Entri pasal kek pula. Sudah acap kali Rilla menyatakan bahawa Rilla adalah pengantin yang ringkas, jadi kek pun haruslah ringkas juga. Kek fondant 8 tingkat bukan pilihan saya. Saya cuma mahukan kek buttercream dua tingkat. Tanpa pewarna pada icing, dihiasi bunga segar.
Ringkas bukan kek Rilla? Piping pun Rilla minta yang ringkas sahaja. Bunga itu adalah bunga-bunga yang sama yang digunakan untuk pelamin dan meja makan beradab iaitu Sweet Williams dan Orked. Sebelum cucuk bunga tu Rilla balut dahulu tangkainya dengan aluminium foil supaya tidak meracuni kek.
Nasib baik adik Rilla memang sedang mengambil diploma seni kulinari. Jadi kek ini DIY oleh bakal chef, Amani Liyana :D
Yang duduk depan Rilla tulah Amani Liyana. Yang lain semua adik-adik Rilla juga. |
Rilla tak suka ambil gambar adegan suap-menyuap, tapi Rilla rasa gambar ini comel, kah kah kah *muntah* |
Thanks Amani!
hehe muka terpaksa di suap ya..:) tp mmg comel gambar tu..nmpk your mesra2 gitu..huhu
ReplyDeleteErk..nampak sangat ke? hihihi.
Deletehai rilla. haida di sini. i adore dgn kesederhanaan awk.
ReplyDeleteHai Haida.
DeleteAlhamdulillah. Less is more.
sdpnye.. nnt bleh buka bakery la..hihi.. comel je rilla.. nmpk sweet gituu
ReplyDeleteNtah dia tu, nak kerja kat cruise katanya, hehe. Tapi rajin juga dia buat kek.
DeleteTeringat zaman akk suap menyuap dulu....huhu..
ReplyDeletecantik !!! teruskan bakat adik rilla :)
ReplyDeletesalam kenal ... happy wedding yaa ...
ReplyDeletemenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...