Friday, April 29, 2011

Princess Catherine [Kate Middleton] Wedding Dress

Assalammualaikum dan hai

Sompat lagi Cik Rilla buat entri, haha.. penat la buat prep, rehat jap.

Perfect.

No other words can describe on how Kate Middleton looks on her big day today. Tak ada satu pun yang Rilla akan ubah, I love the whole thing - the dress, the makeup, the veil, the bouquet.



See? Perfect kan? Dress Pippa pun sangat cantik. I'm guessing the scalloped train is about 2-3 metres. The Dress is by Sarah Burton for Alexander McQueen.



Perasan tak kat waistline bahagian belakang baju tu ada ruffled bow? Suka sangat.



The top of the dress is hand-embroidered with English and French chantily lace. Inner kat dalam ada sweetheart neckline. Suka makeup dia jugak. She glowed with radiance.



Kat belakang baju ada sederet fabric-covered buttons.



I'm loving the silk tulle veil. Ala-ala kabus gitu dan kita masih boleh lihat muka dia. *Berangan nak silk tulle veil jugak nanti* Bunga-bunga kat veil dia pun sulam tangan.



Notice the bouquet? Menarik kan bentuk dia. Dan lebih kecil dari bunga tangan yang selau digunakan oleh pengantin-pengantin lain. But I do think that that's a smart choice. So orang akan lebih tengok dia, bukan tengok bunga yang dramatik.

Mungkin ada orang cakapbaju Kate simple sangat. Tapi bagi Rilla, perfect. Dia boleh je pakai gaun kembang semangkuk, sebab dia memang seorang puteri pun. But she chose not to. She doesn't overdo it. Sesetngah pengantin selalunya akan jadi overdramatic, baju bling, lepas tu subang bling, rantai bling, gelang bling, bouquet terlampau kontra, tudung bling, veil bling, lepas tu pakai tirara besar. Ni personal opinion Rilla je k, harap jangan terasa. Cuba tengok Kate, accessory dia cuma pearl-drop earring. Tiara dia pun sweet, tak besar sangat. Rilla suka sebab dia lepaskan rambut, that's so Kate. Tak pernah Rilla nampak Kate sanggul rambut dia, so it's only logical that she let her hair down during her wedding.

Baju dia macam bajju Grace Kelly. Cuma baju Grace Kelly, lace dia ada lebih banyak sulaman, dan neckline dia tinggi. Tapi memang similiar. Grace Kelly's wedding dress ni memang dah lama jadi angan-angan dan inspirasi Rilla.


Grace Kelly wedding dress. Lebih kurang kan?

Rumusannya, Rilla suka Kate's wedding look sebab simple. She's going to look timeless. Nanti 30 tahun akan datang, tengok balik baju dia, still akan nampak cantik. Rilla lebih kagum tengok pengantin yang pakai simple berbanding pengantin yang overbling [again, my personal opinion]. Lagi simple, lagi bagus. I'm weird like that.

Image Source

Tuesday, April 26, 2011

Intai-intai: Engagement Dress

Assalammualaikum dan salam rindu you alls..

Gedik kan baju tunang pun nak teaser..haha. Okehla daripada tak update kan? Oklah, tak nak tulis panjang-panjang. Korang layanlah pic ni. Rilla sibuk sikit nak settlekan hal-hal E-day. Kaler tak edit, just gambar tu Rilla edit sikit, kunun nak macam vintage effect. Cit, poddahh.


Thursday, April 21, 2011

{Tutorial} DIY Fabric Flower: Poppy

Assalammualaikum dan hello cantiks :*




Rilla kembali lagi dengan tutorial fabrik flower. Asik entri DIY jek. Takpe ke ni? Just to share with you guys another technique of DIYing fabric flower. Rilla guna teknik ni untuk buat bunga ala-ala bunga poppy. Malas nak buat pendahuluan panjang-panjang. Teruslah kita ke tutorial.




Mula-mula sekali, ambil kain dan lipat-lipat. Tak kisahlah nak lipat 8 ke, lipat 16 ke, asal korang boleh gunting. Kemudian, gunting seperti bentuk gitar macam dalam gambar di atas. Untuk projek ni, Rilla guna kain polyester mix. Memang kain perca yang ada kat rumah. But I would think that satin will give you a closer effect to a poppy's petal.




Kemudian, dekatkan dengan api untuk mengkerepotkan [?] kelopak yang telah dipotong tadi. Kalau kelopak anda kecik macam yang Rilla buat ni, seeloknya pakai tweezer untuk langkah ini to protect your pretty fingers. Untuk bunga ini, Rilla sajaje biarkan kelopak tu terbakar sampai hitam. Takpe, sebab kain pun warna gelap. So it sort off adds to the charm.




Inilah rupa kelopak yang telah dibakar. Mengikut pembacaan Rilla, bunga poppy ada 4 hingga 6 kelopak. Rilla buat yang ada 6 kelopak, jadi Rilla perlukan 3 helai kelopak yang macam kat atas ni untuk hasilkan sekuntum bunga.




Untuk mencantumkan kelopak, mulakan dengan menindih dua helai kelopak dan bentukkan macam huruf X. Kemudian jahitkan sedikit untuk tetapkan kedudukan kelopak. Nak gam pun boleh, tapi Rilla prefer jahit.




Kemudian tindihkan kelopak yang terakhir dalam kedudukan menegak dan jahit lagi untuk mengukuhkan kedudukan kelopak.




Kemudian, jahitkan manik secara berselerak di kawasan tengah bunga. Try to conceal the little stitch we did just now. Rilla pakai 5 hingga 6 biji manik untuk sekuntum bunga.




Siap sudah :D Semoga maju jaya [macam ayat dekat depan kertas periksa je?]

Monday, April 18, 2011

E-Day Inspiration: Flowers

*Ini adalah entri erjadual. Masa ni Cik Rilla sudah pergi outstation*

Assalammualaikum dan hello...

Kali ni Rilla nak kongsi bunga-bunga yang memberikan inspirasi kepada Cik Rilla untuk deko E-day nanti. Walaupun gambar yang Cik Rilla letak ni semuanya fresh flower belaka, Cik Rilla takde pun menggunakan fresh flower untuk E-day nanti. Sekadar pemberi inspirasi sahaja. Lagipun, bunga-bunga ni memang susah nak cari.



Fiance2Wife

Peonies!!! Suka sangat bunga ini. Kembang semangkuk je, geram tengok. Bunga ni ada dalam pelbagai warna pastel.



Judy B Flickriver

Poppy flower, selalunya warna merah. Bunga ni boleh diekstrak untuk buat opium dan dadah macam morfin. Hahah.



Wedding Bee

Yang ni rasanya tak payah nak introduce lagi kot? Hydrangea yang sangat diva dan sukar untuk dijaga.

Kalaulah dapat gabung semua bunga ni buat handbouqet, alangkah lazatnya...yummeh!