Saturday, December 31, 2011

Kita Nak Invite Awak Datang Wedding Kita

*sticky entry*


Assalammualaikum dan hai korang...

Rilla, dengan rasa penuh rendah diri, ingin menjemput anda semua, followers blog ini untuk hadir ke majlis resepsi Rilla pada 1 Januari 2012. Sesiapa yang sudi nak datang boleh ke website wedding Rilla, dan rujuk kepada tab Bride's Reception, di situ disertakan sekali maklumat yang lengkap untuk majlis Rilla. Please RSVP ya, although my wedding buat kat rumah je, buffet style tapi it would help me greatly if you guys can RSVP (if you guys sudi nak datang lah).


*hugs and kisses*

Friday, December 30, 2011

3 Hari Lagi


Looking forward to my spa session today ^.^

Thursday, December 29, 2011

Inspirasi Baju Sanding Saya

Assalammualaikum dan hai cantiks

Kali ini Rilla nak kongsi the actual picture yang Rilla tunjuk kat designer Rilla.









Source lost


Carca marba tak? hahaha. Sian designer Rilla dapat client camni, keh keh keh

4 Hari Lagi


Oh, banyaknya yang kena settlekan. Sape nak jadi assistant Rilla?

Wednesday, December 28, 2011

This Used To Be The Inspiration Board for My Sanding Dress

Assalammualaikum dan hello.


Inilah inspiration board Rilla dulu. Tengok tarikh tu, bulan Januari. [Oh, typo "poofy" di situ]. Grace Kelly-inspired katanya. Suka dress ni, nampak demure. Tapi tang kolar nak yang macam gambar yang "colar variation" tu [typo lagi].

Tapi ni dulu. Lepas Rilla buat board ni, Rilla masih lagi rajin melihat gambar-gambar baju pengantin. Kejap nak yang macam tu, kejap nak yang macam ni. Akhirnya, board ni Rilla tak tunjuk pun kat designer, hoho.

Tapi Rilla letak la jugak kat sini. Siapa-siapa yang nak guna, silakanlah ye.

5 Hari Lagi


Assalammualaikum dan hai korang

Hari ni berjaya menyiapkan bed skirt. Bawah katil ini adalah ibarat gua harta karun, jadi bed skirt adalah sangat perlu untuk menyembunyikannya. Biar pakai kain murah asal nampak mahal. Please excuse tilam yang tak bercadar itu. Tengah hari pergi beli kain kat Nagoya. Dah pukul 10 malam baru siap jahit, banyak sangat breaknya, hahah. Tapi siap juga. Terima kasih kepada adik saya yang tolong angkat tilam 10 inci yang berat amat itu. Alhamdulillah.

Tuesday, December 27, 2011

6 Hari Lagi


Assalammualaikum dan hai cantiks

Saya rasa baju nikah saya sangat awesome! :D
Mata sayalah. Kot mata orang lain tengok, takdelah awesome mana pun.

Monday, December 26, 2011

7 Hari Lagi


Assalammualaikum dan hai korang

How's your long weekend? This entry is a quickie. I have lots to do. Penat. Kerja Rilla lately asik jawap soalan je: "Ni untuk apa?", "Nanti ni nak buat macma mana?", "Ni nak letak apa?", penat. But I know they came from a good place, so Rilla hanya tarik napas dalam-dalam dan jawab.

Ya Allah ya tuhanku. Kau berikanlah aku ketenangan hati dan kelapangan fikiran. Permudahkanlah segala uruskanku dan berkatilah perkahwinanku. Aamiin.

Friday, December 23, 2011

My Dad is One Funny Man #6

Mak: I ingat nak beli kereta baru lah. Kereta I tu dah 11 tahun, dah macam-macam bunyi dah keluar.

Ayah: You nak tukar kereta ape?

Mak: I ngat I nak beli XXX.

Ayah: Takpelah, I bagi you BMW ... Be My Wife.



Oh, I'm gonna miss them terribly.

Thursday, December 22, 2011

My Dad is One Funny Man #5

Ayah: Asirah [my sister], Asirah rasa apa yang buat Along [me] tertarik kat Fuad [my fiance]?

Asirah: Ntah. Dahi dia?

Rilla: *dalam hati* what the...? Mengapakah dahi?

Ayah: Salah!

Asirah: Ntah. Hidung?

Ayah: Salah! Salah! Jawapannya adalah tangan.

Rilla: *dalam hati* what the...? Mengapakah tangan?

Asirah: Kenapa pulak tangan?

Ayah: Yelah, tangan lah yang menarik. Dia tarik Along pakai tangan, takkan nak pakai hidung pulak?

Monday, December 19, 2011

Review: Pre-Wedding Photoshoot

Assalammualaikum dan hai korang.


Entry rushing. Buat jugak entry sebab rasa bersalah pulak kat korang bila tak ada entry baru. Pre-wedding photoshoot kitorang dah buat lama dah, bulan Januari hari tu, which was like 12 months before! (refer to the teaser post). Gila awal buat pre-wedding. Bukan sebab dah meroyan sangat nak kahwin ye, tapi sebab masa tu ada promo. Plus, buat apa nak tunggu last minute? Dah dekat tarikh kahwin, banyak lagi benda lain nak buat, jadi Rilla rasa, tak ada masalah pun buat awal-awal.

We grabbed the promo from Oh! Chenta. Rm100/session, unlimited shoot, DVD copy plus two table calendars (I blogged about it here). Kitorang pun macam ambil saja lah. RM100 je, kenapa tidak cuba nasib kan? What did we have to loose? Akhirnya, nasib memang menyebelahi kami. Our pictures turned out awesome!!

Props Rilla bawa sendiri. Make-up by Fadh Adnan (RM50 je ok? Murah!) Venue kat Putrajaya. Photographer was Hanif Ramli. He was superb! Senang kerja dengan Anep ni. Gambar yang Rilla letak kat sini semua raw pics, even raw pun, dah cantik. Tak payah nak edit sangat. Sebab memang sangat puas hati dengan kerja Anep, Rilla dah book dia untuk outdoor nikah nanti :D Really couldn't recommend him enough. Cousin Rilla pun hire dia untuk E-day dia hari tu. Dan ramai juga BBF yang hire dia (Put and Intan). Enjoy the pics (aku tepek 3 je, kes malas nak letak watermark).

Salah satu prop adalah bunga segar, di beli di Floristika (sambil survey bunga untuk e-day, sambil beli untuk photoshoot).


Yes, I call him "Kanda" and he calls me "Dinda". Klasik tak?


Prop troli office pun ada, hahahah. Gambar ni buat kitorang nampak macam couple yang nakal, hiks.


Fuad + Rilla Pre-Wedding Photoshoot
Vendor: Oh! Chenta
Photographer: Hanif Ramli

Monday, December 12, 2011

Kek Buttercream Sudah

Assalammualaikum dan hai korang :*

Rilla hampir terlupa pasal kek kahwin ni, untuk upacara potong kek nanti. It's there in the back of my mind, cuma terlupa nak letak dalam checklist. Nasib baik kek ni selalu nak tempah dua minggu sebelum, bukan macam kad kahwin, sebulan sebelum, jadi sempat lagi. Rilla punya keinginan, seperti biasa, yang ringkas sahaja. (Semua pun nak simple, heheh). Tak nak yang fondant. Rilla nak kek yang sedap disaluti dengan buttercream sahaja. Best sikit nak makan. Design pun nak yang simple sahaja. Mungkin 2 tingkat, maksimum 3 tingkat sahaja. Plus, memang tak nak splurge untuk kek.

Jom tengok hasil pengGooglean Rilla.


Yang ni comel, tapi empat tingkat.



Rilla tak mintak design macam ni, tapi Rilla rasa design dia cool.



Sangat suka dengan kek ni. Totally my taste! Cuma nak kurangkat tingkat je,



Yang ni design lebih kurang macam yang kat atas. Bunga Anemones! Rilla suka jugak!



Yang ini bukan buttercream, tapi white choclates. Tapi Rilla suka. Saja tempek kat sini buat cuci mata.

p/s: Ada orang tanya Rilla pasal hal-hal kahwin macam kad kahwin Rilla dan macam mana nak lilit dawai kat bunga manggar, tunggu ya. Rilla agak sibuk sekarang.

Tuesday, December 6, 2011

Save The Date Video

Assalammualaikum dan hai korang

Quick one. Enjoy my DIY save the date video. Simple sahaja. Gunakan video klip yang ada sahaja, masa kitorang tengah lepak, masa birthday Rilla, birthday kanda dan masa bertunang. Rilla guna Corel Video Studio untuk editing. A bit tacky, yelah, bukan Manggis yang buat, hoho.


Saturday, December 3, 2011

Weekend To-do List

Assalammualaikum dan hai korang.

Am attempting to have a productive weekend. Trying to get as much stuff done as possible.

1. Cat tingkap
2. Tempah langsir
3. Siapkan bunga pahar (50% more to go!)
4. Siapkan 50% rosette
5. Pergi beli VIP doorgift
6. Katil
7. Baju bertandang progress

Tujuh sahaja. Target haruslah achievable.

Thursday, December 1, 2011

Sebulan Sahaja Lagi!

Asslammualaikum dan hai korang...

Hari ni dah 1 Disember 2011, maknanya genap sebulan sahaja lagi dari majlis Rilla. Sungguh pantas masa berlalu. Rilla masih ada banyak pekara yang perlu diselesaikan. To-do list jangan tanya lah, panjang berjela. My parents got back safe from their trip, Alhamdulillah. Jadi sekarang, baru boleh nak selesaikan hal-hal wedding ni. Tak ada mereka, susah untuk Rilla buat keputusan. Boleh je decide sendiri, tapi tak nak lah kan. Memanglah kita pengantinnya, tapi majlis kita bukan untuk kita sahaja, ianya juga majlis ibu bapa kita, majlis adik-beradik kita, saudara-mara kita. Semua pandangan harus diambil kira. Tapi Allah kurniakan saya dengan keluarga yang sangat wonderful! Semua sedia membantu, syukur. Semua offer diri tanpa diminta. I feel so blessed.

Dulu tengok entri "sebulan sebelum" BBF yang lain, selalu bertanya pada diri sendiri "bila masa aku pulak? apa agaknya rasa dia nanti? kejap je dia ni nak kahwin dah". Lagi-lagi bila baca Kina, Nora, Lisa, Yuyu, Intan, Liyana SCR punya blog (sebab Rilla follow mereka dah lama, jadi rasa macam mengikuti diorang punya journey). So, now that I've arrived at this moment, apakah rasanya? CUAK! AMAT! hahahaha. Bukan kerana pernikahan itu sendiri, tapi kerana majlisnya. Honestly, although I love all the hectic wedding preparation, I'm more excited and looking forward to the life after marriage. Hal majlis belum settle lagi, aku dah pening pikir pasal rumah, perabot segala, hahaha. Kadang-kadang rasa macam lantaklah wedding ni, I just want to be married to my wonderful finace. Boleh gitu?

But like I said, wedding is about your family. Air muka ibu bapa kita. Rilla punya majlis bukanlah grand, biasa-bisa sahaja. Average, typical, Malay wedding. Buat di rumah sahaja (tapi macam lebih mahal dari dewan je?). Tiada vendor-vendor yang gah. Banyak yang akan diDIY (termasuklah pelamin). Banyak yang perlu dibuat. Ok sekarang dah CUAK balik, hahaha. Rasa macam nak cuti sebulan sahaja. Tapi walaupun majlis ringkas, kena proper. Kita nak layan tetamu, jadi seboleh-bolehnya kita mahu buat yang tebaik untuk mereka yang sudi meraikan kita, betul tak?

Tiada majlis yang sempurna sebab yang buatnya adalah manusia. Pasti ada caca-celanya, tapi yang kita mahukan adalah mengurangkan cacat-cela itu. Semoga urusan Rilla ini dipermudahkanNya. Aamiin.

Entry meraban hari ni, hehe, sorry.