Assalammualaikum dan haiii
Entri yang ditunggu-tunggu oleh BBF semua [ceh, perasan je]. I've been dying to post this entry. Kalau ikut hati, nak publish bulan September [gilo], tapi sebab Rilla sukaaaa sangat dengan baju E-day Rilla, Rilla jadi tak sabar nak share dengan korang semua. Presenting my E-day Dress...
That was my vision and direction untuk baju tunang Rilla ni. Rilla mahukan sesuatu yang lain dari yang lain tetapi tetap ringkas. Manis tetapi riang. Memandangkan memang tak ada keinginan nak pakai kebaya time nikah, sanding, mahupun tandang, Rilla pakai time tunang sahaja. Rilla bukan peminat frech lace mahu pun chiffon beaded. Jadi, material kapas, chiffon dan silk menjadi pilihan Rilla. I'm not going to don the typical baju kurung moden for my E-day, hence, the kebaya.
Rilla pakai baju kebaya cotton bersulam yang Rilla beli kat Bandung bulan Januari hari tu. Baju kebaya ni dah siap jahit, tapi Rilla kena alter. Beli saiz S tapi still sangat besar. Pakai cotton memang selesa. Tapi pink pulak? Jangan tanya kenapa pink. Rilla pun tak sure. Rilla ni bukannya peminat pink pun. Mungkin sebab Rilla rasa Rilla nampak sweet bila pakai pink? Hahaha, perasan manjang. Sebenarnya kan, masa beli kebaya top ni, Rilla dengan mak Rilla singgah kedai yang jual baju-baju sulam ni. Lepas tu mak Rilla mintak Rilla try pakai baju ni sebab nak belikan untuk adik. Jadi konon nak tengok Rilla pakai fitting dia macam mana. Memang besar. Lepas tu Rilla pun cakap "Mak, besar ni. Takpelah, Along pakai untuk tunang jelah". Mak pula membalas "Ewah, orang nak cari untuk Amani, kau pulak nak pakai". Haha, takpelah Mak, beli kat Amani yang lainlah, ahahaha. Dengan tak tengok pilihan warna lain yang ada, Rilla main sambar je baju ni. Gitulah kesahnya.
See? Agak banyak yang Rilla kena potong [garisan purple]. Ada dalam 2 inci kot untuk satu side.
Ini gambar embroidery kat kebaya tu. Rilla suka.
Sila klik gambar ini untuk gambar yang lebih besar lagi.
Kiri: Gambar full frontal view. Tengah: DIY fabric flower yang Rilla tepek kat veil. Kanan: View dari belakang.
Sila klik gambar ini untuk gambar yang lebih besar lagi.
Yang ni pulak gambar Rilla berpusing-pusing dengan skirt. Wajib ambil gambar ni sebab nak tunjuk betapa flowynya skirt tu. Memang skirt ni sangat-sangat flowy. Bila turun tangga, macam tertinggal-tinggal je skirt ni kat belakang, walaupun tak ada train. Feeling-feeling macam princess pulak.
Bahagian kain adalah 8-panel high-waisted gored skirt with chiffon godets. Rilla guna Chanel 100% pure crepe silk dan plain chiffon. Untuk lining pulak, Rilla guna satin, tapi Rilla terbalikkan bahagian berkilat menghadap ke dalam sebab Rilla tak nak shiny sangat. Satin doesn't photographs well. Kain ini jugak high-waisted, maksudnya bahagian pinggang kain harus dipakai di bahagian mid-riff [antara pinggang dan dada]. Kenapa Rilla buat high-waisted? Sebab Rilla tak nak nampak kesan pinggang kain tertimbul. Bila buat high-waisted, bahagian itu akan ditutp dengan sash yang Rilla pakai tu. Sash tu Rilla buat guna leftover silk dari kain. Ada bow yang cute dibahagian belakang baju.
Veil pulak. It's a simple hooded veil made from plain chiffon georgette with fabric flower applique and simple beading in plait motif. Rilla recommend untuk veil dan tudung, guna chiffon georgette berbanding chiffon sebab chiffon georgette ni lebih bertekstur, jadi senang kita nak pakai. Hooded veil ni memang best sebab dia bagi Rilla freedom in movement berbanding kalau pakai veil bentuk D. Pakai dan pin kan sahaja. Tak perlu risau ianya menggerbang ke ape. Jadi Rilla lebih bebas bergerak untuk melayan tetamu yang hadir. Fabric flower tu,
asalnya Rilla letak satu sahaja, tapi last minute tukar plan, tambah lagi 3 kuntum dalam saiz yang lebih kecil.
Tudung pulak dari material yang sama dengan veil - leftover sebenarnya. Rilla spray dulu shawl ni dengan fabric startch di bahagian lipatan tu. Jadi, tudung Rilla tegak sepanjang majlis, tak perlu betulkan, atau tiup-tiup pun.
Inilah beading kat veil Rilla tu. Simple sahaja. Rilla kan simple orangnya. Inilah satu-satunya part baju yang ada beading [selain dari bow kat belakang baju dan fabric flower]. On the kebaya top itself memang tak ada beading langsung. Rilla tak prefer nak bling-bling sangat.
Masa nak buat hooded veil ni, Rilla dah message Unaisah kat FB dia, mintak izin nak tiru veil yang dia buat untuk Nawal. Tapi dia sangat busy, tak sempat reply. Jadi Rilla teruskan sahaja. Lepas majlis baru dia balas. Dia cakap sorry sebab lambat balas and asked me whether I managed to do the veil. Lepas tu Rilla tag dia dalam pic baju ni yang Rilla upload. Guess what she said?
My favourite designer cakap my DIY dress cantik. Hatiku berbunga-bunga, terus senyum je sepanajng malam, hahaha.
Banyak benau gambonye. Sori-sori, ni yang last. Gambar ni nak tunjuk rupa veil dari depan. Saya sudah jadi tunangan orang. Dilarang memancing.
Overall, I had a blast sewing this baby up. And I've received a lot of compliments about this dress. Ramai orang cakap saya nampak comel, ahahahah. Yang penting tak ada orang cakap 'Ni nak tunang ke nak nikah?'
p/s: Sekarang tak tahu nak buat ape dengan baju ni. Ada ssesiapa yang nak sewa? [perasan lagi, ada orang nak sewa baju ni. ko ingat ko designer ke Rilla?]