Thursday, June 30, 2011

June Deliverables {7 Bulan Sebelum}

Ini adalah sticky entri untuk sepanjang bulan Jun. Sila scroll ke bawah untuk menikmati entri terkini.

Assalammualaikum dan hai cantiks

Ya ampunnn..asal selo sangat kau update blog kau ni Rilla? Ko ni nak berblog ke tak nak? Ampun penunggu gua. Alasan biasa - sibuk kerja. Betul-betul sibuk. Balik dari office pukul 12 tengah malam ok? Sungguh sleep-deprived last week.

Ntah ape-ape je dah tengah bulan baru nak update pasal checklist bulan ni. Takpelah, orang putih cakap 'Better late than never' tak gitu? Banyak outstanding sebab too busy with work. Mana sempat nak buat prototype bunga pahar bagai. Plus, my dearest daddy mengeluarkan pertanyaan 'Apa kata kita buat nikah kat rumah, sanding kat dewan?' Pulak. Hari tu dah decide nak buat kat rumah. Rilla ikut je parents nak buat kat mana. Now dah kena revise balik. Sampai sekarang pun tak ada keputusan lagi.

{of Venues}
Finalise venue for solemnization and sanding
{Solemnization - Done: Home sweet home}
{Solemnization - Done: Home sweet home}

{of Flow of Events}
Finalise timing for solemnization and sanding
{Nikah - Done: 10.00 a.m. }
{Sanding - Done: 8:45 p.m. }

{of Food and Refreshments}
Develop caterer's list of deliverables
{Done}

{of Wedding Invitation}
Develop drafts for wedding invitation cards
{Dinda's Side - Done: Pending Approval} {Kanda's Side - In Progress: Map to Location}

{DIY} Bubbles in A Jar

Assalammualaikum dan hai korang <3

I found this, and it's too awesome to not to be shared with you guys. So cute - perfect for door-gifts that children will absolutely love.


Selamat mencuba :D

Tuesday, June 28, 2011

Tomok + Ayu Save The Date Video

Tomok :: Save the date from cstproduction on Vimeo.


Cute much?

Rasa nak pengsan sebab sangat sweet STD diorang ni. I'm not much of a CST's fan, tapi diorang punya video kali ni memang best. Ada feel macam Yasmin Ahmad punya filem. Tetiba rasa Bukit Bintang nampak macam kat oversea, hahah.

{Deco Ideas} Inexpensive Floral Centerpieces

Assalammualaikum dan salam sayang untuk semua readers..

Kali ini Rilla nak kongsi dengan idea-idea untuk centerpiece yang tak mahal. Kalau kita kerah otak, pastinya banyak cara yang tak mengeringkan poket untuk deco wedding kita.


Source: Joy Thing Pen

See? Walaupun murah, tapi nampak cantik kan? Gelas teh tarik tu boleh dapat bawah RM1/biji. Lepas tu isi air sikit dan petik la bunga kertas mak anda, hoho. Plus, gelas tu korang boleh guna balik lepas kahwin nanti.



Source: Wedding Sites

Kalau tak nak isi gelas tu dengan air, guna batu-batu kecil macam ni juga cantik.



Source: Luna and Chloe Weddings

Kalau tak nak guna gelas teh tarik, boleh buat projek ni. Korang kumpul tin susu banyak-banyak, lepas tu wrap sikit dengan wrapping paper yang cantik-cantik. Rilla recommend pakai wrapper dari Moof sebab kertas dia kualiti sikit dan design memang sangat cantik. Korang boleh carik produk Moof dekat MPH Bookstores.


Source: Moof

LinkSalah satu design dari Moof. Cantik kan?



Source: Bronze Budget Bride

Kalau anda tak dapat petik bunga kertas, mungkin boleh consider untuk guna Baby's Breath sebab bunga ni murah dan kembang, jadi tak perlu beli banyak-banyak.

Harap-harap entri ni dapat membantu :D

Wednesday, June 22, 2011

{Promotion} Dunlopillo Mid Year Warehouse Sale



24-26 June 2011 | 10:00 am - 6:00 pm

Warehouse 2 and 3, Lot PT 11101,
Kompleks Sime Darby,
Jalan Kewajipan
47600 Subang Jaya

Tuesday, June 21, 2011

{Fabulous Finds} Tissue Paper Flower

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Hari tu Rilla pergi IOI Puchong. Jalan-jalan masuk Daiso a.k.a. kedai 5 ringgit, maknanya setiap barang dalam kedai tu harganya RM5.00. Barang-barang dia semua import dari Jepun. Rilla memang suka lah masuk kedai ni, menggila jadinya, semua barang pun geram tengok. Masa tu ajak kanda masuk sekali, dia pun menggila, lama sungguh dia membelek barang-barang kat bahagian aksesori kereta. Macam-macam ada kat kedai ni, dari peralatn rumah, alat tulis, sampai la aksesori haiwan peliharaan. Bak kata pepatah, macam-macam ada.

Rilla tahu ramai B2B kat luar tu yang tengah gila dengan tissue flower atau paper flower. Rilla jumpa material untuk buat benda ni, khas untuk yang tak berapa rajin nak DIY from scratch. Kenapa? Sebab dia dah potongkan kertas dan ikatkan dawai. Jadi, beli you all beli, tinggal kembang-kembangkan jek.


Boleh didapati dalam pelbagai warna. Rilla beli warna putih.

Sepeket ni boleh dapat 14 kuntum bunga sebesar piring yang guna untuk minum teh tu. Eh, bukan guna piring untuk minum teh, piring yang datang sekali dengan cawan untuk minum teh. Bunga dia kembang semangkuk je. Rilla beli sepeket, saja menggatal. Agak mahal sebenarnya, sebab RM5.00 dapat 14 kuntum jek. Kira sekuntum dalam 36 sen. Kalau banding dengan made from scratch la. Tapi macam yang Rilla cakap, untuk mereka yang tak berapa nak rajin atau yang tak cukup masa.

Daiso ni banyak cawangan. Yang kat IOI tu memang besar. Yang dekat The Curve pun besar jugak.

Dah.

Friday, June 17, 2011

{Wedding Invitation} One-Piece Card is Simple and Sweet

Assalammualaikum dan hai darls

Rilla sangat suka dengan kad jemputan yang ringkas. Rilla mahukan one-piece, no-fold cards. Macam poskad gitu, tapi kad jemputan kahwin lah. Cara ini mengurangkan penggunaan kertas, seterusnya membuatkan ia lebih mesra alam. One-piece cards juga boleh jadi cantik tau, kalau kena dengan rekaannya. Rilla memang dah bagi tahu parents, Rilla nak card yang ringkas dan sekeping jek. One side adalah details untuk majlis, dan belakangnya pula adalah untuk map. Sebelum Rilla draft Rilla punya, jom kita jamu mata dulu.




See? One-piece card pun boleh nampak cantik kan?

Wednesday, June 15, 2011

{Directory} Cakes and Sweet Treats

::Direktori Kek dan Pemanis Mulut::
::Cakes and Sweet Treats Directory::

Spotlight


Mad About Cakes {Petaling Jaya} *Our E-day Vendor*



Kek ❤ Cawan by Farah Hannan *Our E-day Vendor*


Lembah Klang | Klang Valley

Anis Bakery {Kajang}
Anissya Cakes {Klang/Banting}
Bake Freshly {Putrajaya}
Cakes Chocolates Collection {Sri Kembangan}
Che' Pah Cute Cakes {Bangi}
Chomel Cuppies {Petaling Jaya}
Cupcakes by Cacabelle {Ampang}
Cupcake Kekasih {Subang Jaya}
D'Heart Online Kitchen {Bangi/Kajang}
Dill Cakes {Shah Alam}
Hanim's Cake {Batu Caves}
Hannan Homemade Cakes {Lembah Klang/Shah Alam/Subang}
Lea Oven {USJ}
Mis's Creative Cakes {Pandan}
Sedap-Sedap Belaka {Kajang} *BBF*
Sweet Tooth Haven {Ulu Kelang/Kajang/Bangi}


Utara Malaysia | Northern Malaysia

Cek Mek Zue {Alor Star}
Feena Cakes {Ipoh}
Ina Saly Bakery {Bukit Mertajam}
Love A Cupcake {Penang}
Midnit Baker {Taiping/Penang}


Selatan Malaysia | Southern Malaysia

Noni's Creative Cakes {Kangkar Pulai}
Batrisyia Delights {Skudai}


Pantai Timur Malaysia | East Coast Malaysia

Zati D'Hati {Pekan}
Kamalina Cakes {Temerloh}

Wednesday, June 8, 2011

{Deco Ideas} Wedding Chair Decorations

Assalammualaikum dan hai girls...

Kali ni Rilla nak share idea-idea untuk macam mana nak decorate kerusi untuk wedding. Mana la tahu kot-kot ada yang nak deco high table sendiri kan? Or ada caterer yang datang blog Rilla yang tak seberapa ni. Tapi yang Rilla nak share ni banyak guna chiavari chairs, tapi Rilla rasa masih boleh diubah suai ke kerusi banquet mahu pun kerusi plastik.


Source: Tickled Pink Brides
Rilla suka yang ni...macam Alice in Wonderland bunga-bunga besar. Geram, hahah.



Source: My Wedding Nigeria
Very simple and achievable if you wanted to DIY this.



Source: Intimate Weddings
Yang ni pun simple but nice. Ikat je reben banyak-banyak mengikut warna tema.



Source: The Village
Ha...yang ni nampak macam biasa but with a fun twist. Instead of ikat reben kat tengah, ikat kat bawah sikit, takdelah melorot ke bawah nanti bila guest duduk ganti-ganti.



Source: Elizabeth Anne Designs
Doily :D Nora mesti suka...kan Nora? haha



Source: Polka Dot Bride
Yang ni simple habis. Tak payah sarung pun. Tapi masih comel kan? Sharatnya kerusi kena putih dan bersih. Susah juga di Malaysia ni kerusi plastik macam biru-biru sikit.



Source: Chillipit
Yang ni pun lawa kan? Kan? Kan? Kalau ada sesiapa nak buat ni, boleh beli bkas kaca tu kat SSF.



Source: Intimate Weddings
Ini adalah favourite Rilla. Simple, tapi Rilla sangat suka.


Happy decorating <3

Thursday, June 2, 2011

{Deco Ideas} Paper Cranes Wedding

Assalammualaikum dan salam sayang semua...

Entri kali ni pasal paper crane, kalau dalam Bahasa Melayu ape ek? Ala, origami yang macam bentuk brung tu.


Source: Dopiaza's Flickr
Inilah paper crane


Paper crane juga boleh digunakan sebagai elemen atau tema untuk dekorasi majlis anda. Macam-macam cara kita boleh guna paper crane ni. Comel juga. Tapi kena lah gigih melipat. Untuk tutorial, boleh pergi ke website ni. Dia ada rajah dalam bentuk 3D, senang sikit nak faham. Jom tengok contoh-contoh bagaimana paper crane ni boleh digunakan dalam wedding.


Source: 'I Do' It Yourself
Kad kahwin, tapi ni gambar rajah je la. Kot-kot ada yang nak buat tema paper crane kan?


Cupcake toppers, comel juga



Source: Globe Trotting Bride
Yang ini place-cards. Boleh buat untuk reserved table, contohnya 'rombongan lelaki', 'groom', 'bride' dan sebagainya. Atau boleh lekat kat brown paperbag untuk doorgift.



Source: Paper Source
Backdrop tempat potong kek.



Source: Ruffled
Photobooth yang gojess.



Source: Intimate Weddings
Props untuk pre/post wedding photoshoot? I like this idea.


Akhir kata, nak DIY, haruslah gigih.