Wednesday, March 28, 2012

Rabu Tanpa Kata: Cincin Nikah Saya - Tak Nak Solitaire Please




Update 28 Jun 2012
Sebab dah ramai sangat yang tanya, cincin ni Rilla beli di Wah Chan, Sunway Pyramid pada Disember 2010.

Tuesday, March 27, 2012

Wedding Review: Reception Attire by Unaisah Azlan

Amaran: Entri banyak gambar. Sila klik gambar untuk melihat gambar yang lebih besar.

Assalammualaikum dan hai sayangku

Rilla masih lagi belum dapat buat ulasa selaju yang diinginkan. Sebenarnya, bermula dari bulan Februari hari tu, Rilla telah diberi tugasa yang memerlukan Rilla ke Melaka setiap Isnin dan Selasa sehinggalah Mei nanti. Tambahan pula, sekarang department Rilla baru melancarkan projek, Rilla kena banyak ke luar pejabat. Penat, bila balik, tak fikir blog dah, tidur saja. Jadi, Rilla minta maaf jika terlambat membalas emel atau pun mesej di FB.

Ok, berbalik kepada topik. Baju sanding kami. Untuk baju Rilla, Rilla tempah dengan Unaisah Azlan. Untuk baju Kanda, kami tempah di Classic Point, Nilai. 

Baju Rilla

Hasil dari Unaisah Azlan :)
Cah Tambah rhinestone crystal dekat lace Rilla.
Konsep majlis Rilla adalah Melayu moden. Jadi, Rilla pakai dress, bukan kebaya. Rilla memang kurang minat baju yang sarat dan penuh manik-manik. Ini antara salah satu sebab Rilla tempah dengan designer berbanding dengan sewa di butik. Rilla mahukan baju yang ringkas sahaja. Baju ni boleh dipakai semula kalau company Rilla ada buat anual dinner nanti, hahahah.

Rilla minta Cah design sekali tudung untuk Rilla. Senang di situ. Tak payah Rilla susah-susah nak fikir. Rilla sangat suka dengan keseluruhan pakaian Rilla. Alhamdulillah, ramai sangat puji baju ni. Baju Rilla adalah dress A-line. Material yang digunakan adalah Guipure/Prada Lace, Tafetta (lining skirt), organza (overlay skirt dan sash), silk satin (top) dan silk chiffon (tudung). Lace dan Tafetta tu Rilla beli di Bandung dulu.

Ini tudung yang Cah designkan untuk Rilla. Cantik kan?

Jangan tanya macam mana pakai shawl tu. Rilla tak berapa ingat. Rilla minta Cah datang petang tu untuk pakaikan baju dan tudung Rilla. Tapi yang pasti, Rilla pakai dua helai shawl masa ni. Masa nak siap tu, pakai kaedah trial and error sahaja. Cah lilit-lilit sambil tanya pendapat Rilla. Cah sendiri pun tak ingat, hahahah. Nantilah, kalau ada masa Rilla cuba balik nak pakai macam mana.

Rilla memberi kepercayaan kepada Unaisah untuk buat baju Rilla ni. Memang puas hati sangat. Fitting dua kali sahaja. Pertama adalah untuk fitting toile (baju olok-olok guna kain murah untuk pastikan fit betul sebelum potong kain yang sebenar). Fitting toile pun sekejap saja, tak sampai 10 minit sebab tak ada apa nak ubah. Perfect fit. Fitting kedua atau terakhir adalah bila baju hampir siap. Fitting yang ini adalah untuk labuh baju selepas pakai heels. Tapi dari segi potongan baju memang tak ada perubahan.

Kalau nak buat baju dengan Cah, kena percaya kat dia yang dia akan siapkan baju korang. Dia tak pernah lagi ada kes baju tak siap.

Baju Kanda

Baju Kanda pakai Nehru suit. Kami beli dua pasang sampin songket di PKNS. Kemudian tempah tengkolok dan bengkung dari BMO Tradisional. Kanda tidak sesuai pakai tengkolok biasa, nampak pelik. Jadi kami tempah tengkolok dengan cara lipatan yang lain. Kalau di BMO, tengkolok ini dippanggil Tengkolok Raja Muda Selangor. Kalau korang rajin, cuba Google gambar sanding Noh Hujan, tengkoloknya dilipat dengan cara yang sama. Korang Google lah, Rilla malas, LOL.

Rilla dah malas nak tulis. Korang tengok gambar sajlah. Rilla letak banyak-banyak supaya korang puas tengok.

Kat sini boleh tengok gambar penuh untuk baju Kanda.
Suka sangat gambar ni!
 

Gambar penuh untuk baju Rilla.
Gambar dari tepi dan styling tudung.
Sash diikat di high-waist Rilla. Buat kaki Rilla nampak panjang berjela.
Sebenarnya memang badan Rilla pendek tapi kaki panjang. Potongan ini
buat Rilla nampak tinggi kan? ;p

Pandangan dari belakang.
Cah tak ikat reben untuk sahs tu. Dia cakap takut Rilla
nampak macam budak-budak, hahahah.
Keluarga Rilla pula pakai warna Sangria. Adik perempuan Rilla pakai
warna dusty pink sebagai petugas memberi bunga pahar.

Baju ini akan dibuka untuk sewaan. Insya Allah malam ini Rilla akan buat entri untuk butirannya ya.

Monday, March 26, 2012

Hantaran Deco in Pastel Pink + Cream

Assalammualaikum dan hai korang

Jumaat lepas Rilla ada post gambar bunga segar yang Rilla beli kan? Jadi kali ini Rilla nak kongsi hasilnya pula. Warna tema yang digunakan adalah merah jambu pastel dan krim atas permintaan client sendiri. Alhamdulillah, mereka puas hati.

Dulang 1: Sireh junjung. Client minta yang tinggi sedikit. Gambar kedua tu tersenget pula.

Dulang 2: Cincin. Susunan bunga yang penuh :)


Dulang 3: Coklat.

Dulang 4: Kek baldu merah.

Dulang 4: Buah-buahan.

Untuk dulang yang menggunakan bakul, Rilla hiaskan baku dengan konsep minimalis. Hanya reben satin polos digunakan. Lebih itu kurang.

Semoga dapat memberi inspirasi kepada kalian semua. Oh, sebelum ada yang bertanya, sebagai informasi, Rilla beli bunga segar di Floristika, Bangsar. Bunga yang digunakan adalah Gerbera Daisies, Roses dan Carnation Sprays.


Friday, March 23, 2012

Pink+Cream

Masih belum sempat untuk update blog. Bunga untuk hantaran deco esok.

Bloom flowers, bloom! 

Wednesday, March 14, 2012

Wedding Review: Reception Ceremony (Overall) + Floor Layout

(Amaran: Entri panjang sebab agak rajin)

Assalammualaikum dan hai korang!

Rilla mengagahkan diri, nak update review cepat-cepat biar habis hutang review. Dalam perancangan majlis, Rilla sebenarnya suka pengurusan yang tersusun dan sistematik. Walaupun majlis Rilla buat di rumah sahaja, tak bermakna boleh main hentam sahaja tentang pengurusannya. Semuanya Rilla ada dokumen. Kalau buka folder Rilla memang banyak gambar rajah, pelan lokasi untuk letak signboard pun ada, cerewet kan? Kali ini review secara keseluruhan tentang majlis resepsi/persandingan Rilla.

Tarikh
Di buat pada hari yang sama dengan hari nikah - senang, satu hari sahaja sudah siap dua majlis.

Masa
Majlis resepsi bermula dari pukul 6.00 petang hingga 10.30 malam (jadi banyak masa antara majlis nikah di sebelah pagi dan majlis sanding - Rilla sempat tidur).Tetapi di dalam kad, kami tulis majlis tamat pada pukul 9.30 sebagai satu inisiatif (inisiatif kau!) crowd management. Mula-mula kami sekeluarga mengumumkan yang majlis Rilla akan dibuat pada waktu malam kepada ahli keluarga yang lain, ramai yang beri reaksi yang tidak beberapa positif (bukan negatif tau, cuma kurang positif).

Agak pelik di Malaysia ini kalau majlis kahwin dibuat pada waktu malam untuk resepsi di rumah. (Kalau kat dewan atau hotel, tak pelik). Tapi kami gembira dengan keputusan kami. Bagi kami, Malaysia ini negara yang panas dan lembap, buat di sebelah malam lebih sejuk. (Tambahan pula dapat guna khemah lutsinar -ok, itu aku yang mengada). TETAPI, sebab yang paling penting kenapa Rilla mahukan majlis di sebelah malam adalah Rilla tak mahu mak dan ayah Rilla berdiri tengah hari, tengah panas nak sambut tetamu. Jadi walaupun mendapat sedikit persoalan dari orang lain, kami teruskan juga kerana ini keputusan keluarga kami.

Akhirnya ramai sahaja tetamu yang puji buat majlis malam - tak berebut dengan kenduri orang lain dan tak panas.

Tempat
Haruslah rumah ibubapa kesayangan! Dulu, masa nak buat keputusan tentang tempat, memang pening. Rumah ke dewan? Dewan ke rumah? Yang si emak nak di dewan. Si ayah nak di rumah. Tiba-tiba si anaknya pula nak mengada buat majlis outdoor. Tetapi si anaknya tak kisah, ikut sahaja cakap ibu bapa. Akhirnya kami memilih buat di rumah sahaja kerana rumah yang menerima tetamu mendapat berkat. Tetapi masalah utama adalah tempat letak kenderaan. Sudahnya jalan besar di rumah Rilla menjadi sesak kerana kenduri Rilla. Ampun!

Pelan Lantai
Tadi Rilla cakap pasal dokumen dan gambar rajah kan? Ini termasuk pelan lantai sekali (majlis atas jalan, ke kena panggil pelan jalan?). Rilla punya majlis buat di rumah, jadi kedatangan tetamu tu memang ramai sebab bukan majlis RSP. Tambahan pula majlis dibuat di sebelah malam. Pengurusan orang ramai sangat penting di sini.

Inilah Pelan Lantai Rilla

Anggaran jumlah jemputan adalah 1000 pax. Kebiasaannya caterer akan mencadangkan sekurang-kurangnya 5 khemah tetamu diperlukan untuk jemputan seramai ini. Tetapi kami ambil kira keadaan majlis. Berdasarkan pengalaman, walaupun majlis siang, 5 khemah kadang-kadang tidak cukup, apatah lagi jika majlis sebelah malam. Jadi, kami menggunakan 11 khemah keseluruhannya. 7 khemah disediakan oleh pihak catering - jenis Arabian, 5 khemah dari perniagaan famili Rilla sendiri (ini bisness dulu, sewakan khemah, khemah pyramid yang biasa sahaja). 2 khemah lagi dari YSA Wedding untuk jenis khemah lutsinar - digunakan untuk khemah pengantin dan khemah VIP. VIP di sini bermaksud rombongan pengantin lelaki ya, bukan Tan Sri mana pun. Itulah VIP Rilla. Kapasiti pelan ini dalam satu-satu masa adalah 380 orang (tidak termasuk kerusi tambahan).

Untuk meja VIP Rilla gunakan meja bulat kerana caterer bagi set dome. Rezeki Rilla mungkin, dapat sewa khemah lutsinar dan kerusi Chiavary dengan harga promo, memang murah. Niat di hati memang nak tukarkan semua khemah jadi lutsinar, tetapi kupendamkan sahaja nafsu itu. Kami tidak mahu kenduri yang nampak terlalu mewah. Rilla sangat suka khemah lutsinar dan kerusi Chiavary ni, cantik! Terima kasih mak dan ayah kerana izinkan Rilla gunakan keduanya.

Khemah rombongan pihak lelaki. Kebetulan depan rumah Rilla ada surau kecil, digunakan untuk tetamu menunaikan solat.



Untuk khemah tetamu pula Rilla gunakan susunan meja panjang supaya nampak lebih kemas. Gambar di ambil waktu petang. Mak cakap, pukul 6 petang tu dah memang ramai yang datang.

Kemudian, kami menambah sewaan kerusi dari caterer sebanyak 250 unit. Kerusi ini adalah untuk digunakan tetamu yang sudah selesai makan, habis makan duduk di kerusi, bagi can orang lain makan pula, begitu.

Keseluruhannya, Alhamdulillah majlis berjalan lancar (cuma masalah parking). Kalau nak ikut, khemah tak cukup, mungkin kena tambah lagi dua? Tapi mungkin kerana Rilla anak sulung, jadi ramai yang datang.

Itu sahaja, kalau ada yang Rilla lupa, Rilla tulis di entri akan datang ya.

Sunday, March 11, 2012

Rilla Amrillah's Personal Blog

Assalammualaikum dan hai si manis!

Kepada rakan-rakan FB Rilla, mungkin sudah tahu cerita ini, tapi kali ini Rilla mahu membuat pengumuman rasmi. Rilla nak umukan yang sekarang Rilla sudah ada blog peribadi.

Sebenarnya, Rilla mahukan KDWL ini terus menjadi blog khas untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. Rilla tak mahu campurkan dengan perkara lain, senang pembaca KDWL nak tengok kandungan blog ini. Jadi hal-hal yang tak berkaitan dengan persiapan perkahwinan (seperti hidup sebagai seorang isteri, resepi, perhiasan rumah, trip pelancongan dan projek-projek jahit menjahit Rilla), Rilla akan cerita di blog peribadi Rilla.

Sangat suka dengan layout ini (puji diri sendiri ya Puan Rilla kita ni).

Tuesday, March 6, 2012

Rilla's Craft {4} DIY Ring Pillow

Entri ini adalah sebahagian dari siri Rilla's Craft. Sila klik logo di atas untuk paparan semua siri ini.


Assalammualaikum dan hai semua!

Sudah lama tak ada entri Rilla's Craft kan? Kali ini adalah tutorial untuk Ring Pillow (Oshinz, ini untuk awak). Rilla memang dah lama nak pakai bantal cincin untuk hantaran Rilla berbanding dengan bekas cincin yang sudah biasa digunakan. Sejak dari tengok Tuanku Zara punya majlis pernikahan, dah memang pasang niat nak guna bantal cincin. Punyalah lama, masa tu belum kenal dengan Kanda lagi, heh. Minta maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan, masa ambil gambar ni memang terkejar-kejar, maklumlah, saat akhir baru terhegeh-hegeh nak buat.

Inilah hasil yang kita cuba buat hari ini.


Langkah 1
Buat bantal. Ala, yang macam biasa tu. Saiz, ikut sesuka hati anda.


Langkah 2
Potong beberapa jalur kain. Lebar 5cm, panjang tidak kisah. Lebar juga boleh disesuaikan. Kalau nak kelopak yang kecil, kecilkan lebar jalur kain ini.


Langkah 3
Lipat jalur kain tadi seperti ini.


Langkah 4
Potong bahagian atasnya mengikut bentuk separuh bulatan. Bakarkan sisi-sisi kain jika fabrik anda jenis yang berbulu-bulu.


Langkah 5
Buka lipatan kain yang dipotong tadi. Jahitkan ke atas bantal seperti di dalam gambar ini.


Langkah 6
Jahit mengikut bentuk bulatan. Apabila sampai ke penghujung kain, sambung dengan jalur kain yang lain pula.


Langkah 7
Jahit sehingga bulatan sampai ke tengah.


Langkah 8
Potong sedikit kain berbentuk bulatan dan jahitkan di tengah bantal.



Langkah 9
Potong riben. Rilla guna riben grossgrain. Kemudian jahitkan di tengah-tengah bantal. Masa nak jahit tu, riben dibiarkan sahaja mengurai, jangan diikat seperti dalam gambar ini. Ini adalah gambar masa Rilla cuba ikat riben.


Dan Siap! Inilah rupa bantal cincin yang diletakkan di atas dulang hantaran.


Selamat mencuba!

Nota kaki:
Rilla ada dapat beberapa pertanyaan tentang penggunaan cermin Malma Ikea untuk hantaran Rilla dan perbandingannya dengan hantaran Intan. Rilla memang tak cadangkan korang ikut cara Rilla pakai cermin Malma ni kalau korang nak fungsi cermin itu sendiri. Cuba tengok Intan punya hantaran, nampak reflection bunga-bungaan kan? Intan custom-made dia punya cermin, dia hantar ke kedai frame. Tambahan, lepas guna untuk hantaran, lebih cantik untuk menghias rumah berbanding cermin Malma ni. Cermin Malma ni, bahagian cermin dia kecil sahaja. Kalau tengok hantaran Rilla, semua pun Rilla tutup bahagian cerminnya. Rilla tidak mahukan fungsi cermin itu, sebaliknya lebih kepada nak menampakkan elemen papan kayu. Kalau nak beli papan kat kedai kayu mahal lepas tu nak kena sapu dengan kertas pasir, cat lagi, banyak makan masa. Jadi cermin Malma adalah pilihan yang terbaik buat Rilla. Rilla tetap akan cadang korang guna cara Intan kalau nak hantaran korang ada pantulan cermin.

Monday, March 5, 2012

Hantaran Deco in Vibrant Dusk


Assalammualaikum dan hai korang!

Entri ini adalah kesinambungan untuk entri semalam - dekorasi hantaran menggunakan palet Vibrant Dusk. Ini adalah tempahan pertama Rilla untuk dekorasi hantaran yang bukan hantaran Rilla sendiri. Alhamdulillah, ramai yang puji. Hujung bulan ni ada lagi satu tempahan. Marilah kita ke gambar-gambarnya.


Keseluruhan hantaran

Palet warna yang digunakan


Rilla gunakan empat jenis bunga:
  1. Agaphantus / Lily of the Nile. Bunga ni adalah spesis bunga Lily cuma bunga dia kecil-kecil, tapi batangnya besar macam bunga Cala Lily. Rilla jatuh cinta dengan warnanya, jadi warna bunga-bunga yang lain pun Rilla koordinasikan mengikut bunga ini. Kiranya bunga ini jadi bunga utama.
  2. Statice. Menggunakan warna Persian Plum.
  3. Limonium Perezii. Menggunakan warna Blueberry. Limonium ini juga merupakan adik-beradik statice.
  4. Chrysanthemum. Dalam warna Dusty Rose. Chrysanthemum ini banyak jenis. Rilla guna Chrysanthemum Pyrethrum.

Sirih junjung


Cincin


Wajik. Wajik ni datang kosong. Rilla tambah strawberry yang dipotong bentuk kipas dan bunga wafer.


Buah-buahan.


Alas dulang yang Rilla buat sendiri. Nanti bila ada masa, nak tambah lagi bunga, pearls dan kristal bagi lagi meletup.



Tengok balik macam tersama dengan warna hantaran Renee. Cuma Renee punya lebih lush dan tak ada warna pink. Harap korang suka entri ini. Jumpa lagi!


Sunday, March 4, 2012

Colour Palette: Vibrant Dusk

Assalammualaikum dan hai si manis!

Rilla nak perkenalkan seksyen baru untuk KDWL iaitu seksyen colour palette atau warna tema. Insya Allah Rilla akan buat banyak lagi. Untuk entri pertama seksyen ini, Rilla bagi nama "Vibrant Dusk":-
Sumber (arah jam dari kiri-atas):


Vibrant Dusk untuk flora dan elemen dekorasi:

Sumber (arah jam dari atas):

Sesuai untuk majlis di bulan March kerana senang untuk mendapatkan bunga-bunga di dalam warna ini.

Warna-warna yang digunakan:

Saturday, March 3, 2012

Kerusi Seksi untuk Bilik Pengantin Saya

Asslammualaikum dan hai si manis

Rilla ada dapat beberapa pertanyaan tentang kerusi yang Rilla guna untuk bilik pengantin Rilla yang macam dalam gambar ni:-

Kerusi ni namanya adalah Ghost Chair, designer dia adalah Philippe Starck.


Inilah gambar kerusi Rilla yang sepenuhnya.

Sebenarnya Rilla pernah cerita Rilla beli kerusi ni di Malaysia Furniture & Furnishing Fair 3 dulu. Ramai yang tanya di mana boleh beli kerusi ni, Rilla beli kat fair masa kat KLCC. Tapi korang semua boleh beli dengan Fiori MAlaysia. Warna ada 3 pilihan: hitam, putih dan transparent. Harga kena contact Fiori sendiri. Harga masa di Fair hari tu adalah RM250/unit (lagi murah dari kerusi transparent kat SSF).

Dari segi ketahanan, memang kerusi ni tahan, jangan bimbang. Walaupun dibuat dari acrylic, tapi sebenarnya sangat selesa. Rilla duduk tak letak kusyen pun.


Fiori Malaysia: Site

FIORI (MALAYSIA) SDN. BHD.
AL 72C, Kampung Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603-6156 2290
Fax: +603-6156 2291
Contact person: Ms. CM Tan

CKE ENTERPRISE SDN. BHD.
E47, Batu 4, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: +606-986 8309
Fax: +606-986 6773
Contact person: Ms.Tey Siew Kiat


Selain itu, korang juga boleh beli kerusi ni dari penjual-penjual yang lain:-

Sunperry Furniture Sdn Bhd: Site | Faccebook
Viva Home: Site