gubahan
- + lauk utama
Selain menu di atas, Rilla juga dapat set khemah arabian, kerusi, meja dan lain-lain untuk khemah tetamu. Murah kan pakej diorang? Pilihan menu pun sangat banyak. Air pun berjenis-jenis boleh pilih.
Alhamdulillah, maklumbalas tetamu sangat positif, terutamanya pasal sambal sotong. Majlis adik-adik Rilla baru-baru ni pun kami menggunakan khidmat mereka sekali lagi. Dan atas permintaan saudara-mara, sambal sotong dimasukkan ke dalam menu lagi sekali.
Kepada yang berminat, boleh rujuk gambar di bawah ya. Harap maklum, sekrang mereka tak sediakan perkhidmatan canopy, khas untuk catering sahaja.