Thursday, June 28, 2012

Wedding Review: Henna/Inai

Assalammualaikum dan hai korang

Rindu tau! Hahaha, salah sendiri kan biar blog berhabug. Rilla cuba sehabis baik untuk kembali mengemaskini blog dan sambung buat review. Maaf ya, ini semuanya kerana hal itu.

Entri ini Rilla dedikasikan kepada Diana Dian. Dia email Rilla tentang henna atau inai yang Rilla pakai masa nikah hari tu.

Rilla takde semua gambar kahwin dengan Rilla sekarang ni, semua dalam hard disk kat rumah. Rilla dah sebulan tak buka PC tu, percaya tak? Hahaha. Yang ada cuma gambar outdoor nikah sebab CD dia memanng dah sedia ada dalam laptop ni.

Inilah rupa inai yang Rilla pakai. Kalau korang tengok dalam video nikah  pun ada dan lebih jelas.

Rilla guna inai serbuk yang Rilla kirim dari Mekah.Tak campur dengan apa-apa pun kecuali air. Rilla sangat suka dengan warnanya. Tak terlalu merah dah gelap. Sweet sahaja. Dan memang Rilla sengaja nak pakai inai  style tradisional, iaitu cuma di jari tanpa ukiran-ukiran bunga ke apa. Nak nampak kalsik. Rilla kan ringkas orangnya.

Tentang cara nak pakai, Rilla minta bantuan BFF merangkap pengapit Rilla, Na. Lepas dah bancuh inai dengan air, NA letakkan inai tersebut di sekeliling jari Rilla. Lepas tu potong plastik kecil-kecil (Rilla guna plastik shopping warna putih) untuk balut inai tadi. Kemudian Na sellotapekan plastik tadi. Rilla pakai sehari sebelum nikah. Inai ni sangat tahan lama. Sekarang ni dekat jari dah habis sebab kuku dah memanjang. Tapi dekat kaki masih terang, tak pudar pun. Jadi malam tu Rilla tidur dengan inai sekali. Esok paginya, bangun, baru basuh inai tu. Cara ini membolehkan Rilla tidur tanpa mengotorkan cadar.

Maaf gambar kurang jelas, ambil pakai kamera telefonsahaja di waktu bilik sudah gelap, sebelum tidur.

Harap ini membantu, Dian :)

Thursday, May 31, 2012

Exchange Link: FROZEN

*Sticky Entry*

Assalammualaikum dan hello :D

Dengan dukacitanya Rilla terpaksa mengumumkan program pertukaran link terpaksa dibekukan buat sementara waktu. Ini adalah kerana Rilla tak dapat nak update dekat blog list widget BBF Rilla kat bawah tu. Tak tahu pula kenapa. Nanti bila dah ok, Rilla open balik link exchange ok?

Friday, May 25, 2012

Majlis Bertandang: Sneak Peak

Assalammualaikum dan holla!!

Mak aih, dah berhabuk blog ni. Ampunkan saya penunggu gua. Alhamdulillah, kesihatan semakin baik, tapi kadang-kadang dia datang balik. Rilla baru lepas pindah rumah, masuk rumah sewa, tinggal berdua dengan husband, seronok! Hahah. Rilla tak pernah tunjuk gambar bertandang kan? Rilla letak sekeping dulu boleh? Doakan kesihatan Rilla ya supaya boleh kembali blogging macam dulu.


Dress by Rilla Amrillah :)
Makeup yang super ringkas.

Tuesday, April 24, 2012

Rindu Korang!

Assalamualaikum dan hai korang... Harap korang sihat. Rilla tak. Sebenarnya dah berminggu tak sihat ni. Ni pun tengah demam, taip sambil hingus meleleh (ewwwwwwww). Minta maaf sebab tak update blog ni, sebenarnya, Rilla dah berminggu-minggu tak on PC (ni blogging pakai gadget). Dosa banyak kot, tu yang sakit meleret. Nasib baik masih larat pergi ke pejabat. Tapi sampai rumah je melepet. Tapi kat office pun, kadang sampai terlentok kat meja. Nak MC, tapi kerja banyak. Korang doakan Rilla cepat sembuh ya, lepas tu boleh Rilla update blog dengan jayanya. Rilla nak pergi Jepun, lusa. Harap-harap sihat. Doakan Rilla dan angkatan selamat pergi dan pulang ya. Sayang koranggg~~

Wednesday, March 28, 2012

Rabu Tanpa Kata: Cincin Nikah Saya - Tak Nak Solitaire Please




Update 28 Jun 2012
Sebab dah ramai sangat yang tanya, cincin ni Rilla beli di Wah Chan, Sunway Pyramid pada Disember 2010.