Friday, October 21, 2011

Saya Sayang Pembaca Saya!

Assalammualaikum dan hai korang,

Snapshot pada hari Isnin, 17 Oktober 2011


Entri kali ini tiada apa.

Tiada update pasal wedding Rilla.

Tiada entri DIY.

Hanya Rilla dan kamu...ya, kamu yang tengah baca ayat ini.

Rilla hanya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kamu yang sudi baca blog picisan ini. Tak kisahlah kamu merupakan follower, BBF atau silent reader sekali pun, semuanya Rilla hargai. Sangat-sangat hargai.

Blog Rilla ini tak seberapa tetapi harap ada gunanya buat kamu. Besarlah hati kita jika tuan dapat manfaatnya, aceh, berbahasa purba pula hamba di sini.

Kepada yang sudi komen, yang sudi email, juga Rilla ucapkan terima kasih. (Mana yang Rilla belum sempat nak balas tu, minta maaf ya). Minta maaf juga jika ada hasil penulisan Rilla ini mengguris atau memualkan sesiapa. Adat manusia, banyak khilafnya *masukkan sekuntum senyum simpul di sini*

Pantun original dari Rilla. Penat fikir, tak nak copy paste. Nak buat yang special untuk kamu. Selilah beli...

Ikan gelama di Tasik Chini,
Sena di tebing jadi penyeri;
Hadirmu tuan di laman ini,
Girangnya hamba tidak terperi.

7 comments:

  1. suka blog rilla sebab cantik n kemas...(dah 100x ckp kan? hehehehe)

    ReplyDelete
  2. =) *hugs* hehehehe.. boleh ke komen camtu?

    ReplyDelete
  3. tengok~ gambar saya pun ada kat situ! tapi gambar lama. hehee~
    sama2 cik Rilla. =)

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. u r most welcome. My photo there! heee ;)

    ReplyDelete
  5. alamak tak pandai berpantun2.tapi nak beli gak la.hahaha

    anak cik Tam anak cik Atif
    suka baca sebab rilla best dan kreatif!

    hahaha ntah pape je.ok tu je.bai

    ReplyDelete
  6. i suke bace blog rilla.. sbb rilla cute, creative, future designer, same taste ngan i, fashionista, baik, chantek, blog kemas bak kata syima, ideas2 yg best...mcm2 lah.. hehehe :) ikhlas ni, ukan bodek tau..hehehe *hugs*

    ReplyDelete