Thursday, September 30, 2010

My Dad is One Funny Man

Ayah saya ni memang kelakar orangnya. Peristiwa ni berlaku tadi, masa dinner.

Ayah: Along, ayah ada hajat, masa ko kawin nanti

Rilla: Ape?

Ayah: Nanti ko kawin, ayah nak bagi gelang emas

Rilla: Nak watpe? *saya pun pelik masa ni, watpe dia nak bagi gelang emas?*

Ayah: Pakai masa sanding la. Ayah nak ko pakai dari sini *tunjuk pergelangan tangan dia* sampai sini *tunjuk pangkal bahu*. Lepas tu dari sini *tunjuk pergelangan kaki* sampai sini *tunjuk lutut*. Tu hajat ayah yang pertama.

Rilla: Okey *saya okeykan aje, dah biasa dengan idea-idea imaginatif ayah saya*

Ayah:Hajat kedua ayah, nanti ayah nak arak ko keliling taman, naik forklift.

Rilla: Cane nak naik forklift tu?

Ayah: Kita angkat je pelamin. Ayah serius ni tau. Ayah nak buat ko nampak macam mami jarum nanti.

Dan memang sepanjang perbualan kami itu, muka Ayah memang serius ok? Banyak lagi idea-idea ayah saya. Hari tu cakap nak arak naik lori, ni dah tukar guna forklift pulak.


Forklift by DIY Trade | Pelamin by Ombak Creative

Apekah?

Monday, September 27, 2010

{Fabulous Finds} Lugage

Lugage? Apekah kaitannye ngan wedding? Memang takde kaitan berkadar langsung ye para pembaca sekalian. Tapi kaitan secara tak langsung. Pergi honeymoon kan bawak luggage. Last week saya kena outstation sehari untuk pergi buat briefing. Saya dalam dilema kerana memang takde beg yang sesuai untuk pergi trip setakat sehari je. Nak bawak harvest-sack [beg gi camping yang banyak tali tu] besar sangat, beg laptop, kecik sangat - letak telekung je dah kembung, belum letak air, makanan bagai.

Hari tu pergi buat briefing bawak beg laptop biasa, isi telekung nampak macam bawak tembikai [exaggerate]. So the night before my flight tu baru la saya terhegeh-hegeh gi cari be [procastinator tak?]. Nak cari yang ada roda macam beg sekolah Barbie itu, penat kot kehulu-kehilir menyandang laptop. So round Jusco, jumpa la yang cantik, but takdela betul-betul berkenan. Average price, RM400.00. Mak aih..my budget around RM200.00++ je.Berkira-kira nak beli ke tak. Last-last, tak beli pun.

Then tekad pergi Carrefour, kalau ada, ada lah. Kalau takde, terpaksa la bawak dua bijik beg. Then, look what I've found:


Beg American Tourister di Carrefour? Oh, seperti tidak percaya saja. Kepada yang belum tahu, American Tourister ni adik beradik Samsonite jugak, same company. Ada offer tau. SA cakap, normal price dia RM500.00, but guess how much the promo price is? RM222.00! :D Hangkut beg ni, terus pegi kaunter. Saya sorang je beratur tengah-tengah orang beli sayur, susu, barang rumah kat kaunter ekspress nak beli beg pada pukul 10.00 malam. Mari kita tengok kebestannya:



Ade kunci tahu


Compartment yang paling depan


Compartment tengah


Main compartment


Ia juga didatangkan dengan 3 beg kecik ni: 1.cord pouch 2.Clear pouch [saya buat isi make-up] 3.Document holder [untuk letak pasport, pen, dokumen kecik]


The best part? Comes with a 3-year warranty. Kalau rosak, pergi sahaja mana-mana cawangan Samsonite untuk redeem. So far, saya amat puas hati pakai beg ni. Handle dia tak tersekat-sekat pun. Lancar je bila tarik naik dan turun. Best. Ye, ni beg untuk kerja, but there's a lot of other American Tourister models suitable for your honeymoon travelling kat Carrefour, mugkin B2B boleh cekkidaut? [Rilla pergi Carrefour Wangsa Maju].

Lagi satu, yang ini Rilla jumpa masa trip Rilla ke IKEA minggu lepas. Toilleteries pouch. Dah lama cari benda ni. Pernah juma dekat Parkson, different design but same function, tapi harga? A staggering RM100.00++ IKEA's price? RM19.90 hoke.



Ailoike

Saturday, September 25, 2010

Nadia + Hamzah Pre-wed Video

Hari ni banyak orang post video Nadia Nasimuddin wedding video kan? Rilla jumpa pre-wed video orang. Shoot oversea lagi. Takpe, diorang mampu.Rilla rasa diorang siar video ni masa respsi diorang. Tamo komen pasal adegan dalam video, just nak komen on the superb work by the video producer. Cantik sangat video work dan post-production dia. Tengokla siape vendor dia kan? Manggis yang femes itu. My cousin hired Manggis for his nikah and reception and I fell in love with their work. Tapi tengok pun dah tau I would not be able to afford them [investment with them starts from RM5000.00].

Enjoy the video:


Ni pulak video resepsi sebelah lelaki [tapi dari videographer yang lain]:

Monday, September 20, 2010

{Fabulous Finds} IKEA

Last Friday I was on a helf day leave. Saje je amik half day sebab tau, mesti takde mood nak kerja full day punya. So, at 1 pm, I drove out and went to IKEA to satisfy my meatballs craving. Sangat mengidam meatballs sejak dari bulan puasa hari tu. Guess what, diorang dah update stock baru with new price, biaselah, bulan September kan? Pergi sana, tengok katalog baru dah keluar, but belum sampai kat rumah.

Kalau pergi IKEA tak berangan, tak sah, hahaha. Kanda pun datang sekali hari tu lepas dia habis kerja. Berjalan-jalan lah kami. Rilla sempat snap a few pics on items yang Rilla rasa menarik. But on Saturday, tengok-tengok, katalog tu dah ada kat rumah. Weeee, I loved reading and browsing through IKEA catalogue. Jom tengok ape barang yang best:



RAJTAN spice jar: RM 7.50/4 pcs.
Tahun lepas RM 9.90 tau, tahun ni turun harga, so about RM 1.88/pc. Tau ramai B2B suka jar ni untuk buat favours kan?




ROTERA Lantern for Tealight: RM 14.90/pc
Tapi price ni untuk 6-19 December 2010 je tau. So sape-sape ada niat nak beli lantern ni, tunggu December k. Also available in white and black. Boleh guna untuk deko meja makan beradap atau bilik pengantin.




STRANNE floor lamp: RM 179.00/pc
Rilla sangat suka lampu ni, sebab dia pakai LED, which consume less energy [about 70% lesser, banyak tau] and last longer than odinary bulbs. Lampu ni pun cantik. Boleh letak kat bilik pengantin, pastu boleh guna for your newlywed nest nanti.



STRANNE table lamp: RM 149.00/pc
Ni adik dia, version table lamp pulak.




SOCKERÄRT vase: RM 25.00
Vase ni boleh juga digunakan sebagai jag air. Comel je kalau letak fresh flowers dalam ni.


So B2B KL, moh kita ke IKEA. Yang luar KL jangan lupa singgah kalau turun KL k? Sementara tu, boleh jamu mata tengok IKEA Catalogue 2011 ni.

Wednesday, September 15, 2010

My Creative Outlet

Entry kali ni takde kaitan dengan sebarang wedding prep. Rilla cuma nak kongsi hasil kretip kretip ke? Rilla untuk Aidilfitri tahun ni. Ayah Rilla cakap, hasil gentelan.




Ni jahitan manik untuk officemate. Sebenarnya Rilla memang tak ambil tempahan dari orang, tapi sebab kakak ni mintak tolong, Rilla buatkan jugak. Baju raya dia tak sempat siap, so dia mintak jahitkan manik kat baju yang dah ada. First time dia raya dengan suami, kesian baju matching dia tak siap.




Yang ni pulak untuk bonda terchinta, harus baju mak diblingkan, kalau tak nampak kosong sangat. Saya sangat enjoy jahit manik ni.




Yang ni untuk diri sendiri. Abaikan skill cropping saya yang tak semenggah. Ni hasil sebab malas nak pegi beli tudung kat jalan TAR. Melilau pasar malam cari shawl kaler tiffany blue ni, tak jumpa. Akhirnya, pergi beli kain chiffon kat Gulatis near Ampang Point, potong, jahit and sulam sendiri. First time sulam macam ni, hoho, hentam saje.



Ini bukan baju raya, harap maklum. Kebaya with pleated skirt. Actually, dah potong kain lama dah, I just got around to sew it since I'm on a long raya leave. Might as well be productive. Ni belum siap lagi ni, I haven't hemmed the sleeves and install the hook for the skirt. Saje je buat pleated skirt sebab senang nak jalan dan langkah besar-besar, hohoho, terus jadi tak ayu pakai kebaya. Ni pun tak butang betul-betul. Nampak tanda putih kat lapel baju tu? Tu mark water erasable pen, huhu. Belum siap tapi gatal nak upload jugak. Oh, tailor mannequin tu baru beli 3 hari sebelum raya. I'm going to need it if I wanted to DIY my wedding outfit. Sangat berguna tailor mannequin ni. Tak payah dah sarung baju kat badan sendiri dan lari pergi bilik adik nak cari full length mirror.Buat-buat macam professional je pakai tailor mannequin LOL

Thursday, September 9, 2010

Salam Sesuci Lebaran



Di kesempatan ini, Rilla nak ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua readers sekiranya ada penulisan Rilla selamani menyinggung kalian. Rilla juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada readers sekalian, semoga kali berbahagia bersama keluarga tersayang di bulan kemenangan ini :D

Wednesday, September 8, 2010

Creative Bridal Bouquet

Tetiba rasa macam nak buat entry pasal bridal bouquet yang unik dan kreatif sebab dok verangan nak bouquet yang macam mana. For my tandang, I'm opting for a non-floral bouquet sebab I'll be travelling from KL kan with my families seme, satu hal pulak nak jaga bunga, so kalau materials bouquet tu selain dari fresh flowers senang sikit nak jaga kan? Ape lagi, saya pun tanya uncle Google.

Wedding Flowers
Crystal Bouquet


Outstanding Occasions
Vintage Brooch Bouquet


West Aussie Wedding
Ni nampak macam ade seketul fabric flower, rinbbon dan manik, crystal and pearls yang berjuraian, unik kan?


Pink Argyle
Butterfly Bouquet..owh my aunt would've loved this


Plan Our Own
Seashells Bouquet..sesuai untuk beach themed wedding


Gabrielle Louise Bridal Design
Fabric Bouquet


Wedding Flowers
Felt and Buttons Bouquet, my favourite


Good thing is, all of these darling bouquets can be DIYed *wink*

Sunday, September 5, 2010

Inspirasi Baju Nikah

Dah lama nak buat entri pasal baju nikah, baru hari ni terlaksana, Okay, so I've managed to book Unaisah Azlan for my baju nikah, lucky me kan?. Over tak? wedding date jauh lagi, setahun lebih, dah book designer. I've decided that my baju nikah would be the one thing that I would want to splurge on. My nikah outfit will be sponsored by my kanda, it's part of the hantaran, and I'll sponsor his. Saya tak pernah pakai baju designer, baju RM150 ke atas pun tak pernah. Semua baju-baju saya yang murah-murah je. Kalau pegi kedai, tengok harga baju kurung with beadings RM200++ saya rasa itu sangat mahal most probably it's because I can do the beadings myself, LOL.

So why do I want to splurge on my baju nikah? Sebab saya nak merasa pakai baju yang designer buat, hehehe. Bile lagi kan? Baju sanding and tandang, saya tak kisah sangat. Weightage yang lebih akan diberikah untuk baju nikah saya. Sangat tak sabar nak jumpa Unaisah. I need to see her before going to Bandung kan, since I'm getting my materials there. So she can advise me what kind and how much materials to buy.

Saya mahukan baju nikah yang takdela over the top sangat, supaya boleh pakai lagi, gi kenduri ke, event mana-mana ke, wat baju raya tahun depannya ke. Baju kurung modern most definitely. But the baju part, I want it to be simple, tapi kain mesti meletops. Maybe princess cut? Jarang tengok orang buat baju nikah kurung moden princess cut. Taknak buat train, cane nak pakai gi kenduri lain kalau kain meleret-leret kan? Banyak pulak bebel. Jom layan gambar:

Unaisah Azlan
I heart this one, baju dia simple, kain dia textured


Unaisah Azlan
Suka kain dia yang flowy, bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sangat cantik.


Rizman Ruzaini
Ni pun sangat suka kain dia, ada element fantasy sikit. Tapi tamao baju macam gitu.

Saturday, September 4, 2010

{DIY} Cupcake in a Jar

Macam biasa, jalan-jalan, surf wedding website sana, wedding website sini, terjumpa this cute little thing:

My Cakies

Actually I first stumbled upon this thing at Martha Stewart, then I started Googling. Rupa-rupanya memang ramai westerners yang buat benda ni. I think it's so cute, rasa gugur jantung tengok benda ni lama-lama. I am thinking of doing this for my E-day nanti as favours. It's the only occasion yang membolehkan saya DIY benda ni since jumlah tetamu untuk E-day saya tak ramai - I want it to be small and intimate. Cuba kalau wat sendiri as favours masa nikah/sanding? Wah, mau jadi mereng nanti. I think it's also cute for hantaran. Untuk version yang kat atas ni, tutorialnya boleh klik di sini.

Yang ni Martha Stewart punya version,Buttermilk Cupcakes:

Tutorial



Ada lagi banyak version

Dana McCauly


Vegan Cupcakes


Nicole Macaluso


B2B lain, sukakah? Sekarang saya mahu cari itu mason jar dan sudu kayu, dimana ya? *runs off to consult Uncle Google again*

Wednesday, September 1, 2010

Bandung Trip: Confirmed!


Excited ni. Rilla telah pun berjaya mengbook fligt ke Bandung pada 11-13 Jan 2011 nanti. Pergi dengan mak, Insya Allah. Saje je amik weekdays sebab harga promo tapi still mahal and kalau shopping weekdays mesti tak crowded kan? Sekarang tinggal nak contact Pak Tarmidzi and book package dengan dia.

Saya tak pernah pergi Bandung. Ade sape-sape nak bagi tips? Tujuan utama adalah nak beli kain, kad jemputan, dan telekung. Mesti pergi ke kedai handbag juga sebab mak saya suka handbag. Yang lain-lain tu tak minat sangat for now. So sy plan nak spend time paling lama kat kedai kain.

Source gambar dari Pak Tarmidzi juga.
Mood tak boleh tido sebab dok berangan pasal baju kawin