Ampunnnn, agak lambat Rilla update blog kebelakangan [skema] ni. Ntah kenapa sekarang ni rasa cepat sangat penat. Mungkin kena amik supplement kot lepas ni? Entry pertama untuk bulan Februari 2011 adalah tag dari Pn Liyana yang gojes.
1|Apakah status anda?
Status ape ni? Status permohonan? Status perkahwinan? Rilla letak status FB je la:
love watching Steve Tyler's facial expressions on Idol XD
Oh, Rilla rasa Steven Tyler handsome and very intriguing.
2|Ceritakan Tentang Diri Anda
Rilla seorang yang ringkas tetapi teliti dan cerewet. Faham tak? Maksudnya Rilla suka benda-benda yang ringkas tetapi ianya mestilah mengikuti spesifikasi Rilla. Rilla suka sangat design baju dan menjahit, memang passion Rilla, tetapi belum ada rezeki nak belajar secara formal dalam bidang ni. Dulu tak berani nak apply course fashion design. Sekarang ni banyak belajar dan eksperimen sendiri. Insya Allah kalau ada rezeki nanti, boleh belajar. Rilla juga sukakan kelainan.
Source
I <3>
3|Ceritakan Tentang Blog Anda
Blog saya yang mana satu ek? Sebenarnya Rilla dah bertahun-tahun blogging. Tak dapat trace sejak bila sebab Rilla lupa url first blog Rilla T.T Earliest I can trace is December 2005. That's my third blog kot? Masih ada sampai sekarang, hahah. Tapi tu blog dari zaman lepas SPM, masa tu internet access pun tak selalu ada. So blog tu kejap update, kejap tak.
Kalau blog ni, khusus untuk saya merakamkan persiapan perkahwinan saya. Saya buat blog ini bukan untuk popular, bukan juga semata untuk letak Nuffnang adverts. Saya cuma nak kongsi cerita saya.
Kalau blog ni, khusus untuk saya merakamkan persiapan perkahwinan saya. Saya buat blog ini bukan untuk popular, bukan juga semata untuk letak Nuffnang adverts. Saya cuma nak kongsi cerita saya.
4|Apa Pendapat Anda Tentang Dunia Blog?
Macam benda lain juga, ada baik, ada buruk. Baiknya sebab dapat sangat banyak informasi, dapat tukar pendapat. Sejak buat blog ni, memang dapat banyak bantuan dari B2B lain dan juga readers. Tapi kena hati-hati. Semua pun maklum kan, ramai yang kena stalk la, kena manipulate la, plagiat la, ape la. Pernah baca satu blog ni yang sebar fitnah. Rilla cuma minta dosa mereka diampunkan. Cuma satu sahaja yang kena ingat, apa yang kita tulis, kita kena tanggungjawab.
5|Nasihat Kepada Kawan-Kawan Yang Baru Nak Buat Blog
Really? Rilla layakkah nak bagi nasihat? Huhuhu. Buat blog biar ikhlas..jangan niat nak popular. Yang penting apa yang kita tulis tu bermanfaat kat orang lain.
6|Nyatakan Keunikan Blog Anda
Ya, blog saya unik, macam blog orang lain juga, kerana setiap penulis adalah unik. Boleh jawab cenggitu? Ihiks
7|Sampai Bila Nak Tulis Blog Dan Impian Anda Dalam Dunia Blog
Honestly, Rilla tak tahu sampai bila. Impian Rilla adalah apabila orang baca blog Rilla, dapat maklumat yang membantu mereka especially dalam persediaan perkahwinan :D
Not going to do no 8, Pemalas punya tuan blog...hampes tol, hahahaha.
Not going to do no 8, Pemalas punya tuan blog...hampes tol, hahahaha.
No comments:
Post a Comment