Wednesday, February 29, 2012

Wedding Review: Bilik Pengantin

Assalammualaikum dan hai cantik!

Entri yang tak berapa panjang mengenai bilik pengantin Rilla. Bilik ini Rilla hias sendiri sahaja, dan seperti biasa, DIY. Jangan kata hiasan, dengan perabotnya sekali DIY (Macam pelamin, Rilla design, adik buatkan).

Bilik Rilla ni sebenarnya macam loteng, jadi siling dia sloping. Dekat bahagian pintu, siling tinggi sikit, bahagian hujung lagi satu siling rendah. Jadi, untuk perabot, kena hati-hati dengan designnya. Bilik Rilla kecil sahaja, cukup-cukup untuk letak katil, almari dan meja. Rilla banyak gunakan cermin supaya bilik nampak lebih luas dan mempunyai pencahayaan yang baik (sebab cermin akan pantulkan cahaya dari lampu).


Untuk katil, Rilla hanya design katil platform tanpa sebarang headboard. Platform pun simple sahaja kerana Rilla tutup dengan bedskirt untuk sorokkan segala harta karun bawah katil tu. Untuk tak nampak kosong, Rilla buatlah hiasa sedikit bagi menggantikan headbord. Hiasan yang murah dan senang, iaitu paper medalion dan bunga tisu dari Daiso. Paper medalion ni buat saiz besar supaya tak payah nak buat banyak-banyak. Pakai kertas mahjong saja. Bunga tisu pula, beli dari Daiso, tinggal kembangkan sahaja.

Sebenarnya, fungsi hiasan ni adalah untuk sembunyikan satu kesan retakan besar kat dinding tu. Hiasan ini juga dibuat di sat-sat akhir dengan bantuan pengapit dan sepupu-sepupu Rilla pada hari sebelum majlis nikah. Bila dah letak paper medalion dan bunga tisu ni, tiba-tiba siling nampak tinggi sikit. Sebelah katil tu, Rilla letak cermin, RM60 sahaja, beli di Nilai. Cermin ni Rilla guna untuk bersiap. Bawah cemin tu Rilla letak sheep skin rug yang beli kat Ikea, ala yang RM79 tu. Cadar Rilla guna cadar yang praktikal, beli kat Jusco, brand Akemi saja. Tak nak beli yang beropol, bersulam. Nak yang boleh pakai terus. Beli masa sale memang murah, tak sampai RM300 pun untuk king size quilt cover set.



Di sebelah cermin pula adalah almari. Almari ini Rilla design khas. Tak boleh nak pakai almari beli siap sebab siling rendah. Nasib baik famili ada perniagaan perabot besi. Yang seronoknya, bila design almari sendiri, bahagian dalamnya pun Rilla boleh tentukan. Nak tempat gantung, rak berapa banyak dan macam mana. Almari ni guna sliding door untuk jimatkan ruang. Lepas ni korang boleh panggil Rilla Furniture Designer *PANG!!!*



Di bahagian hujung katil, sebelah dengan pintu bilik, Rilla letak meja dan kerusi untuk besiap. Meja ni Rilla tak design. Rilla cuma minta adik buatkan meja dengan lebar mengikut dinding. Sudahnya dibuatkan Rilla meja makmal, hahahaha! Takpelah, rezeki Rilla. Nak jahitkan alas pun tak sempat, gasaklah! Janji kerusi Rilla seksi. Sangat suka kerusi ni.

Minta maaf sebab Rilla tak ada gambar bilik kosong, korang tengok jelah muka Rilla yang cantik ni ye ;p

Tuesday, February 21, 2012

Wedding Review: DIY Pelamin

Amaran: Entri ini mengandungi banyak gambar

Assalammualaikum dan hai manis

Rilla mahu rehat sejenak dari membuat ulasan majlis pernikahan, lompat ke majlis persandingan boleh? Blog ni pun dah penuh dengan gambar warna biru (warna tema majlis nikah).

Seperti yang Rilla dah maklumkan sebelum ini, pelamin sanding adalah hasil DIY. Mulanya Rilla ingat nak ambil vendor sahaja, tak pernah terfikir nak DIY pelamin sendiri. Ini adalah cadangan ayah Rilla. Bukan cadangan sebenarnya, lebih kepada permintaan yang berbunyi "You better submit your pelamin design now. Senang orang construction nak buat", dan pada ketika itulah baru Rilla sedar pelamin sanding akan diDIY (padahal masa tu dah mintak sebut harga bagai dari vendor-vendor). Syaratnya kena design pelamin menggunakan besi, kerana kebetulan (kebetulan kah?), keluarga Rilla memang ada perniagaan perabot besi. Jadi jika Rilla design, mereka boleh buatkan.


Berikut adalah design-design yang Rilla hantar untuk mendapatkan kelulusan dari mak dan ayah:-

Design #1
Masa Rilla design pelamin ni, tak ramai yang buat pelamin guna bunga kertas. Masa tengok majlis nikah Marion Caunter, jatuh cinta habis dengan bunga kertas. Tapi sebab kena DIY, tak adalah Rilla nak buat penuh satu pelamin, kerana itulah design untuk letak di bahagian tengah sahaja. Kerusi itu boleh di beli dari Bright Sail, harga RM1200 (suka sangat dengan kerusi ni. Masa tu fikir, beli pun tak apa sebab boleh buat jadi perabot di rumah sendiri nanti).


Design #2
Design ini lebih ringkas, hanya perlu tabir di belakang, kemudian panel besi yang dipotong ikut bentuk dahan pokok. Yang ini pula guna bench berbanding kerusin berasingan di dalam design #1. Sebenarnya kami lebih suka guna bench, lebih romantik, hahahaha. Kami adalah pengantin yang berbadan kecil, jadi kerusi highback sangat tidak sesuai.


Ayah Rilla memberi persetujuan kepada mana-mana design (katanya "dua-dua pun cantik"). Jadi Rilla pilih design pertama.


Tapi!!!!!!


Selepas itu, berduyun-duyun pengantin menggunakan pelamin bunga kertas. Masa Rilla Rilla design pelamin tu, belum ramai yang guna, mungkin ada dua-tiga pasang sahaja kerana Rilla design awal. Selepas itu, terus mati keterujaan nak buat pelamin bunga kertas kerana ia telah menjadi pelamin aliran arus perdana. Rilla tidak suka mengikut trend, Rilla tidak suka mengikut aliran arus perdana. Pemberontak katanya.

Jadi Rilla design semula.

Inspirasinya:



Taman vertikal mengunakan palet kayu! (Kanda, nanti kat rumah kita nak buat macam ni, boleh?). Tidak ada masalah sangat jika mahu buat begini kerana di kilang kami memang banyak palet kayu ini, tinggal ambil sahaja.


Designnya:
Dibelakang ada tabir, kemudia fairy lights yang berjuntaian. Seterusnya panel palet di mana ruang diantara palet itu diisi dengan bunga.


Hasilnya:
Erkkk! Tak ada tabir belakang, hahahah. Tak mengapa, Rilla masih cinta dengan pelamin Rilla walau tak ada tabir di belakangnnya. Tak kisahlah jadi macam mana, Rilla tetap suka. Rilla pegang pada konsep, apa yang Rilla dapat, itulah rezeki Rilla, jadi Rilla tidak mahu merungut. Ayah Rilla tukar panel kayu palet menjadi panel besi. Selepas Rilla hantar design, Rilla serahkan sahaja kepada ayah dan adik untuk membinanya.

Rilla hanya mahu pelamin yang ringkas. Rilla sudah tetapkan mahu baju sanding yang Ringkas, jadi design pelamin juga harus ringkas supaya pengantin tidak tenggelam dek dibaham kemeriahan pelamin. Majlis pernikahan dan persandingan Rilla adalah pada hari yang sama (nikah di sebelah pagi, sanding sebelah malam). Jadi pemasangan pelamin hanyalah boleh dilakukan selepas rombongan lelaki pulang dari majlis nikah. Kami ada masa selama lebih kurang 4 jam untuk menyiapkannya (pukul 1 hingga 5 petang).

Pelamin ini dipasang hasil dari gabungan tenaga adik-beradik, pakcik-makcik dan sepupu-sepapat Rilla. Kami tiada rewang kerana menggunakan khidmat catering. Jadi, gotong-royong kami adalah memasang sendiri pelamin (inilah sebab mengapa ayah Rilla mahu DIY pelamin).


Pemasangan pengantin dipantau oleh ayah Rilla. Paparan pada tablet itu adalah design pelamin. Sebelahnya adalah sepupu Rilla merangkap pengacara majlis Rilla malam itu.



Semasa memasang pelamin. Sumpah sangat meriah masa ni! Cuba bayangkan meriahnya waktu rewang dengan orang gelak ketawa, begitulah suasana semasa memasang pelamin ini.


Inilah adik Rilla yang bertanggungjawab memeriksa pembuatan pelamin Rilla di kilang. Pemasangan wayar elektrik di pelamin pun dia yang buat.


Sebelum majlis lagi ayah sudah memberi amaran kepada Rilla untuk duduk sahaja di tepi dan terima sahaja apa hasilnya ("kau jangan nak sibuk-sibuk pasang pelamin"). Dia sudah dapat menjangkakan bahawa hasil pelamin akan lari sedikit dari idea asal kerana akan ada pendapat tambahan. Rilla pun tiada masalah. Cuma Rilla ada terpanjat sedikit untuk mengalihkan kedudukan bunga, ampun ayah.

Bunga, Rilla guna bunga segar kerana lebih murah. Rilla bukan vendor pelamin, jadi jika beli bunga tiruan, agak rugi kerana tidak boleh diguna semula. Rilla gunakan bunga mawar dan sweet william sahaja. Bunga mawar di dalam dua warna. Ikut nafsu mahu beli banyak lagi bunga supaya lebih penuh, tapi Rilla pendamkan sahaja hasrat itu. Lebih baik simpan duit tu (dengar ramai yang cakap, lepas kahwin lagi banyak guna duit. Memang sangat betul!). Fairy lights pula dipasang di depan panel besi itu dan dibiarkan berkelip-kelip (Rilla sudah pesan awal-awal, tetapkan mod lampu supaya tak berkelip). Sudahnya, meriah sangat pelamin aku ada lampu kelip-kelip! Kau ada?

Keseluruhannya sangat berpuas hati dengan pelamin ni, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang membantu. Jazakallah.

Wednesday, February 15, 2012

Wedding Review: Hantaran [Dinda to Kanda]

Assalammualaikum dan hello my darlings (gaya Fazura).
[entri percubaan menggunakan Bahasa Melayu sebanyak yang boleh]

Seperti biasa, minta maaf sebab kadar kelajuan membuat ulasan majlis Rilla tidak selaju yang diinginkan. Sepatutnya entri ini dinaikkan minggu lepas, tetapi Rilla amat sibuk. Hari minggu kami habiskan dengan mengecat rumah kami. Isnin dan Selasa Rilla ke tugasan luar.

Sebenarnya Rilla mahu gabungkan sahaja ulasan hantaran pihak lelaki dan perempuan dalam satu entri, tetapi sedikit malas nak edit gambar. Gambar dalam entri ni pun ada yang terang, ada yang malap, jangan salahkan OP ya. Rilla yang pandai-pandai edit.

Hantaran Rilla DIY, cuma sirih junjung diDIY oleh ibu saudara Rilla. Alas dulang Rilla guna textured velvet dengan lace patching. Rilla guna bunga hidup sebagai dekorasi. Alas hataran pula, Rilla tak guna bantal mahupun polisterin. Sebaliknya Rilla gunakan cermin MALMA yang Rilla beli di IKEA. Harganya RM2.90 sahaja sekeping. Pakai cermin Malma ni memang tak nampak pun cermin dia, sebab cermin tu kecil saja. Tapi bingkai dia cantik, macam papan kayu. Selepas digunakan untuk hantran, Rilla akan guna untuk hias rumah pula nanti. Jadi tidak membazir di situ.


Inilah sirih junjung Rilla, ibu saudara yang buatkan. Rilla rasa ibu saudara Rilla buat dengan amat baik sekali.


Seterusnya cincin nikah dan buah epal. Cincin nikah diikat di atas bantal cincin yang juga diDIY dari material yang sama dengan alas dulang.

Sejadah yang dibeli di Bandung dahulu. Dekorasi hantaran zaman sekarang mudah. Sejadah tidak perlu dibentuk hingga jadi masjid, cukup sekadar melipatnya dan ikatkan dengan reben. Al-Quran pula kiriman dari Mekah.


Set minya wangi dan chocolate truffle. Oleh kerana keduanya sudah mempunyai kotak yang cantik, Rilla cuma tinggal letakkan sahaja di atas dulang. Mulanya mahu belikan Kanda coklat lain, tetapi bila terpandang coklat ni, terus sahaja beli sebab pembalutnya sama warna dengan tema. Bolehkah begitu?


Akhir sekali kemeja, tali pinggang dan tali leher. Set ini dipakai oleh Kanda semasa bertandang. Jimat di situ sebab kami beli barang yang memang akan dipakai semasa bertandang, berbanding dengan membeli barang untuk hantaran semata. Dulang terakhir adalah jam tangan yang dipilih sendiri oleh Kanda.

Rilla gunakan bunga hidup kerana ia lebih murah. Kos dekorasi setiap dulang (termasuk membuat alas dulang baru) adalam RM40.00. Cuma oleh kerana tarikh nikah Rilla itu musim sejuk, pilihan bunga import memang sangat terhad. Jadi terpaksa gunakan bunga mana yang ada di dalam stok. Asalnya mahukan semua bunga yang berwarna putih. Akhirnya terpaksa campur dengan bunga berwarna lain. Bunga yang digunakan adalah Kekwa, Mawar, Orkid dan Baby's Breath.

Baguskan entri Berbahasa Melayu ini? (tak boleh nak buat lawak sangat lah)

Monday, February 6, 2012

Wedding Review: List of Vendors

Assalammualaikum dan hai si manis

I purposely hold this entry until I publish my nikah attire review, hehehe. But this is long due. Bagi memudahkan semua (sebab dah ramai yang dah bertanya, siapa vendor Rilla), Rilla buat list ni.

Nikah
Bride's Attire:
  • Rilla Amrillah, Kuala Lumpur (DIY)
  • Shoes from Nose

Groom's Baju Melayu:
  • Classic Point, Nilai
  • Shoes from Primavera

Makeup Artist: Lenny Emelda [Facebook | Page | Site]

Photographer: Photo by Izz

Outdoor Session Photographer: Hanif Ramli / The HR Phodeography [Facebook | Page | Blog]

Videographer: Wira Visuals [Site| Facebook | Vimeo ]

Catering: NMR Catering [Site]

Favours: Creatively Designed [Site | Facebook ]

Bridal Room: DIY

Hantaran decorations (both side): DIY

Nikah pillow: DIY

Handbouqet: DIY


Sanding
Invitation: True Love, Ampang [Site]

Bride's Attire:
  • Unaisah Azlan / Studio Twentysix, Shah Alam [Facebook | Blog]
  • Shoes from Vincci

Groom's Attire:
  • Classic Point, Nilai
  • Tanjak and sampin from B.M.O. Tradisional [site]
  • Shoes from Primavera

Makeup Artist: Lenny Emelda [Facebook | Page | Site]

Photographer: Photo by Izz

Videographer: Wira Visuals [Site| Facebook | Vimeo ]

Catering: Khadijah Catering, Rawang

Favours:
  • VIP Bunga Telur: DIY
  • VIP Gift [desert fork & spoon set]: House of Favors, Bukit Jalil [Site | Facebook]
  • Kotak Telur: KHR Wedding Card, Kuala Lumpur [Site]
  • Kotak Telur Decorations: DIY

Pelamin: DIY

Handbouqet: DIY

Guestbook & Guestbook Table Decorations: DIY

Main Table Decorations: DIY


Bertandang
Bride's Attire:
  • Rilla Amrillah, Kuala Lumpur (DIY)
  • Shoes from Vincci

Groom's Baju Melayu:
  • Classic Point, Nilai
  • Shoes from Primavera

Makeup: DIY

Photographer: Photo by Izz

Handbouqet: DIY



Yes, I do a lot of DIYs. Biarlah, wedding aku.

Saturday, February 4, 2012

Add me on Facebook!

Assalammualaikum dan hai cantiks

Lately Rilla dapat banyak Facebook add request dari orang-orang yang tak dikenali (I assume it's my lovely readers). Jadi Rilla telah buat satu akaun khas yang lebih public untuk korang. Sekarang akaun ni masih kosong, tapi akan di update, dan gambar-gambar pun Rilla akan upload. Feel free to add me!

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday: Sudah Sepurnama Kiranya

Wedding Review: Nikah Attire

Warning: Image-heavy & long entry. You know it's going to be like that when I write about my outfits.

Assalammualaikum dan hai cantiks!

Ok, akhirnya entri pasal baju nikah. Sebenarnya nak tunggu gambar outdoor nikah untuk review, tapi sebab dah ramai sangat tanya, Rilla buat entry guna apa yang ada je lah ok. Sepatutnya ini entri semalam, tapi semalam Rilla sangat penat, sudahnya, hari ni baru post.

Inilah baju yang menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya di kalangan pembaca blog, rakan taulan, rakan FB mahupun ahli keluarga Rilla sendiri.


Rilla tak tahu nak cakap macam mana dah untuk menggambarkan betapa Rilla cintakan baju ni. Cintaku 200% terhadap baju ni. I love it to the max! It's super awesome, it's not even funny!

Ok, enough Rilla, we all get it.

I must commend the designer for making such an excellent job! Korang setuju tak baju ni indah? She really did deliver exactly what I want. Rilla sukakan kelainan, Rilla juga sukakan keringkasan. (Sape yang follow blog ni dari awal mungkin dapat detect taste Rilla lain sikit dari orang lain). No, I don't want baju guna nikah beaded chiffon. I don't want lace overlaying satin. I don't want beadings on my veil. Bukan tak cantik, but it's just not me.

I want something clean, simple and sophisticated. But I also want to look soft and romantic. Banyak songeh la kau Rilla. Tapi wedding aku kan, suka hati akulah! Betulkan baju nikah Rilla tu clean, simple, sophisticated, soft and romantic? Banyak benau kata sifat di situ. Oklah, the next picture will reveal who's the genius designer:-

Nampak tak label kat situ? Tak nampak, takpe, biar Rilla bacakan. It says:


SWEET SOMETHING by Rilla


Ces, puji designer melambung, rupanya baju DIY sendiri. Cam angkat bakul sendri jek, kikiki. But I can't help it. I do feel rather proud of myself. Sebenarnya 'Something Sweet by Rilla' would be my next project. It's actually for my ready-to-wear collection. Kalau custom made creations, Rilla akan guna 'Rilla Amrillah' je. Tapi label 'Rilla Amrillah' belum buat. Jadi hentam pakai label SSBR.

I DIYed it 99%. Lagi 1% tu sebab hantar kedai untuk jahit tepi. Dari sketching, sampai buat patter, cutting, cantum, beading, semua la. Sebenarnya rancangan asal nak hire designer untuk buat baju nikah. Tapi I have this really strong vision on how my baju nikah should be. Asyik terbayang je sampai nak tido pun dok terbayang. Jadi Rilla buat keputusan untuk DIY sendiri sahaja. Lagipun sangat menjimatkan. Dapat jimat RM1000.00.

But my parents are proud of me sebab Rilla jahit sendiri. Everytime orang tanya pasal baju nikah, mak akan jawab 'dia jahit sendiri tu', ayah pula akan cakap 'dia kan cucu nenek dia' (my nenek was a superb seamstress). Mana nak cari bride yang jahit sendiri baju dia kan? Ada, tapi tak ramai. Aku je gatal nak jahit sendiri. I took me about 3 weeks to complete.

Ok, general info pasal baju ni, cutting Baju kurung modern with shoulder darts with 8-panel gored skirt. Saja tak nak buat dart kat pinggang. Bahagian atas baju guna material Valentro. Kain ni texture dia in-between silk and crepe and satin. Kain ni cantik if nak buat baju yang structured. Plus, kain ni harga dia murah, RM33 je. (Relax kan aku pakai kain nikah RM33/meter?). Kalau korang beli kain ni kat Jakel, korang push harga dia jadi RM22. Bahagian skirt, overlay Rilla guna glittered textured organza. Kain ni beli kat Bandung dulu. Lining guna silk.

Detailings dia banyak. Yang bunga-bunga timbul warna kelabu tu ruffled tulle flowers. Yang ni takde tutorial sebab Rilla reka sendiri. Masa buat tak sempat ambil gambar. Lepas tu ada tulle roses. Then ada beading bentuk bunga (bunga apa pun aku tak tahu, main taram je lukis), dan random sequin beadings.

Bunga ni sangat lama nak buat. 1 kuntum macam dalam gambar ni mengambil masa 1 jam. Baru sekuntum.


Gambar ni tunjuk detailing baju. Ruffled tulle flower (warna kelabu), tulle roses (warna biru cair), beaded flower (warna silver), dan random sequin beading (warna deep periwinkle).


Seterusnya kita ke tudung dan veil yang juga menjadi persoalan kepada banyak pihak. Tudung nikah, Rilla pakai inner Valentro (alah, buat sendiri je, lebih dari kain baju tu, potong 4 segi). Kemudian, Rilla pakai shawl dari fabric chiffon (kain yang sama dengan veil). Ini korang boleh anggap macam shawl 10 ringgit. Rilla cuma potong 4 segi dan jahit tepi.

Ginilah rupanya shawl yang dipakai dengan inner. Pakai macam biasa je.


Kemudiannya, Rilla pakai veil. Veil Rilla adalah veil selimpang. Macam yang Rilla pernah tulis dulu. Cutting dia macam batik sarung. Actually, memang itu ilhamnya pun. Cuma tak guna kain batik, tapi guna chiffon.

Masa beli kain veil kat Jakel bersama Kanda yang setia menemani. Siap bawak baju yang tak siap. Mula nak cari plain chiffon, tapi takde shade yang sesuai. Jadi beli 2-tones chiffon sahaja.

Here you can see the french lace I used. Lace ni dia ada macam bulu sikit, warna biru, tapi kena tengok dekat baru nampak. This is probably one of the best decisions that I made (using french lace instead of cheaper laces). French lace ni sangat lembut. Kalau korang tengok video nikah Rilla tu, boleh nampak lace ni terbuai-buai. Puas hati walaupun kena belanja lebih. Memang sengaja Rilla tak buat beading dekat veil sebab Rilla tak suka heavy detailings kat kepala (penuh manik dan bling-bling), plus I want the lace to be seen. Dan kalau ada beading, macam mana dia nak berbuai-buai?


Masa tengah pakai veil. Dalam video nikah pun ada.


Finishing touch, I wore a couple of fresh cream-colored eustomas dekat bahagian leher. Deselindugkan dengan veil. Ala-ala mysterious gitu.

Nampak kan bunga yang kat leher tu? Nak sangat pakai bunga kat kepala, selit bawah veil pun jadilah.

Alhamdulillah, I received much compliments about this attire. Rasa macam sangat jimat sebab buat sendiri. Plus, boleh pakai balik, and I already did (to cousin's wedding). Ada dapat few request to sewa. Insya Allah, Rilla boleh sewakan. Nanti Rilla buat detailed entry for rental ya.