Assalammualaikum dan hai aweks,
Sape pembaca tegar blog
Rizalman Ibrahim? *sayaaa...sayaaa* Kalau tengok
recent post dia, perasan tak nama pemenang contest dia yang no. 1 tu sama dengan nama saya? Itu adalah kerana memang saya pun yang menang itu *ok, sumpah bunyik belagak gila ko punya ayat, Rilla. mintak pelempang ke ape?*
BBF ramai yang dah tahu, tapi still rasa macam nak share kegembiraan Rilla dengan readers semua.
Memandangkan saya dapat no.1, maka busana nikah saya akan ditaja oleh Rizalman. Sila jangan jeles. Hahaha. Sebabnya takdelah menang sponsor baju ke apa, tapi dapat pergi tengok fashion show Puteh dan Rizalman 2011 Bridal dia. Sebenarnya no. 1 ke 2 ke ape ke takde beza. Semua hadia sama. Atau mungkin yang no 1 tu mulut paling lahar kot? haha.
Serious tak sangka boleh menang dengan menggunakan slogan sengal yang berbunyi seperti berikut:
"Rekaan Rizalman kerap ditiru kerana kalau tiru rekaan orang lain karang, tak berapa nak laku la pulak"
That was the slogan that came on top of my head. Alhamdulillah. Rezeki saya. Memang saya mengagumi Rizalman. For me, kalau nak buat ranking fashion designer kat Malaysia ni, saya akan letak Rizalman no. 1. Terima kasih untuk peluang ini. This means so much to me, sebagai seorang yang memang passionate tapi belum ada rezeki nak jadi seorang designer. Tak pernah dapat peluang tengok fashion show. Selalu tengok kat Youtube or kat hotel yang ada channel F.TV jek.
First time masuk and menang online contest. That's why nampak jakun bebenar. Maafkanlah diriku. Kanda dipaksa untuk jadi plus one saya. Terus dia ajak saya shopping Sabtu ini. Mahu cari baju pink bunga-bunga katanya, untuk dia pakai ke fashion show Rizalman itu nanti =.=;;