Thursday, February 17, 2011

Kenduri Di Rumah atau Dewan?

Assalammualaikum dan hello semua.

Rumah atau Dewan? Aaahhh...the age-old argument. Rasanya hampir semua B2B akan fikir pasal ni kan? Same with me and my family. Sebenarnya, Rilla punya impian sejak kecik nak buat kenduri kat rumah arwah nenek di Kampung Bharu. Rumah tu sangat best, balkoni menghadap KLCC tau. Laman dia luas, ample parking lagi. Rilla sangat banyak memories kat situ, sebab pernah tinggal dengan arwah nenek kat situ for a few years. But the true reason Rilla nak buat kat situ adalah sebab ayah Rilla punya reception pun kat situ juga masa kawin dengan mak Rilla dulu. It was an English-themed night outdoor event. Kelass gitu, hahah. Tapi sekarang rumah tu dah bagi sewa kat orang, sebab kalau tak, memang tak ada sape nak jaga rumah tu. So there goes my dream. No matter, we can always create new ones kan?


Ni living hall rumah tu..abaikan aksi sengal adik saya. Kualiti gambar juga tak berapa elok. Masa ni kamera handphone tak canggih. Masa ni tengah kemas rumah ni sebelum bagi orang sewa, we took out Nenel's personal things. So emotional.


Ok, takmo emo-emo. Next option, dewan. Dekat dengan rumah Rilla ada dewan serbaguna. Yang bagusnya dewan ni ada air-cond. Rate pun tak mahal. Parking sangat banyak sebab sebelah dengan padang. Jalan dia pun besar, jadi tak ada masalah kalau guest nak parking kat bahu jalan. Ni pilihan Mak Rilla. Dia prefer buat kat dewan.


Source
Nilah dewan pilihan mak Rilla.


Next, is my Dad's choice. Rumah. Kenapa? Sebab dapat berkat tetamu datang ke rumah. That's actually a very valid point. Cuma masalahnya, jalan depan rumah Rilla sempit dan parking sangat terhad. Ni yang mak Rilla point out. Ayah Rilla cakap 'alah, jiran lain buat semua ok jek?' Lagipun, sedara mara dah tahu jalan ke rumah, senang sikit. Tapi jalan ke dewan tu pun bukan susah, dekat je dengan rumah. Plus, kalau ada tetamu yang tak dapat datang majlis, boleh datang rumah sebelah malam. Ok, pening, ayat berbolak-balik.

Pilihan Rilla? Disebabkan tak dapat buat kat rumah arwah Nenek, maka Rilla suggest buat dekat satu kawasan dataran depan rumah. Luas kawasan tu. Dan still dekat depan rumah. Cuma tak pernah dibuat orang buat kenduri kat situ. Rilla call MPAJ pun diorang cakap tak pernah dapat request macam Rilla. Diorang suruh Rilla buat permohonan rasmi.

Ongkos? Rilla rasa kos lebih kurang je samada sewa dewan atau sewa canopy kan?

Tu dia, tiga beranak, lain-lain pilihan. Kitorang selalu akan meeting dengan adik-adik lain sekali, masing-masing boleh bagi pendapat. Tetapi, in the end, Rilla tetap akan ikut keputusan parents Rilla. Rilla ok je mana-mana pun. Yang penting majlis itu ada barakah. Betul tak?

p/s: Rilla akan outstation hari ni sampai esok. Lepas tu Isnin sampai Selasa. Kalau Rilla rajin, Rilla schedule entry ya.

14 comments:

  1. msg2 semua idea msg2..insyallah nnti dptla jwpnnya.mcm liza la..venue pun amat memeningkan kpl..bila dah settle,lega sgt2 =)

    ReplyDelete
  2. Liza: Tulah, selagi tak settle venue, macam tak best nak survey caterer semua

    ReplyDelete
  3. relax dear...semua pilihan okey je..juz nak cr yg terbaek..gud luck =)

    ReplyDelete
  4. xpe rilla.. bincang je elok2.. yang penting, sume happy kann..?? bab2 ni mmg kite byk kene beralah ngan parents kann..?? :D

    ReplyDelete
  5. betul tu..cikkin pon pening time nak decide venue dulu..huhu..last2 decide amik pilihan ayah..=)

    ReplyDelete
  6. hmm..same problem macam kite. sampai sekarang x tau nak buat kat mana.
    discuss lah baik2. cabut undi. hehe. all the best!

    ReplyDelete
  7. Adawiyah: Thanks for your support dear.

    Nyomel: Rilla tak kisah sangat venue ni, ikot je diorang

    Cikkin: Ayah Rilla memang dah cakap siang-siang "you all can give opinion, but I'll be deciding" hahaha demokrasi berparlimen gitu

    ReplyDelete
  8. rumah lebih happening.. but dewan lebih teratur.. dua2 pun ok

    ReplyDelete
  9. Rahanna:Kannn? Best jek buat kat rumah. Tapi dewan selesa sikit

    ReplyDelete
  10. kalau dewan dkt dgn rumah maybe i akan sokong rumah since u kata jalan sempit kan..mcm i pilihan dewan di seremban yg lawa agak kurg.so i buat kat rumah je.rumah depan jalan besar.blok je jalan tu ;p

    tp i sokong u buat kat dewan kalau u mls nk buat permohonan rasmi tu ;p

    ReplyDelete
  11. hi there. just found your blog. neway.. xkesah buat mane mane tp for me better dewan so that u and ur family members x penat sangat nak kemas rumah after the wedding.. :)

    ReplyDelete
  12. rilla...nasib kita sama je..finally i wat kat umah.. asal parents hepi :))

    ReplyDelete
  13. kalau macam ira, prefer kat dewan, sebab macam rilla cakap, parking susah, so kesian kat tetamu yang datang..lagipun kalau buat kat dewan, tak penat nak berkemas sangat

    TAPI, kalau dewan jauh sangat dari rumah, better buat kat rumah je ;)

    macam ira, kebetulan rumah, masjid nikah n dewan sanding dekat2..so memang buat kat dewan je lar ;)

    ReplyDelete
  14. Nora: Betol..asal parents hepi, Rilla ikut je

    Ira: Tullah, banyak points kena timbang. Rilla serah kat parent je, tak pening pala, hahah

    ReplyDelete