Thursday, January 27, 2011

Intai-intai: Pre-Wedding Photoshoot

Asalammualaikum dan hello semua...

Ramai yang tanya macam mana pre-wedding photoshoot hari tu, yang mintak upload gambar cepat-cepat. Oleh itu Rilla tempek la teaser dulu ok?











Dah ready?












Tadaaaaaaaa!!!

Dah kata nama pun teaser kan? Rilla taruk gambar props yang kitorang pakai hari tu je lah...hahahah. Geram tak? Geram tak?


Rilla suka lah dengan bunga ni. Sampai hari ni kembang semangkuk, tak layu pun. Berapa hari dah dari hari Sabtu? 6 hari. The night before the photoshoot Rilla pergi beli bunga ni. Cakap kat SA "saya nak bunga yang senang jaga dan tahan lama". Mula-mula dia cakap orkid.. "Orkid takmo". Pastu dia tunjuk carnation. Carnation pun cantik jugak. Rembat la sebungkus carnation hijau dengan aster purple. Saja nak bagi kontra dengan warna baju kitorang.

Masa beli bunga ni bukan untuk photoshoot je, tapi survey harga sekali untuk hantaran nanti. Kira bunuh dua ekor burung dengan seketul batu sahaja [direct translation di situ]. Cuma tak sangka kedai tu sejuk amat..lenkali kena pakai jaket. Mestilah sejukkan? Nak maintain bunga. Seronok la masuk kedai bunga..geram I.

Cerita pasal photoshoot pulak. Kitorang sampai lambat sikit dari time yang diorang set sebab tetiba lepas isi minyak kereta kanda tak boleh start. Panggil mekanik, rupa-rupanya ada cable tercabut. Lepas tu sampai sana, tunggu turn make-up. Mula ingat tak nak make-up, tapi sampai sana make-up je lah, kira macam test make-uplah untuk MUA tu kan? Sekali lagi bunuh dua ekor burung dengan seketul batu sahaja. Part ni yang lama sebenarnya.

Tapi tak bosan sangat sebab makanan banyak, hoho. Sambil tu borak dengan Nora yang sweet dan Marea yang cumil. Dapat jumpa BBF seronok tau. Rilla tegur Marea sebab memang cam dia. Tapi Nora Rilla memang tak cam. Dia yang tegur Rilla.

Nora: Blogger jugak ke? Muka cam penah nampak
Rilla: A'ah [aik, cane dia boleh cam?]
Nora: Blog awak nama ape?
Rilla: Kanda Dinda with Love
Nora: Ya Allah!! Saya Nora lah.
Rilla: Laaa...ye ke? Tak cam la Nora, nampak lain. Boleh pulak Nora cam Rilla? Rilla letak gambar kat blog sekeping dua jek.
Nora: Nora kalau orang letak sekeping pun Nora memang ingat

Dasat la Nora :D Sambil tunggu turn make-up borak-borak ngan Nora. Marea dah pergi shoot sebab dia make-up sendiri. In the end Rilla ngan Nora jadi last two couples. Dah lepas tengah hari baru abis shoot.

Rilla siap dulu dari Nora and diorang assign dua photog untuk kitorang. Photog kami sangat pandai mengarah kitorang yang kayu ni. Senang je kerja ngan dia. Rilla dapat tengok teaser photoshoot kitorang, sangat cantik. So tempted to hire him. Rilla suka walaupun dia baru tunjuk dua keping jek. Sue [B2B a.k.a. collegemate saya] cakap cam kat obesi time summer. Wallahwei, hahah. Pandai je la ko Sue.

Thanks to Oh-Chenta for organising the pre-wed photoshoot picnic.

Oklah, memandangkan korang setia membaca repekkan Rilla, Rilla taruk teaser yang betul punya. Perseverance will always do you good ;p


L.O.V.E

Kalakar tau time ni. Mula-mula Rilla buat L ngan O, Kanda buat V ngan E. Puas Kanda kepak-kepak, pusing-pusing tangan dia. Tak jadi gak bentuk E tu. Last-last kitorang tukar tempat. Nantilah bila dah dapat CD copy and dekat ngan tarikh kawin, Rilla upload lagi ya.

16 comments:

  1. mcm kat obesi pe.. mcm tgh summer gitu. haha. :D

    ReplyDelete
  2. Sue: Iyolah. Pas dah dapat gambar nanti boleh tengok sambil pasang lagu Taylor Swift as background music. Feeling2 gitu

    ReplyDelete
  3. teaser tu tak tahan.. tapi comel la L.O.V.E tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. Aritu mcm berhajat gak nak join oh chenta tp apakan daya date tu kitaorg gi kusus kawen.. sobs..

    ReplyDelete
  5. ms nikah dlu pn tgkp pic cmni.L.O.V.E

    ReplyDelete
  6. Nyomel: Hahaha..tahan, jangan tak tahan

    Kasut Pink: Takpe..mana tau ade promo lain ke lepas ni

    Iedayah: Kann? Pose yang agak fofuler

    ReplyDelete
  7. waaa..rilla dah dpt tgk ek pic...marea nye lom siap lagi kot...
    hehehhe...cantik lah yg l.o.v.e tu..kitaorg tak de buat pun ..huhuu jeles ni wakakkaka..gurau jek...

    ReplyDelete
  8. wah2..bestnye..x saba nk tgk sume..=)

    ReplyDelete
  9. alaaa teaser je..hehe..excited nih!

    ReplyDelete
  10. Marea: I'm sure you all punya lagi cantik sebab outfit korang time tu memang cantik

    Cikkin & Niza: Sabar2..nanti samapi masa Rilla upload manyak-manyak k

    ReplyDelete
  11. hehehe ni yg tak sabar nak tgk pic ni...sabar..sabar...nnt rilla upload byk2 ek? hehehe

    ReplyDelete
  12. rilla, sangat sedey ok, ira dapat tau pasal chenta oh chenta nih bile tarikh dah lepas...huk..huk...sedey ;(

    ReplyDelete
  13. hahaha rilla ni nora nak tergelak baca temubual ingat lg ek hehehe nice to meet u too :) yup ur photog mmg best tak silap puteri (b2b) hired dia for their wed hehe :)

    Insya Allah ada rezeki jumpa rilla lagi okeh..

    p/s : thanks give me inspired. mahu aktif berblog semula.. coming soon hik3 :)

    ReplyDelete