Tuesday, August 31, 2010

I'm A Handler

Quiz: Are You a Bridezilla?

Rentetean dari entri Cik Nora:

You're a Handler

Wedding planning might not be taking over your life, but you understand that it does require organization -- if you're going to spend money on flowers and food, you want to make sure that it's done right. Still, you're a bride in balance: In the end, you know the day will be great, but it doesn't have to be "perfect." So you give your bridesmaids direction but also cut them some slack; you convey a clear vision to the vendors but are flexible. And you're planning your wedding day with your fiance because you know this relationship is what it's all about, not registries and centerpieces.



Monday, August 30, 2010

Pelamin Rumah Promotion by Haidar Rahman: RM500 only

Haidar Rahman


*Wat suara peniaga popiah di bazar Ramadhan* Mari mari mari, pelamin murah...pelamin murah...
Hahaha. Latest promotion by Haidar Rahman. Haidar Rahman menawarkan promosi pelamin simple FERSH FLOWERS untuk RM500.00 saje. Sangat menjimatkan.

Pelamin begini memang idaman kalbuku. Ye, saya nak pelamin simple-simple gini je untuk persandingan saya nanti. Personally, I don't need an elaborate pelamin, it's not my priority, yang penting baju saya yang elaborate, wahahaha. Ye memang pelamin yang besar tu cantik, but since I'll be having my sanding ceremony inside my humble house, so a simple pelamin would be better, tambah pulak siling rumah rendah kan. Kalau kebanyakkan orang lain akan guna pelamin macam kat atas ni untuk pertunangan ataupun upacara batal air sembahyang untuk nikah, tapi saya mahukannya untuk sanding. Konsep saya simple and sweet.

Tapi kan, majlis saya lambat lagi? Takpe ke kalau saya nak book setahun+ lebih awal? Hahaha. Saya dah email Kak Haidar tanya pasal terma dan syarat dia.

Saturday, August 28, 2010

DIY: Baju Sanding

Wah, gempak title entry ni. I'm currently considering to DIY my sanding outfit o.O Yes, I've sew some clothes before, tapi mesti ade je yg tak kena - slalunya sama ada baju ketat or kain ketat hahaha, but still wearable. Reasons why I wanted to DIY my sanding dress:

1. Save bajet, ahaks
2. Most rental pieces are too heavy dengan beads merata2 It looks good on other people, but me, being petite, I'm afraid all those heavy details will make me look overwhelmed. So, if I DIY it, it'll be conforming to my simple taste.
3. It'll fit me hopefully.

Of course kalau nak DIY kena buat prototype pakai kain murah dulu and be really carefull since I'm not an expert seamstress...yet ;p I'm still considering, no decision yet. My previous creations [dengan ilham dan kebolehan yang Dia pinjamkan]:


The first time I DIYed my baju raya. Ini je gambar yang ada, takde full length.


Last year's baju raya.


Last year's baju raya, baju raya hari kedua.


Baju DIY masa jadi pengapit cousin.


My senior year prom dress. Mermaid skirt. Ade beadings kat bawah tu. Kanda soh pakai baju ni untuk tandang, hahaha.


Yes, it's an ambitious project. Kalau serius nak buat kena start awal la untuk buat prototype dia, sebelum beli kain. Ish, boleh ke tak ni?

Tuesday, August 24, 2010

Kumahu ke Bandung T.T

Source


Selalu dengar orang cakap, kalau nak beli kain murah, pergi la Bandung. Sape yang nak kahwen tu memang berbaloi la pergi. Well, saya tak pernah pergi pun. Dengar-dengar je. Dulu tak taula semurah mana kain kat Bandung ni, sebab ingat sama je dengan kat KL lepas include flight, accomodation seme.

Tapi itu sebelum saya membaca entri Ira pasal bandung. Masha Allah, murah giler oke? Memang meruntun jiwa betul. Bayangkan 4 meter lace dia sama harga dengan 1 meter lace kat KL :O

So saya pun calculate la beza perbelanjaan kalau saya sewa baju kat KL, atau beli material dan tempah kat KL dengan perbelanjaan pergi ke bandung dan beli material di sana. Ternyata beli di Bandung lebih murah, ni termasuk sekali kos tambang dan penginapan semua. Tambahan pula, BFF saya cerita, material di Bandung lebih kualiti. Kalau kain net, tu memang lembut la, tak kejung macam kat KL. Kat KL memang ada yang lembut, tp RM80/m untuk net, sanggup?

Kebetulan, saya ada main kutu tahun ni, so kalau nak pergi Bandung, Insya Allah, boleh sponsor mak sekali. Mak pun on jek, excited. Mak memang suka travelling, lebih2 lagi ada orang sponsor kan?. Kitorang pun tanyalah Ayah:-
Rilla: Ayah, Along ngan Mak nak pergi Bandung boleh tak?

Ayah: Nak watpe?

Rilla: Nak beli kain. Kain kat sana murah. Kalau compare ngan KL memang jauh beza. Kalau pergi Bandung, even campur flight semua, still lagi murah dari beli kat KL.

Ayah: Tak boleh. I dont understand why do you need to go to Bandung just to buy some kain.Kat KL kan ade.Ko minum air Bandung je la.

Adoyai, siyes lari bajet lau tak dapat pegi Bandung. Ayah, bolehla, please?
Macamlah Ayahku membaca blog ini

Saturday, August 21, 2010

The Date

Hai kawan-kawan *wat suara macam Upin n Ipin". Entry kali ni adalah mengenai THE date... untuk my w-day la. Mula-mula me and my Kanda rancang nak amik 11.11.11 - shantik kan tarikh ni? Nikah hari Jumaat, esoknya sanding. this date is so close to my birthday, nanti mesti dapat satu hadiah jek, hadiah birthday dan anniversary combine sekali, ahaks. But then kanda bagi tahu ada officemate dia nak wat kenduri kahwin anak dia tarikh tu, so kalau bleh nak elakkan la dari pakai tarikh sama, nanti officemate dia tak dapat datang majlis kami.

Discuss lagi, kami setuju nak amik tarikh 16.9.11 - Malaysia Day tu, hari Jumaat jugak. Esoknya sanding. So, saya pun bincang dengan parents saya:-

Rilla: Mak, ayah, kitorang propose nak buat 16.9.10

Mak: Tarikh tu dekat dengan tarikh mak and ayah nak pergi Haji la. Nanti mak penat, mak nak prepare untuk pergi haji semua, mak nak concerntrate

Rilla: Habis tu, mak propose nak buat bila?

Mak: Either buat lepas mak balik haji atau bulan 6

Rilla: Bulan 6, Along takut kitorang tak sempat nak prepare financially la. So, kena lepas mak balik Haji. Wah..lambatnyaaaaa

*Bincang ngan Kanda lagi*

Rilla: Okaylah, mak, ayah. Kitorang cadang nikah 25.12.11

Ayah: Tak boleh, masa tu rambut ayah belum tumbuh lagi. Buat 25.13.11 la

Hahaha..boleh terima tak alasan ayah saya ni? Adoyai. Sampai sekarang tak confirm lagi ni tarikh. My dad is not really used to the fact that his little girl is getting married. Mak je yang beriya. Ayah, umur along dah lebih dari suku abad =.=

Tuesday, August 17, 2010

DIY: Bunga Pahar

I'm a DIY freak..I love DIY things, especially in weddings. It adds a personal touch. Kalau boleh semua saya nak DIY huhu. And since I have the luxury of time, I can DIY for a lot of things. One of them is definitly my bunga pahar. Bunga pahar ok, bukan bunga telur. Kalau DIY bunga telur saya boleh pingsan.

Saya sudah pun membuat mock-up bunga pahar saya. I want something different yet simple. Hari tu google-google, jumpa bunga telur yang ada teddy bear and coklat dalam bekas. Malas nak post gambar dia kat sini. Pegi Google sendiri. Dari situ tercetus ilham untuk menghasilkan bunga pahar saya ni.

Tadaaaa..okay tak?



Pandangan belakang pulak


Bunga kat atas mini birdcage tu pun DIY, organza flower. Senang je nak buat. Yang leceh nak attach birdcage tu kat lidi. I preferred to fill it with telur rebus. Ari tu try masukkan telur, grade ape ntah, agak-agak medium size rasanya, muat je, yay :D. Tapi colour combo yang ni nampak macam baby-shower-ish kan? Nanti nak tukar riben pink tu jadi gelap sket, dan purple tu terang sket, nak kaler rose and lavender. Showed this to Kanda, and he loved it, Alhamdulillah. He requested me to make some for his side as bunga telur, tapi untuk special ones je la. I've started to make bunch of the organza flowers.


Baru yang pink je, I planned to do in lavender jugak. Baru 20+ yang siap. Bunga pahar selalunya dalam 100 biji. 80 more of these flowers =.= Baru bunganya, belum yang lain-lain, hahah. Takpe Rilla, you've got time.

Kepada pembaca-pembaca kesayangan saya yang kurang tahu perbezaan antara bunga pahar dengan bunga telur, bunga telur bukan bungan pahar, tetapi bunga pahar adalah bunga telur, hohoho, paham tak? Simply put, bunga pahar adalah bunga telur yang dipaharkan. Bunga pahar tu yang diletakkan di sisi pelamin, buat hadiah untuk orang yang tepung tawar.

Sunday, August 15, 2010

Wedding Outfit for Petite Brides?

I'm a petite girl. Plus my body porpotion pun a bit different - I have a short torso but long legs. But I'm not tall. It's a bit difficult for me to get a ready-made baju. Kalau baju raya pun, semua tempah sebab kalau beli mesti tak fit, labuh la, bahu jatuh la, huhu. Kalau baju tu fitted kat pinggang, kalau saya pakai, mesti jatuh kat pinggul. Kalau babydoll punya cutting, I'd look preggy, hahaha. Kalau empire waist, it'll end up between my waist and under my chest. And, oh, kalau pakai baju yang ade span besar kat bahu, I nampak macam pemain rugby, LOL. Don't get me wrong, I love my body and I feel blessed and syukur, it's just that commercial products don't always cater to my body.

That's why I'm a little bit worried when it comes to my wedding outfit.For nikah, I'm going to tailor it, so no problem, Insya Allah. Adakah butik yang boleh provide baju saiz kecik? And I love simplicity, I'm not keen to wear baju yang sarat dengan labuci. Yes, I'm fussy. Tambah lagi, my kanda also is a particular person, dan rendang jugak macam dindanya :D. Strictly no shiny materials and material tu kena keras, tak boleh kain yang "jatuh". So, add our fussiness to the limited availability of wedding outfits for petite frames, I have to expect that I'm going to endure a bit of frustration masa nak cari baju nanti :S

I did a bit of research on what would be the best silhouette for petite brides. So, from my research, a petite bride should opt for these type of cutting:

Sheath
Sheat ni potongan dia straight je. Juga dikenali sebagai "column" silhouette. Flattering on small but lean body types.
Unaisah Azlan


A-Line
I believe Malaysians are familiar with this silhouette. Kain dia akan fitted di pinggang dan kembang di bawah, macam huruf A.
Unaisah Azlan


Mermaid
Potongan duyung ni memang sesuai untuk brides yang petite tapi ada curves. Ianya fitted dari pinggang sampai ke tengah peha dan kembang di bawah. Boleh nampak tinggi kalau pakai cutting ni.
Mimi Bridal


Additional Tips
Kalau boleh, opt for natural waistline, iaitu potongan pinggangnya berada di bahagian paling kecik kat area perut tu, betul-betul kat pinggang. Waistline kat pinggul atau empire waist selalunya tak sesuai, but there are ways around it. Stay away from full ball gown baju sebab kita yang kecik-kecik ni akan nampak overwhelmed dengan fabrik yang kita pakai, macam ditelan baju sendiri. Finally, understand your body. I've learned this through experience. Choose what you love and feels right and you'll be okay, Insya Allah :D

My preference? I think this entry is long enough, I should write about it in another entry ;p

References
1234

Sunday, August 8, 2010

Theme Colours: Rose + Lavender + Pink Champagne + Taupe

Tema warna adalah penting dalam satu-satu majlis, terutamanya majlis perkahwinan. Tujuannya untk menampakkan keseragaman dan kekemasan. Saya sendiri pun pening kepala nak pilih tema warna. Sebab kalau takde tema kaler, susah sikit nak execute apa yang kita dah plan. Mula-mula ingat nak buat tema hijau dan putih, klasik gitew...
Source

Tema warna yang mengingatkan saya kepada Alice in Wonderland, masa dia kat taman Queen of Heart dengan pokok-pokok rose putih. Okay, takpe, KIV dlu..lepas tu terasa macam nak tema yang ada splash of colour. Saya memang suka gabungan kaler purple dan pink. So saya pun bertanyakan kepada incik Google, lalu terjumpa website wedding color palette yang best ini dan website wedding color palette yang marveles ini. Surf punya surf, jumpa ni:
Mak sookaaaaa

But I have a second thought of the gold. I preferred a muted color. So ai tukar la from gold jadi taupe:
Shantik tak?

So, for my kenduri nanti, Insya Allah, will use color. So now, tinggal nak pilih warna untuk tunang pulak. Kanda pun mintak tolong pilihkan kaler untuk majlis dia. Hurm...nak pilih kaler ape ek?

Saturday, August 7, 2010

Pengenalan

Hai...saya Rilla, a bride-to-be Insya Allah. When's my wedding? Truth be told, at this point of time, we're not sure yet, hahaha. Kami bercadang nak tawen bln 9 tahun depan, InsyaAllah, mungkin juga Disember, kami pun tatau lagi, saya ikut orang tua je la. Saya masih belum bertunang pun tapi gatal nak start planning majlis saya awal-awal. Lagi pun saya kalau boleh tak nak tunang lama-lama, so kalau nak plan lepas tunang, takut tak sempat nanti. Rasanya elok planning awal-awal, so the amount of stress of planning a wedding is more manageable, btol tak?

Sunday, August 1, 2010

Awards



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3RAwnJnuFeSNljs_7hroYWV2A9ntRyY_acfXBWrA_zH2VLNTWWFjRBLcgy30yYixGaFRR0dx0b5Xt15ZYzL3oQsWAShu75otLDUOZKFfhde6TOLeyDoPwdxIs1OR2s1qf7Y5OhnrUcnQ/s1600/Blogger+Harapan.jpg

From Iedaya and Miss Z

Tutorial: Cara Membesarkan Gambar Menggunakan Blogspot

Assalammualaikum dan hello.

Entri kali ni tak ada kaitan dengan wedding preps ya, harap maklum. Cuma sedikit tutorial tentang cara membesarkan gambar bila tulis entri. Tutorial ni ringkas je, tapi harap boleh difahami dan berguna.

Step 1: Add a Picture
Macam biasa bila korang nak letak gambar kat click icon gambar tu kan...


Yang dibulatkan dengan warna hot pink itu.


Step 2: Browse and Upload your Picture
Ni pun macam biasa, pilih pic yang korang nak dan tekan 'Upload' imgae. Make sure image size pilih "Large".




3. Resize Your Picture
Inilah step yang paling penting. Bila gambar dah keluar kat posting tu, klick je kat gambar tu, contoh macam black arrow tu. Lepastu nanti akan muncul 8 petak-petak kecil [yang dibulat warna hot pink]. Itu adalah drag point. Klik kat petak kecil tu, klik jangan lepas, dan sambil klik tu, tarik gambar. Gambar akan menjadi besar. Sama macam kalau korang guna Ms Office.




Personally, Rilla tak guna cara ni, Rilla akan directly code the actual pic's URL in HTML. Tapi cara ni lebih senang. Itu sahaja. Harap dapat membantu.