Monday, May 9, 2011

Majlis Pertunangan: Hantaran Dinda to Kanda {DIY}

Assalammualaikum dan haii...

Entri banyak gambo..nak sangat kan? Hambilll. Kali ni pasal hantaran dari Rilla kepada Kanda pulak.


Ginilah rupanya kesemua tujuh hantaran. Sila klik gambar di atas untuk mebesar bagai juara.



BBF semua masih ingat gambar ni yang Rilla penah post kat group dulu? Ni masa Rilla buat trial hantaran. Lepas tu Rilla post kat BBF mintak diorang pilih. Sudahnya, satu pun Rilla tak buat, hahaha. Bakul masih guna yang sama, cuma Rilla spray pain warna putih, kasi masuk dengan warna tema.


Rilla DIY hantaran Rilla. Mula ingat nak guna artificial flowers sebab Rilla memang tak pernah gubah hantaran sebelum ni, apetah lagi yang menggunakan fresh flowers. Kalau guna artificial, boleh buat awal-awal. Tapi akhirnya Rilla guna fresh flowers jugak.




Nila bunga-bunga yang Rilla guna. Dari kiri: Sweet William, Chrysanthemum dan Orchid. Warna Orchid tu sweet sangat. Chrysanthemum tu sebenarnya Rilla nak cari warna mauve, tapi bila sampai kat rumah dia jadi macam dusty purple. Lighthing dalam kedai lain sikit. Takpelah, hentam sajalah labu.


Kenapa fresh flowers?

Kerana ianya lebih murah dari artificial. Rilla tengok harga bunga dulang RM16.00/pc -mak aih, terkejut makcik. Katalah Rilla ambil yang koman sikit, RM10/pc. Kalau darab dengan 7, dah RM70.00. Kos Rilla beli bunga hidup dan span? Tak sampai RM50.00 ok? Sweet William tu RM20.00/bunch, Rilla beli 1. Chrysanthemum RM11.00/bunch, satu bunch bunga ni banyak gila, Rilla beli 1 jek. Orchid RM5.00/bunch, Rilla beli 3 bunch. Tu pun semua bunga siap berlebih. Tapi Rilla tak buat design yang bunga keliling tu, Rilla buat bunga sejemput-sejemput. First time buat hantaran kan? Buatlah design yang senang sikit.

Jom tengok setiap dulang.




Sireh jungjung yang takde rupa macam sireh junjung sangat. Design ni je yang Rilla letak bunga keliling. Sireh tak sampai 20 keping rasanya, layakkah dipanggil sireh junjung? Rilla cuba buat yang gulung-gulung tu, tapi tercabut-cabut. Sudahnya, Rilla cabut semua sireh yang gulung-gulung tu. Sireh addalah ihsan dari jiran kami - terima kasih Makcik Asiah. Kat tengah Rilla letak lantern dan isi lantern tu dengan bunga rampai. Suka bunga rampai, wangi satu hall. Simple sahaja.

Ayah Rilla tanya benda kat tengah tu ape: 'Along, benda tengah kat sireh junjung kau ni ape? yang macam kat taman tu..ape? Pergola ek?'. 'Gazebo lah, ayah', balas Rilla. Disamakan latern Rilla dengan gazebo?




Seterusnya, mini cakes. Dulang ni pun ada bunga, cuma tak masuk frame. Mini cakes ini ditempah dari Mad About Cake. Sponsored by one of my uncles - thanks Pak Long. The only thing that I don't like about it is that I don't get to eat it. Geram tau. Bukak kotak kek je, bau strawberry semerbak...adoi. Tapi hanya mampu melihat. Sangat puas hati dengan service mereka, delivery on time.




Seterusnya adalah buah-buahan. Rilla letak epal, anggur, strwberry dan plum. Rilla pilih buah-buah ni sebab suka dengan warnanya.




Masih lagi dalam kategori makanan, dulang seterusnya adalah encik coklat bersaudara. Rilla letak Fererro Rocher yang biasa ngan Rodnoir. Lepas tu letak Almond Kisses.




Kain pasang dan butang baju. Butang baju tu mungkin korang tak berapa nampak, tapi Rilla letak dalam frame kecil. Frame tu beli kat SFF, ada magnet kat belakang.




Dulang seterusnya berisi kasut untuk tunang tersayang. Ingat nak bagi stokin sekali, tapi sebab last minute baru decide dan nak cari, tak berjumpa. Kenapa susah amat nak cari stokin lelaki ek? Ke Rilla yang cari salah tempat?




Next - songkok dan sampin songket. Songkok tu beli kat Wisma Yakin. Sampin nilah yang Rilla cakap dalam entri ini. Told you it was a common colour.




Group photo - ni awal lagi ni. Tengah tunggu my side of the family datang.


I have so much fun doing my own hantaran. Rilla buat pagi majlis, start dalam pukul 7 lebih, pukul 11 lebih dah siap. Tu pun sebab Rilla berhenti makan-makan tengok tv. Gubah satu per satu. Selepas siap satu dulang terus letak dalam bilik berhawa dingin. Rilla beli bunga Sabtu pagi [majlis Ahad]. Balik dari Floristika, terus tadah air dalam baldi, letak sebijik panadol dalam air tadahan tu dan masukkan bunga. Kemudian Rilla simpan dalam bilik berhawa dingin.

Tak susah mana pun gubah hantaran fresh flower ni, cocoklah ikut mana pun, tetap akan nampak cantik.

Sekian. Harap korang suka dengan entri ni.

Friday, May 6, 2011

Majlis Pertunangan: Flow Majlis

Assalammualaikum dan hai...

Kali ni Rilla nak share tentang flow majlis pertunangan Rilla tempoh hari. Mana lah tau kot-kot ada readers yang boleh mendapat manfaat dari entri ini kan? Jadi Rilla nak share tips la macam mana nak melancarkan majlis.

Planning & Communication

I can't stress on the importance of these two words enough. Sangat penting. Seminggu sebelum majlis, bincang dengan famili apa yang perlu dibuat. Macam Rilla ngan family, kami duduk bersama dan senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan dua hari, sehari dan semasa majlis bersama-sama dengan person-in-chargenya. Contoh macam Rilla punya senarai:

Dua hari sebelum majlis
Bungkus doorgift | Rilla dan BFF
Beli bahan untuk buat bread butter pudding | Bonda
Beli air mawar untuk bunga rampai | Bonda
Menyediakan meja banquet | Adik

Sehari sebelum majlis
Cuci porch | Adik
Beli bunga hidup untuk hantaran dan bunga rampai | Rilla
Petik daun sireh dan daun pandan | Bibik
Polish dulang | Adik
Buat bread butter pudding | Adik
Racik bunga rampai | Mak dan Bibik
Call vendor kek hantaran untuk confirmation | Rilla
Pasang langsir | Rilla dan Bibik

Hari Majlis
Gubah hantaran | Rilla
Ambil makanan dan beli ais | Adik
Mop lantai porch | Adik
Susun perabot dan bentang carpet | Adik

Terpulang lah kepada masing-masing untuk apa yang perlu dilakukan. Yang penting adalah semua orang kena tahu apa yang perlu dibuat, oleh siapa dan bila. Kalau boleh [this is a no brainer] anda sebagai orang yang akan ditunangkan, settlekan semua benda sehari sebelum majlis. Biar hari majlis tu anda tiada kerja dan fokus untuk melawa sahaja.

Macam Rilla, majlis Rilla lepas Asar, jadi pagi tu, sempat la Rilla gubah hantaran. Mula-mula ingat nak gubah malam sebelumnya, tapi malam tu dah penat pasang langsir dan Rilla dah target by 11 pm dah kena tidur [kalau tak nanti eyebag jadi teruk]. Sudahnya, esok harinya pagi Rilla gubah hantaran. By pukul 12.30 dah siap. Lepas tu Rilla lunch dan rehat-rehat. Lepas Zuhur, BFF Rilla datang. Kemudian bentang alas dan bawa turun dulang-dulang hantaran semua.

Lepas tu Rilla naik atas dan lepak-lepak tengok TV sambil buff kuku dengan BFF sebab Ayah dah tak kasi duduk bawah. Pukul 3 Rilla mandi dan siap-siap ambil air sembahyang. Lepas tu terus makeup. Lepas Asar, pakai persalinan pertunangan dan touch up makeup dan seterusnya turun untuk upacara sarung cincin.

Tips yang penting semasa upacara sarung cincin
Bengkokkan sedikit jari manis anda supaya cincin senang masuk. Tengok tak wedding Kate dengan Prince William? -cincin susah nak disarungkan. Bukan sebab jari Kate mengembang. Kalau tengok betul-betul, sebab tersangkut kat bahagian kulit yang belipat-lipat tu. Jadi, bengokkan sedikit jari supaya bahagian kulit yang berlipat tu menjadi tegang seterusnnya memudahkan penyarungan cincin.




Semasa penyarungan cincin, jangan luruskan jari. Bengkokkan sedikit macam ni.

Thursday, May 5, 2011

Majlis Pertunangan: Hantaran Kanda to Dinda

Assalammualaikum dan salam sejahtera [ok, skema]

Hantaran yang Kanda bagi kat Rilla masa E-day hari tu. Rilla mals nak cakap banyak, terus ke gambar je la k.


Kiri: Sirih junjung with fresh flower.

Kanan: Cincin tunang saya. Ye, memang sangat kecik. Semua orang kat office, bila mintak tengok cincin, akan cakap 'halusnya cincin'. But I love it so much. Kejap-kejap belek cincin pastu senyum macam kera dapat bunga. It's a simple solitaire white gold ring. Diamond set in four prongs. Rilla memang sengaja pilih yang kecil kerana 1: Rilla takut nak pakai diamond besar-besar dan 2: Jari Rilla kecik [saiz 8 ok, macam kanak-kanak ribena]. Kalau pakai cincin besar, mak datin sangat pulak.


Atas: Kain pasang

Tengah: Cupcakes. Cupcake yang sedap ni boleh dibeli di Kek <3 Cawan by Farah Hannan. Kat bawah cupcakes tu ada kek lapis Sarawak. Rilla specifically mintak Kanda jangan tulis 'Selamat Bertunang'. Rilla tak tahu la, pendapat Rilla macam kelakar. Kalau tulis macam tu, macam Kanda wish Rilla bertunang dengan orang lain.

Bawah: Handbag dan sunglasses. Pelik gak bagi barang ni time tunang. Patutnya kasut nikah, tapi Rilla tak jumpa yang berkenan di hati. Jadi beli sunglasses sebab sunglasses lama dah patah. Sukar nak drive panas-panas kalau tak ada sunglasses. Beg tu additional. FMIL insisted that I should get a bag too ;p Rezeki jangan ditolak, ahaks.

Hantaran digubah oleh FSIL. Simple tapi cantik amat, I adored it so much.

Tuesday, May 3, 2011

Majlis Pertunangan: Doorgift Review

Assalammualaikum dan hai korang.

Hari ni, as promised Rilla nak share dengan korang doorgift untuk majlis pertunangan Rilla.



Tadaaaa..nilah dorrgiftnya. Sekarang dah tahu kan untuk ape DIY fabric flower banyak2 tu? Kotak tu Rilla beli kat Bagus Baking Solution Taman Melawati, RM0.15 sekeping. Lepas tu ikat dengan reben dan tampal fabric flower. Cheap but looks nice kan?




Kat dalam kotak tu ada chocolate chip cookies yang Rilla DIY dan choclate Cadbury yang kecik-kecik tu. Coklat tu dibungkus dalam beg oraganza.




Cookies pulak Rilla letak dalam bekas cawan plasti bertutup. Mula ingat nak guna mini glass jar, tapi tak sampat nak pergi Quality Pack. Akhirnya beli saja bekas plastik ni dekat Carrefour. Tambahan pula ia lagi murah dari mini jar. Nak letak dalam kotak je pun, tak perlu cantik sangat pun takpe.




A simple thank you tag for a simple girl :D Ni pun DIY jugak. Design guna Photoshop lepas tu print atas sticker paper.




Artfully arranged by my little sister. Thanks Amani :*

Monday, May 2, 2011

Majlis Pertunangan: Alhamdulillah



Assalammualaikum dan hello semua. Rindu kat korang. Alhamdulillah, semalam saya telah selamat ditunangkan kepada Kanda. Semuanya berjalan lancar dengan pertolonganNya. Couldn't be more grateful to those whom have helped me and my family for this small majlis. Esok Rilla update ya.