Thursday, July 21, 2011

My Work is Eating Away My Life

Assalammualaikum dan hai cantiks.



Quick entry today just to let you guys know that I’m still alive, hahah. I profusely apologize for the lack of updates. As the entry’s title implies, I’m just too caught-up with work. Hari ni adalah hari ke-11 Rilla bekerja minggu ni, hoh. Sungguh memerlukan istirehat. Looking forward to this weekend, sebab minggu lepas takde weekend. Kena kerja Sabtu and Ahad…sampai malam. Hari-hari pun sampai malam. Jumpa mak pun tak sempat. Keluar rumah lepas subuh. Sampai rumah, mak dah tido, wuuu. Ampun mak. Hopefully it’ll be over soon. Bulan ni bulan increment, so that’s why sangat busy. Tapi takpe, biarlah daku kerja sampai demam 5 hari tapi nak MC pun tak sempat, asalkan pekerja-pekerja dan syarikat saya ini happy.

Will try to update as soon as possible, please bear with me. Love you guys.

Wednesday, July 13, 2011

Saya Menang Contest Rizalman

Assalammualaikum dan hai aweks,

Sape pembaca tegar blog Rizalman Ibrahim? *sayaaa...sayaaa* Kalau tengok recent post dia, perasan tak nama pemenang contest dia yang no. 1 tu sama dengan nama saya? Itu adalah kerana memang saya pun yang menang itu *ok, sumpah bunyik belagak gila ko punya ayat, Rilla. mintak pelempang ke ape?*



BBF ramai yang dah tahu, tapi still rasa macam nak share kegembiraan Rilla dengan readers semua. Memandangkan saya dapat no.1, maka busana nikah saya akan ditaja oleh Rizalman. Sila jangan jeles. Hahaha. Sebabnya takdelah menang sponsor baju ke apa, tapi dapat pergi tengok fashion show Puteh dan Rizalman 2011 Bridal dia. Sebenarnya no. 1 ke 2 ke ape ke takde beza. Semua hadia sama. Atau mungkin yang no 1 tu mulut paling lahar kot? haha.

Serious tak sangka boleh menang dengan menggunakan slogan sengal yang berbunyi seperti berikut:
"Rekaan Rizalman kerap ditiru kerana kalau tiru rekaan orang lain karang, tak berapa nak laku la pulak"
That was the slogan that came on top of my head. Alhamdulillah. Rezeki saya. Memang saya mengagumi Rizalman. For me, kalau nak buat ranking fashion designer kat Malaysia ni, saya akan letak Rizalman no. 1. Terima kasih untuk peluang ini. This means so much to me, sebagai seorang yang memang passionate tapi belum ada rezeki nak jadi seorang designer. Tak pernah dapat peluang tengok fashion show. Selalu tengok kat Youtube or kat hotel yang ada channel F.TV jek.

First time masuk and menang online contest. That's why nampak jakun bebenar. Maafkanlah diriku. Kanda dipaksa untuk jadi plus one saya. Terus dia ajak saya shopping Sabtu ini. Mahu cari baju pink bunga-bunga katanya, untuk dia pakai ke fashion show Rizalman itu nanti =.=;;

Monday, July 11, 2011

{Deco Ideas} Butterfly Centerpiece

Assalammualaikum dan hai uolls.


Hari ni iolls nak share satu lagi idea inexpensive untuk centerpieces atau untuk apa-apa deco lain. Tak tahu nak panggil benda alah ni apa... centerpiece rama-rama hinggap di ranting kayu atas piring? Heh, panjang benau. Tak kisah la, tapi senang dan murah ok. Tak susah pun nak buat. Piring tu korang beli jek kat kedai dua ringgit. Ranting kayu boleh petik, butterfly, macam dalam tutorial tu, print jek. Penutup kaca tu jek yang mahal. Tapi kalau tak pakai pun still cantik rasanya.

Selamat mencuba :D

Friday, July 8, 2011

{DIY} Lollipop Tree

Assalammualaikum dan hai cantiks

Entri DIY memanjang kan? Rilla kena writer's block la, tak tahu nak tulis apa untuk update majlis sendiri. Plus, I'm pretty busy with my secret project. Secreat la kunun. Oklah kan entri DIY pun dari takde entri langsung kan? Dulu kan Rilla pernah cerita ingat nak bagi lollipop doorgift untuk kanak-kanak yang datang majlis Rilla. Well, Rilla terjumpa lagi satu cara yang comel untuk display doorgift ni. Mudah, tak payah buat packaging. Juga sesuai sangat untuk diletakkan di meja candy buffet.