Tuesday, March 8, 2011

E-day Favor: Packaging

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Mula-mula sekali Rilla nak mintak maaf sebab tak sempat nak blogwalking dan komen-komen kat blog B2B semua. Kerja sangat hectic, siap stress sampai gastrik. Sudahnya, Jumaat lepas kena MC. Lepas tu kerja bertimbun, semalam pukul 6.30 pagi dah gerak pergi office sebab nak menjawab email-email employees. Ampun ya?

Pada 5 Mac lepas, tamatlah undian untuk E-day favours saya. Dan secara rasminya saya umumkan pemenangnya adalah Choc Chip Cookies!! Encik MonsterCookies kalah dengan majoriti 2 undian.





Dulu pernah verangan nak buat cupcake-in-a-jar. Tapi Rilla takut tak sempat sebab Rilla yang nak bertunang kan? Lainlah kalau buatkan untuk orang lain. Simpan sahaja anganan itu. Tak apa, choc chip cookies pun comel juga. Ini permintaan mak Rilla. Kunun nak bagi tetamu merasa air tangan bakal perantin.

Jadi sekarang dah boleh fikir macam mana nak buat packaging ni. Cookies ini akan jadi satu-satunya favours kerana mak saya akan tapaukan makanan untuk tetamu sekali. Maknanya tak ada paperbag untuk isi banyak-banyak doorgift. Jadi packaging tidak boleh terlalu kecil. Moh survey.


Source
Kalau buat monster cookies, confirm Rilla buat packaging macam ni. Tapi kalau isi biskut kecik pun boleh jugak kan? Rilla suka idea ni sebab economical...dasar cheapskate.



Source
Letak dalam balang pun boleh juga. Beli balang saiz macam botol jem tu. Cuma masalahnya Rilla kesempitan ruang nak simpan balang-balang ni. Tapi comel kan?



Source
Option paling senang. Bungkus je dalam plastik dan ikat dengan reben. Tapi Rilla tak suka, sebab guna plastik kan? Tak biodegradable. Tahukah anda, rakyat Malaysia secara puratanya menghasilkan 0.8Kg sampah SETIAP HARI? Kalau sampah senang reput tak apa. Plastik mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk reput.



Source
Calon seterusnya - susu dan biskut. Ok, Rilla tak akan buat yang ni, tapi taruk jugak sebab lapar =.=;;



Source
Taruk dalam kotak yang macam kotak susu? Rilla suka idea ni. Tapi untuk birthday party mungkin, bukan untuk engagement party.



Source
Paperbag pun ok kan? Cuma choc chip cookies ada butter. Jadi akan ada tompok macam tompok minyak bila kena kertas. Tak cantik la pulak.



Source
Alamak, sangat comel! Ini guna kertas keras sikit dari paperbag. Ok kot?



Source
Dalam kotak pun cantik juga kan?


Ok, pening sebab banyak choice. Tulah, siapa suruh rajin sangat Google banyak-banyak?

12 comments:

  1. kalau bubuh dlm kotak kena packing last minute la kan sbb takot msk angin.. neway msk dlm paperbag keras tu pon cun..

    ReplyDelete
  2. Kasut Pink: A'ah kan? Lupa pulak masuk angin tu...

    ReplyDelete
  3. cookies tu kalau xnak masuk angin n nak packing awal, masuk dalam plastik yg kecik dulu then seal pastu leh masuk paper bag hehehe

    ReplyDelete
  4. suke sgt packaging yg ade green ribbon tu babe!! hihi..moh kt struggle membaking!! yeahhh!!

    ReplyDelete
  5. comel sgt kalo masukkn dlm paperbag pink tu :)

    ReplyDelete
  6. letak dalam balang tu terbaik sis, sebab nanti takut lemau la.

    ReplyDelete
  7. btul ckp oshin..masuk dlm balang jer:)

    ReplyDelete
  8. Farah: Kena seal dulu kan? macam dua kali kerja pulak. Kesian kat tukang bungkus.

    Niza: Moh! Moh! Lepas ni dok dapur je. Lepas tu badan bau macam biskut, hahah

    Nana: Pink gitu

    Senorita: Yes! Agreed! Balang option terbaik!

    ReplyDelete
  9. i like the first one... nampak unique.. :)

    ReplyDelete
  10. As salam...nak tnya balang comey tu beli kat mana ye? Tq

    ReplyDelete
  11. saya minat nak beli balang tu (tutup by aluminium)...kat mana boleh dapat ye...

    ReplyDelete