Monday, August 29, 2011

Salam Sesuci Lebaran


Assalammualaikum dan hai lovelies

Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana Ramadhan dan Syawal terakhir sebagai anak gadis kali ini. Kali terakhir berpuasa dan beraya dibawah tanggung jawab ibu dan ayah. Tahun depan, Rilla dibawah tanggung jawab suami, insya Allah. But like they said, the only way in life is to move forward.

Rilla nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini kepada semua pembaca kesayangan Rilla, BBF dan B2B semua. Rilla juga menyusun sepuluh jari, memohon maaf andai ada penulisan Rilla yang membuat kalian semua terasa atau terkecil hati.

Akhir sekali semoga kita semua dilingdungi dan mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat dari Allah swt.

Thursday, August 25, 2011

Rilla's Romantic Raya Part II

Assalammualaikum dan hellow uolls.

Aceh, ade part II pulak. Hari tu kata tak nak tambah? haha. Actually, this was meant to be put up for sale. Tapi hujungnya Rilla simpan untuk pakai sendiri jek, hahaha.

Yes, this is the continuation of yesterday's Wordless Wednesday. Sapa teka baju nikah tu memang salah la, hahah. Korang ni percaya ke Rilla nak DIY sendiri baju nikah? Sape yang teka baju raya tu, tahniah, 10 markah untuk anda :D

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Ok, the first one is a light-yellow baju kurung modern. The top was made from embroidered cotton, embellished with fabric flowers and beads.




The details. Saje je nak bereksperimentasi.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

The second piece is probably my latest favourite. It's a baju kurung modern with a twist - featuring box pleating and is meant to be belted. The top was made from cotton with polka dot pattern kegemaran ramai.


The sleeves actually ada getah kat area bisep, kena pakai baru nampak. Disebabkan ada getah tu, sleeve akan jadi puffy. Ala, macam dress Disnye's Princesses tu.


Close-up on the fabric and pleating. Polka dots dia kecik-kecik je. Belt is store-bought of course.

Notice tak fitting baju-baju ni macam senget-benget sikit? Sebabnya Rilla tak sarungkan baju ni kat dress form, Rilla cuma pin je. Somehow, the dress form has larger bust and smaller waist than me - ideal sungguh ukuran dress form ni kan? If buat baju saiz Rilla selalu tak muat nak pakaikan kat dress form ni. Nak DIY photoshoot lagi sekali takde mood pulak. Gasaklah.

Raya sakan Rilla tahun ni dengan 5 pasang baju. Eloklah, Rilla pun kena ambil forced leave, cuti panjang. Satu hari satu baju. Raya terakhir sebagai seorang gadis desa.

Hope korang suka entry ni.

Tuesday, August 23, 2011

Prosedur Ujian HIV di KK Kelana Jaya

Assalammualaikum dan hai my beloved readers?

Sihat semua. How's puasa so far?

Untuk entry ni, Rilla nak share prosedur buat HIV test di Kinik Kesihatan [KK] Kelana Jaya. Rilla dan fiance dah buat test ni the Thursday before puasa. Cuma as always, Rilla je yang lambat buat entry. Mula ingat nak pergi KK Shah Alam, tapi fully booked. Yelah, lagi 2 hari nak ambil test, baru terhegeh-hegeh nak telefon kan? So we went to KK KJ instead. Plus side: KK KJ tak ramai orang :D Rilla tulis dalam point form ya, supaya senang korang nak refer. Prosedur rasanya lebih kurang sama di KK yang lain di Selangor.

  1. Call KK KJ untuk book slot. Klik sini untuk senarai no telefon KK.
  2. Datang ke KK pada hari yang kita dah book pukul 2.30 petang. [Rilla sampai 2.15, dah boleh proceed]
  3. Pergi ke kaunter satu, ambil nombor giliran dan borang
  4. Isi borang
  5. Pulangkan borang ke kaunter 1
  6. Tunggu nombor giliran anda dipanggil
  7. Pergi ke kaunter dan bayar RM1.00
  8. Bawak borang dan hantar ke kaunter pemeriksaan, kaunter 20
  9. Tunggu nama korang dipanggil
  10. Buat test HIV [korang hulur je tangan korang kat kaunter tu, nanti dia ambil blood sample]
  11. Duduk balik dan tunggu nama anda di panggil di Kaunter 8
  12. Ambil slip pengesahan membuat ujian HIV [warna kuning] dan pulang


Good to know
  1. Overall, semua ni ambil masa lebih kurang sejam setengah. Maknanya, kitorang hari tu abis nak dekat pukul 4.00.
  2. Slip yang korang bawa balik tu adalah slip berwarna kuning, slip nilah yang korang akan submit sekali dengan borang permohonan nikah nanti.
  3. Memang keputusan HIV tak akan diberikan sekali dengan slip [actually, if negatif, memang tak akan diberikan, ever. If you're positive, baru diorang akan call ke ape].


Ini slip saya :D

Friday, August 19, 2011

{Fabulous Finds} IKEA 2011

Assalammualaikum dan hai semua.

Catalog baru IKEA dah sampai kat rumah.. weee. Actually dah sampai minggu lepas. Rilla je yang terlupa nak buat entry. Tapi tak banyak item yang grab attention Rilla. Cuma Rilla nak share kat sini item-item yang Rilla rasa bermanfaat untuk kita semua selaku Bride to be Malaysia. Eceh.


Socker Plant Pot | RM3.90
Nilah plant pot yang Rilla guna time e-day hari tu. Rilla letak bunga dan susun di kiri dan kanan bantal duduk. Selain itu, boleh juga digunakan untuk centerpiece. Rustic sangat.



Skurar Plant Pot | RM11.90
Lama tau tunggu pasu ni sampai kat Malaysia. If pergi Ikea oversea, pasu ni dah lama ada. I want.



Kvill Frame | RM15.90
Frame ni juga produk baru. Ini frame plastik, bukan kayu. Tapi Rilla rasa still nampak cantik. Boleh la beli untuk deco meja guestbook atau bilik pengantin.


Itu je. Jom shopping.

Thursday, August 18, 2011

{DIY} Felt Hearts Hand Bouquet

Assalammualaikum dan hai semua.

I found this while wandering online. So, naturally, I have to share this with you guys. Sangat comel, sesuai untuk majlis pertunangan, if you want something that's a bit relaxed *wink* Cost pun murah. You all boleh beli felt RM5/segulung kat Daiso. 1 gulung pun dah cukup ni.



Selamat mencuba :D

Tuesday, August 16, 2011

More Rizalman Bridal 2011

Assalammualaikum dan hai korang :D

Entry Rizalman lagi. Pic credit to Rizalman via his blog. Jom berangan jom.


Kaftan nikah with cowl neck. Beadwork kat bahagian dada tu nampak sangat kemas kan?



Ada ribbon kat bahu, comel.



Kain apa yang dia guna ni ek? Nampak macam organza, tapi tak berkilat.



I'm so in love with this one. Suka the simple lace kebaya top. Tak penah lagi jumpa design macam ni. Custom made kot? Susah nak nampak, tapi kain dia ada macam glitter/sequin sikit. Fokus kat kaki, nampak lace kan? I think that's the veil, similiar to this other one piece [I mentioned it here, piece yang Rilla cakap nampak regal tu]. Suka sangat veil tu.



Another stunning piece. Apa yang membuatkan Rilla ternganga dengan piece ni adalah pleating kat kain tu. Halus sungguh. Macam manalah dia boleh buat baju sekemas ni?



No caption, just enjoy the beauty of this piece.



Arghh..fabric flower itu membuatkan daku hampir pingsan.



Kain flowy kegilaan ramai. Kerawang yang kat lutut tu, kalau tengok depan mata, sangat cantik. Cuma for me, this piece could do without the big flower sebab kerawang tu merupakan detailing yang mampu menarik perhatian dengan sendirinya. Cewah. Dah macam pengkritik fesyen dah haku kan?



Another kaftan with high neck. Mata Rilla secara automatiknya tertumpu kepada lengan dia. Lace. Sangat kemas dan melekap di kulit gitu.

p/s: Rizalman cakap zaman kain tingkat-tingkat dah lama berlalu. Seb baik design baju-baju kawin Rilla takde kain tingkat-tingkat.

Friday, August 12, 2011

Malaysia Furniture & Furnishing Fair 2011

Assalammualaikum dah hai cantiks.

Walaupun dah basi, Rilla tetap nak cerita jugak, heheh. So Malaysia Furniture & Furnishing Fair (MF3) 2011 ni telah diadalah di KL Convec pada 4-7 Ogos yang lalu. Rilla hanya sempat pergi pada hari Sabtu tu, niat nak cari kerusi for my pc/vanity desk kat bilik.Later towards the end of this post, I'll show you my beautiful chair.

So, pada hemat saya [macam nak buat surat formal pulak], MF3 ni bagus sebab sangat banyak pilihan. You nak apa? Bedding? Electrical appliances? Built-in wardrobe? Kitchen cabinet? Bak kata, dari barang untuk porch sampai la ke dapur, semua pun ada. So mana-mana newlyweds yang nak furnish rumah sendiri nanti, bolehla tengok-tengok MF3 ni next year pulak. Malas dah nak cakap banyak. Korang layan je la gambar-gambar ni. Gambar kali ini bermotifkan 'Kemalasan untuk Berwatermark".


Antara pilihan wardrobe yang ada.


Lampu. Mini chandelier kat sini boleh dapat dalam harga RM200+


Wallpaper. Ada berkenan kat satu wallpaper ni. Warna biru, ada glitters. Tapi mahal. RM750/roll. Asal yang aku suka je mesti mahal.


Suka sangat lampu ni. Harga RM800 lebih kalau tak silap. Asal yang aku suka je mesti mahal.


My favourite bed throught the fair. RM4k for bed frame only. Asal yang aku suka je mesti mahal.


Kat sini lah Rilla beli kerusi.


Tadaaa..dan inilah kerusi yang Rilla beli. Ghost chair. Standard price kat luar RM400/unit. Dalam fair ni, best price Rilla dapat RM250/unit. Tapi Rilla ambil yang display set ni je sebab nak beli sebijik je kan? So, diorang bagi RM200. Considered cheap la sebab ni kerusi designer.

P/s: I might not be able to publish your comment sebabnya nak pergi outstation kejap lagi. Keep 'em coming.

Tuesday, August 9, 2011

{DIY} Crepe Paper Streamer Backdrop

Asalammualaikum dan hai korang.

Rasa macam dah lama tak buat entry DIY. Macam biasa, if Rilla surf internet dan terjumpa sesuatu yang cool, first thought that came through my mine always be 'I've got to share this with my readers'. Kali ni Rilla terjumpa DIY untuk backdrop menggunakan crepe paper. Crepe paper ni harga dia murah, jadi projek ni pun tak memakan kos yang banyak.




Pretty kan? Korang boleh customize ikut warna tema korang. Bayangkan kalau warna pastel..mesti cantik. Bukan sahaja korang boleh guna untuk backdrop photobooth, tapi boleh juga untuk backdrop makan beradab, dan kalau ada sesiapa yang berani mencuba, backdrop pelamin pun boleh.

Daa.

Thursday, August 4, 2011

Rilla's Romantic Raya

Sambungan dari entry semalam.

Assalammualaikum dan hai gadis.

Tajuk tak boleh blah kan? Hahaha. Takde kaitan dengan wedding prep tapi just want to share with you guys my raya line. Sorry buat you all tereksaited, padahal takdelah ape sangat pun. Cik Rilla ni propa jek lebih. Wouldn't call it a collection. 3 pasang jek pun. Ni pun menahan diri dari menambah lagi, bukan sebab nak baju yang banyak, tapi sebab Rilla rasa menjahit dan designing baju ni sangatlah menyeronokkan. Mungkin patut jahit banyak-banyak lepas tu jual jek?

So here it is, presenting Rilla's Romantic Raya.


Akulah tukang jahit, aku lah MUA, aku lah model, aku lah photographer, hahaha. Gipang namanya.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Rilla review satu per satu yek. The first one is my favourite out of the three.


This is actually a kebaya. The top is made from embroidered cotton. Beli sebab jatuh cinta ngan corak kain tu yang kiut. Tapi memandangkan ayahnda Rilla kurang gemar melihat Rilla memakai hitam [especially tudung] maka, kain Rilla buat dari fabric yang lain. Kain tu sebenarnya adalah tiered skirt. Definitely was a learning point sebab first time Rilla jahit tiered skirt. So next time boleh improve, Insya Allah. Tapi memang sangat comfy baju ni..eh, berat pulak bakul ni aku angkat sendiri.



The print and the closure of the kebaya top. Comel kan prints dia? Makes me want to smile :D



Ni pulak prints untuk kain. Stripey rainbow-ish colours. Also makes me want to smile. Happy jek warna dia.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Now, on to the next one. Kalau yang first ke arah moden, yang ini klasik pulak. A simple baju kurung pesak gantung dengan kain lipat depan. Suka dengan the overall look. Tapi baju ni dah dirasmikan masa pergi e-day cousin minggu lepas. Saja buat simple-simple sebab nak pakai pergi office.





Motip gambar niiiiii??? Abaikan perempuan bajet kiut di atas ini dan fokus kepada lengan bajunya sahaja. Rilla sangat suka detailings pada baju ini. Combination bead-works and fabric flowers.
P/S: Macam ginilah Rilla make-up time bertunang ari tu.



Rilla guna faux crystals, glass beads and copper beads. Copper beads tu dangling, jadi kalau gerakkan tangan, dia ada bunyi sikit. Sikit je, takdelah macam bunyi loceng sekolah. Tak menarik perhatian, I believe.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

And here it is, the last one. Actually nak buat kurung moden pendek with full gathered skirt, tapi dah jadi macam two-piece dress pulak. Not thrilled with the fit, but loooove the colours, especially skirt tu punya warna. Finished with a waist sash. Kat sash tu ada fabric flower. Actually this one looks better when I tucked in the top...jadi dress terus. Next time, nak guna pattern yang baju kebaya tu. Yang ni pattern main hentam pikir logik jek. Yang baju kebaya tu ikut buku Salikin Sidek.


The top is made from embroidered cotton and the skirt is from Dubai silk. Always.. I mean ALWAYS opt for silk rather than satin kalau nak buat baju.



Close-up of the embroidered cotton. Sweet kan warna dia?


Ok, so that's it, baju Raya Rilla tahun ni. Overall, I'm happy with the progress I'm making n terms of designing and dress-making. Tahun ni juga adalah Ramadhan dan Syawal terakhir sebagai orang bujang. Tahun depan dah jadi isteri orang, Insya Allah.

Tuesday, August 2, 2011

Rizalman Puteh and Bridal 2011

Assalammualaikum dan hai cantiks.

Hari tu Rilla cerita yang Rilla menang seat untuk tengok fashion show Rizalman Puteh dan Bridal 2011 kan? So, kali ni nak reviewlah, minta maaf ye sebab baru sekarang sempat nak review. Show ni terbahagi kepada dua bahagian. Part 1 is Puteh, dan collection kali ini adalah untuk raya. Part 2 pulak adalah Bridal collection.

Berapa pasang bajukah yang diperagakan? Bukan 10, bukan 20, bukan 30, tapi 60 pasang. Yup, 60. Memang puas hati sangat tengok. Seramai 25 orang model telah ditampilkan. Tapi lenguh jugak tengkuk Rilla ni, toleh kiri kanan atas bawah sebab tak nak miss all the details.



Opening yang sangat dramatik. Siap ada asap-asap lagi. Ni tengku Azura, opening the show. How cool is that?



Source: Cute Carry

My favourite piece from the Raya collection. Sangat cute baju ni.



Source: Cute Carry

Yang ni pun cantik sangat *.*


On to the Bridal Collection yang korang tunggu-tunggu tu. Bridal collection Rizalman kali ni nampak romantik. Simple but elegant. Tak over dengan manik dan labuci bagai.


Source: Cute Carry

Baju nikah ada poket. Cool kan? Boleh letak handphone dalam poket tu, haha.



Source: Cute Carry

My favourite piece from the Bridal Collection.



Source: Cute Carry

This is regal-looking, no?



Source: Cute Carry

This reminds me of Chanel. Kalau suruh Karl Lagerfeld design kurung moden, camni la kot jadinya.



Rizalman dan Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal together with the models. Spot Rizalman's shocking pink shoes. Awesomeness.


Rizalman Ibrahim Puteh 2011 via Cute Carry TV





Rizalman Ibrahim Bridal 2011 via Cute Carry TV




Special thanks to Hafiz for lending me his pics and his videos. More pics at Cute Carry.com. Walk The Berry pun ada banyak gambar untuk Puteh dan Rizalman Bridal 2011.

Untuk Raya collection, Rizalman banyak guna muted colours cam hitam, putih, blush and dusty pink. Rizalman gunakan trend capes, bows/ribbons dan pattern polka dots. But the thing that wowed me most is the fit. Oh my, fitting baju-baju tu sangatlah mengagumkan tapi still nampak selesa. Ntah macam mana diorang buat kaftan tu still nampak ada structure, kalau banding dengan kaftan jalan TAR yang menggerbang tu, memang beza sangat.

Ape-ape pun, Rilla sangat berterima kasih sebab diberikan peluang pergi event ni. Plus, Bloggers dapat duduk kat tempat press. Best kan? Special thanks to Kanda for being my plus one for that night.


"Bila Jr. Designer jumpa Idola" bak kata Hidayati Farhan. Memandai jek. Rilla ni tahap tailor pun tak sampai lagi. But who knows kan? One day maybe, Insya Allah.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Assalammualaikum dan hellow.

Just a quick entry. Rilla nak ucapkan kepada semua readers tersayang, Selamat Menyambut bulan Ramadhan. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Rilla juga nak memohon ampun dan maaf, zahir dan batin, andai ada penulisan Rilla ni yang menyinggung mana-mana pihak.

P/S: Esok entri pasal Rizalman Puteh & Bridal 2011 ;)