Sunday, January 16, 2011

Bandung Trip: Tangkuban Parahu

Assalammualaikum dan hai.

Pheww..hari ni baru dapat transfer gambar dari camera. Kena pinjam adik punya cable, baru boleh transfer. Entry sebelum ni upload gambar handphone je. Baru edit balik tambah gambar.

Tangkuban Parahu, Bandung, Januari 2011


Ni nak cerita pasal Tangkuban Parahu. The only place we went for sightseeing, huhu. Shopping lebih diutamakan. We went there on our second day. Pukul 8 bertolak dari hotel. Perjalanan dari hotel sampai kat atas gunung Tangkuban Parahu tu tak sampai sejam pun. Before 9, kitorang dah sampai atas.

Entrance fee is IDR50,000.00 (RM17.55) per head. Additional fee of IDR15,000.00 (RM5.27) for car's entrance. Tapi Pak Yuyun tak kena charge. So, Rilla kena bayar IDR115K untuk 2 orang plus car fees. The ride was quite bumpy at few places sebab jalan dia banyak potholes. Rasa macam naik ride dekat amusement park pun ada, hahah. Jalan bengkang-bengkok, macam nak naik Cameron Higland, dah namanya gunung kan? I amused myself by staring at all the beautiful pine trees and tea plantations there. Tapi pine trees ada kat lower part of the mountain jek. As you go up, the trees changed.

Pine trees on our way up. Tinggi giler. Kalau nak compare dengan ladang pine UPM, pine UPM nampak macam baby pines jek.


Sampai atas, mak aih...angin sangat kuat. Even kitorang dalam kereta, boleh dengar bunyi angin tu pukul kereta kitorang. Bila my mom buka pintu, terus angin tu tolak pintu kereta, nasib baik pintu tu tak tercabut, hahah. Bila kuar jek, kitorang terus diserbu oleh penjual souvernir kat situ. Ala-ala Paris Hilton diserbu paparazi gitu. Ada yang jual keychain, fridge magnet, muffler, gloves, even rabbit-fur hats. Tapi Pak Yuyun dah pesan, memang kat atas ni ramai penjual. Kalau tak nak beli, don't show interest for the sake of being polite. Just say "tak apa, saya tidak mahu" and walk away. But my mom bought gloves for both of us.

Sejuk kat atas tu sebab angin dia campur dengan mist. Jacket yang kitorang pakai macam tak cukup je. If you all nak pakai jacket bulu-bulu, memang sesuai la kat atas ni. Angin kuat sangat sampai bila ada strong gust of wind, my mom and me stagerred sideways. Hahaha. Dah la Rilla ni memang ringan, rasa macam nak melayang-layang je. We spent like 10-15 mins up there sebab Rilla hilang mood bila ramai sangat penjual follow kitorang. Like bees to honey. Gi kiri, diorang ikut, gi kanan, diorang ikut jugak. Lagipun masa tu rasa tak sabar nak pergi pasar baru ;p

The view from our point. Very beautiful, masha Allah. Breathtaking. Ada 9 kawah semuanya. Yang kitorang tengok ni Kawah Ratu, kawah utama dan yang paling besar.


Kitorang tak turun bawah kat kawah lagi satu. Kalau nak turun, diorang ada guide dan akan kena charge. Kawah yang kitorang nampak dari situ memang tak boleh turun sebab full of sulfur and gas. Bau sulfur dia memang naik sampai atas. Terpikir jugak cane dengan orang yang jual souvenir kat atas tu. Isn't it hazardous to their lungs smelling sulfur everyday?

Then kitorang turun dan pergi Pasar Baru. Rilla mabuk lepas turun tu, huhu. Rilla memang cepat mabuk. But this place is worth all that. Memang harus pergi kalau datang Bandung. The view from up there, sangat cantik. Makes you wonder in awe about Allah's almighty power.

Lagenda Tangkuban Parahu

Lagenda tempatan menceritakan asal-usul Tangkuban Parahu adalah berkaitan dengan Lagenda Sangkuriang. Cerita dia agak panjang. Tapi kalau nak dipendekkan, Sangkuriang ni jatuh cinta kat Dayang Sumbi - ibunya sendiri. Mula-mula dua-dua tak sedar. Tapi bila Dayang Sumbi tengok ada luka kat kepala Sangkuriang, maka dia dapat tahu bahawa itu adalah anaknya. Tapi Sangkuriang tetap berkeras nak menikahi Dayang Sumbi.

Jadi, untuk mematahkan rancangan Sangkuriang, Dayang Sumbi telah memintanya untuk membina sebuah danau dan sebuah perahu dalam masa semalaman. Jadi berusahalah si Sangkuriang. Tapi menjelang fajar, tak juga siap. Jadi, dalam kemarahan, Sangkuriang tendang perahu itu sehingga perahu itu terlangkup dan kemudiannya membentuk gunung Tangkuba Parahu.

Read more on Tangkuban Parahu here.

Till then, babai..

3 comments:

  1. wah..siap ada lagenda tu..interesting!
    kina xle berdepan dgn pjual2 yg buat muka kesian..aduh..>_<..rse mcm nk beli semua..tp duit pun xd..

    ReplyDelete
  2. Lagenda dia memang menarik. Rilla sembunyik belakang mak Rilla je, hahah

    ReplyDelete