Tuesday, October 2, 2012

Wedding Review: Wedding Shoes

Assalammualaikum dan hai semua

Ok, kita sambung review pasal kasut-kasut kahwin pula. Rilla pakai dua pasang kasut untuk ketiga-tiga majlis. Kasut Rilla semua beli di kedai sahaja, memang sengaja tak mahu menempah bridal shoes. Kalau tempah kasut kahwin yang putih tu entah bila nak pakai balik. Jadi Rilla beli kasut di kedai kasut sahaja, dan kasut-kasut ini telah pun Rilla pakai berkali-kali.

Kasut Nikah
Kasut nikah Rilla pakai boots (kau ada?) Hahaha. Warna kelabu, beli di Nose. Harga? Tak sampai RM90 pun.


Tak ada gambar close-up. Rilla pakai masa outdoor photoshoot. Takdelah nak pakai masa akad pun.

Kasut Sanding/Bertandang
Yang ini Rilla beli di Vincci. Harga tak ingat, tapi rasanya bawah RM100 sebab masa tu sale. Kasut ni, walaupun tinggi, tapi sangat selesa. Pakai masa majlis, photoshoot, tak ada hal punya. Nak posing lompat-lompat, lari-lari pun boleh.

Close-up kasut.


Pakai dengan baju sanding.

Pakai balik masa bertandang.

Dah~~

Monday, October 1, 2012

Wedding Review: Catering

Assalammualaikum dan hai semua~

Apa nak jadi dengan ini perempuan, dah 9 bulan pun tak habis-habis lagi review. Okay, Rilla sambung review pasal catering ya.

Untuk catering, memang Rilla bagi keutamaan. Biar mahal sedikit, tak apa, asal makanan sedap dan servis bagus. Rilla tidak kisah berlebih untuk catering. Sedikit tips untuk memilih caterer di hari bahagia anda: jangan pilih caterer semasa di pameran pengantin. Sebaiknya pilih caterer ketika korang pergi kenduri di kawasan sekitar. Dari sini kita boleh lihat bagai mana servis mereka, bagaimana rasa makanan mereka sebenarnya. Kalau boleh tanya sekali tuan rumah tu bagaimana pengalaman mereka dengan caterer tersebut.

Begitulah cara Rilla memilih caterer. Katika menghadiri majlis persandingan di Rawang, terus suka dengan caterer ini: Khatijah Catering. Jauh kan Rawang - Keramat? Tapi mereka memang boleh sediakan perkhidmatan sekitar Lembah Kelang. Masa makan di kenduri kat Rawang tu, rasa sedap sangat ayam goreng berempah dia. Lauk pula banyak jenis yang disediakan. Mak Rilla buat assumption 'Ni mesti pakej RM20/pax ni'.

Rilla minta no telefon mereka dan minta sebut harga. Harga yang diberikan memang sangat berpatutan. RM13/pax dengan menu berikut:-

  • Nasi Tomato
  • Nasi Putih
  • Ayam goreng berempah 
  • Daging  rendang mamak + sambal sotong
  • Dalca daging + gulai tumis darat ikan masin 
  • Kerabu mangga + jelatah 
  • BuahTembikai 
  • Air Sirap Selasih
  • Air Mineral
  • Bubur pulut hitam + jagung
Lauk Pengantin
  • Ayam golek masak briani
  • Ikan siakap tiga rasa
  • Sotong masak lemak
  • Udang galah goreng tepung
  • Hati lembu masak kicap
  • Sayur campur
  • Buah gubahan 
  • + lauk utama 
Selain menu di atas, Rilla juga dapat set khemah arabian, kerusi, meja dan lain-lain untuk khemah tetamu. Murah kan pakej diorang? Pilihan menu pun sangat banyak. Air pun berjenis-jenis boleh pilih.

Alhamdulillah, maklumbalas tetamu sangat positif, terutamanya pasal sambal sotong. Majlis adik-adik Rilla baru-baru ni pun kami menggunakan khidmat mereka sekali lagi. Dan atas permintaan saudara-mara, sambal sotong dimasukkan ke dalam menu lagi sekali.

Kepada yang berminat, boleh rujuk gambar di bawah ya. Harap maklum, sekrang mereka tak sediakan perkhidmatan canopy, khas untuk catering sahaja.


Wednesday, August 8, 2012

{DIY} Tissue Paper Backdrop

Assalammulaikum dan hai semua...

Lama kan Rilla tak kongsi idea DIY? Sebenarnya, dah lama tak kongsi apa-apa, hahaha. Rilla terjumpa satu projek DIY ni, iaitu Tissue Paper Backdrop.


Kena pakai tissue paper tau bukan tissue kat ikea tu. Sangat flexible, boleh guna untuk deco bilik pengantin, photobooth atau meja makan beradab. Kalau buat dalam tona ombre mesti lagi cantik. Selamat mencuba!

Thursday, July 12, 2012

Wedding Review: Wedding Cake

Assalammualaikum dan hai korang

Entri pasal kek pula. Sudah acap kali Rilla menyatakan bahawa Rilla adalah pengantin yang ringkas, jadi kek pun haruslah ringkas juga. Kek fondant 8 tingkat bukan pilihan saya. Saya cuma mahukan kek buttercream dua tingkat. Tanpa pewarna pada icing, dihiasi bunga segar.


 Ringkas bukan kek Rilla? Piping pun Rilla minta yang ringkas sahaja. Bunga itu adalah bunga-bunga yang sama yang digunakan untuk pelamin dan meja makan beradab iaitu Sweet Williams dan Orked. Sebelum cucuk bunga tu Rilla balut dahulu tangkainya dengan aluminium foil supaya tidak meracuni kek.

Nasib baik adik Rilla memang sedang mengambil diploma seni kulinari. Jadi kek ini DIY oleh bakal chef, Amani Liyana :D

Yang duduk depan Rilla tulah Amani Liyana. Yang lain semua adik-adik Rilla juga.
Rilla tak suka ambil gambar adegan suap-menyuap, tapi Rilla rasa gambar ini comel, kah kah kah *muntah*

Thanks Amani!

Wednesday, July 11, 2012

Wedding Review: Meja Makan Beradab Decoration & Centerpiece

Assalammualaikum dan hai pembaca-pembacaku sekalian. Sihat hendaknya.


Harap kalian bersabar sahajalah dengan Rilla yang tak habis-habis buat review tentang majlis-majlis Rilla. Kali ini tentang meja makan beradab pula. Sekali lagi, seperti aspek-aspek lain dalam majlis Rilla, hiasan meja makan beradab Rilla adalah ringkas sahaja. Rilla tak suka hiasan yang terlalu berat dan sarat. Yang penting, muka pengantin mesti nampak. Kadang-kadang terlalu banyak hiasan, tetamu tak dapat lihat pun muka pengantin.

Pandangan hadapan meja makan beradab Rilla
Untuk meja makan beradab, Rilla hanya menggunakan reben, lantern, tealights,  dan pasu berisi bunga. Lantern dan tealight holders Rilla beli di IKEA. Harga lantern RM25/unit. Harga tealight holder RM1.90/unit.  Pasu pula berharga RM11.90. (Letak harga awal-awal sebelum orang bertanya).

Dalam gambar ni boleh nampak pasu yang diisi bunga orked. Dalam gambar ini juga korang boleh nampak ribbon lantern yang Rilla DIY.
Dalam pasu tu letak bunga orked RM5 sebungkus. Semua dekorasi adalah dibuat oleh ibu-ibu saudara dan sepupu-sepupu Rilla. Rilla masa ni tengah tidur atau bersiap agaknya. Rilla cuma sediakan barangnya sahaja. Kemudian serahkan kepada orang lain untuk tugas menghias. Dan Rilla tak cakap pun nak macam mana, memang Rilla beri kepercayaan kepada mereka. Hasil memang puas hati. Terima kasih tak terhingga untuk mereka.

Rilla juga telah DIY Ribbon Lantern seperti yang korang boleh nampak di dalam gambar di atas. Senang je nak buat. Main gam sahaja reben ke gelungan dawai.

Kat sini boleh nampak gambar botol berisi bunga.

Botol-botol pula Rilla beli di SSF, harga dalam RM9.90 kalau tak silap. Sekarang ni botol tu dah dijadikan botol untuk isi air dalam fridge. Jadi walaupun digunakan untuk dekorasi, tetap ada kegunaan yang praktikal selepas kahwin.

Untuk centerpiece meja VIP juga menggunakan idea yang sama. Bunga orked yang diletakkan di dalam botol.
Kerusi chiavary yang dihias dengan reben organza.

Untuk hiasan kerusi pula cuma hiasan ringkas menggunakan reben organza. Cuma sayang, Rilla beli segulung sahaja, jadi tak dapat diikat dengan panjang dan berjurai. Tapi tak mengapa, Rilla pun malas nak membazir sebab reben-reben ni akhirnya entah ke mana.

Sekian entri hari ini. harap kalian suka :)

Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.