Monday, December 31, 2012

{Rental} Reception Attire

*Sticky entry. Please scroll down for latest post*
{Rental}

Item: Bride's Dress

Description: 
High-waisted A-line dress with lace patchwork and organza overlay.

Designer:
Unaisah Azlan

Materials Used:
Guipure Lace, Silk Satin (dress top), Tafetta (skirt lining), Organza (sash belt and skirt overlay).

Measurement:
Shoulder: 13½"
Bust: 32"
High-waist: 25"
Hips: 35"
Wrist Opening: 6"
Length (Shoulder-floor): 56"

Rental Price:
RM350.00 
FOC Rental matching platform heels rental - Vincci Size 5
P/S: The shawl that I used is NOT up for rental for personal reasons. (It's just a plain chiffon shawl).



Item: Groom's Suit

Description: 
2-Piece Nehru Suit

Tailor: 
Classic Point, Nilai

Material Used:
Tafetta (same material as Bride's skirt lining)

Measurement:
Shoulder: 17"
Chest: 39"
Waist: 34"
Length (Pants): 38"

Rental Price:
RM100.00
Including sampin, tengkolok and bengkung as shown in the picture.


Terms & Conditions:
  1. RM150.00 deposit is required. Will be refunded to you once the rental item is returned to me completely without any damage and/or major stains.
  2. Rental period is 7 calendar days. If there is any delay in returning rental item, you will be imposed a RM25.00/day fee.
  3. Please do-not wash/dry-clean the garments yourselves.

Interested?
Please email me at rilla.amrillah@yahoo.com ad include "RECEPTION ATTIRE RENTAL" in the subject field.

Photos:
Click pictures to enlarge.

 
 
 
 
   



Tuesday, October 2, 2012

Wedding Review: Wedding Shoes

Assalammualaikum dan hai semua

Ok, kita sambung review pasal kasut-kasut kahwin pula. Rilla pakai dua pasang kasut untuk ketiga-tiga majlis. Kasut Rilla semua beli di kedai sahaja, memang sengaja tak mahu menempah bridal shoes. Kalau tempah kasut kahwin yang putih tu entah bila nak pakai balik. Jadi Rilla beli kasut di kedai kasut sahaja, dan kasut-kasut ini telah pun Rilla pakai berkali-kali.

Kasut Nikah
Kasut nikah Rilla pakai boots (kau ada?) Hahaha. Warna kelabu, beli di Nose. Harga? Tak sampai RM90 pun.


Tak ada gambar close-up. Rilla pakai masa outdoor photoshoot. Takdelah nak pakai masa akad pun.

Kasut Sanding/Bertandang
Yang ini Rilla beli di Vincci. Harga tak ingat, tapi rasanya bawah RM100 sebab masa tu sale. Kasut ni, walaupun tinggi, tapi sangat selesa. Pakai masa majlis, photoshoot, tak ada hal punya. Nak posing lompat-lompat, lari-lari pun boleh.

Close-up kasut.


Pakai dengan baju sanding.

Pakai balik masa bertandang.

Dah~~

Monday, October 1, 2012

Wedding Review: Catering

Assalammualaikum dan hai semua~

Apa nak jadi dengan ini perempuan, dah 9 bulan pun tak habis-habis lagi review. Okay, Rilla sambung review pasal catering ya.

Untuk catering, memang Rilla bagi keutamaan. Biar mahal sedikit, tak apa, asal makanan sedap dan servis bagus. Rilla tidak kisah berlebih untuk catering. Sedikit tips untuk memilih caterer di hari bahagia anda: jangan pilih caterer semasa di pameran pengantin. Sebaiknya pilih caterer ketika korang pergi kenduri di kawasan sekitar. Dari sini kita boleh lihat bagai mana servis mereka, bagaimana rasa makanan mereka sebenarnya. Kalau boleh tanya sekali tuan rumah tu bagaimana pengalaman mereka dengan caterer tersebut.

Begitulah cara Rilla memilih caterer. Katika menghadiri majlis persandingan di Rawang, terus suka dengan caterer ini: Khatijah Catering. Jauh kan Rawang - Keramat? Tapi mereka memang boleh sediakan perkhidmatan sekitar Lembah Kelang. Masa makan di kenduri kat Rawang tu, rasa sedap sangat ayam goreng berempah dia. Lauk pula banyak jenis yang disediakan. Mak Rilla buat assumption 'Ni mesti pakej RM20/pax ni'.

Rilla minta no telefon mereka dan minta sebut harga. Harga yang diberikan memang sangat berpatutan. RM13/pax dengan menu berikut:-

  • Nasi Tomato
  • Nasi Putih
  • Ayam goreng berempah 
  • Daging  rendang mamak + sambal sotong
  • Dalca daging + gulai tumis darat ikan masin 
  • Kerabu mangga + jelatah 
  • BuahTembikai 
  • Air Sirap Selasih
  • Air Mineral
  • Bubur pulut hitam + jagung
Lauk Pengantin
  • Ayam golek masak briani
  • Ikan siakap tiga rasa
  • Sotong masak lemak
  • Udang galah goreng tepung
  • Hati lembu masak kicap
  • Sayur campur
  • Buah gubahan 
  • + lauk utama 
Selain menu di atas, Rilla juga dapat set khemah arabian, kerusi, meja dan lain-lain untuk khemah tetamu. Murah kan pakej diorang? Pilihan menu pun sangat banyak. Air pun berjenis-jenis boleh pilih.

Alhamdulillah, maklumbalas tetamu sangat positif, terutamanya pasal sambal sotong. Majlis adik-adik Rilla baru-baru ni pun kami menggunakan khidmat mereka sekali lagi. Dan atas permintaan saudara-mara, sambal sotong dimasukkan ke dalam menu lagi sekali.

Kepada yang berminat, boleh rujuk gambar di bawah ya. Harap maklum, sekrang mereka tak sediakan perkhidmatan canopy, khas untuk catering sahaja.


Wednesday, August 8, 2012

{DIY} Tissue Paper Backdrop

Assalammulaikum dan hai semua...

Lama kan Rilla tak kongsi idea DIY? Sebenarnya, dah lama tak kongsi apa-apa, hahaha. Rilla terjumpa satu projek DIY ni, iaitu Tissue Paper Backdrop.


Kena pakai tissue paper tau bukan tissue kat ikea tu. Sangat flexible, boleh guna untuk deco bilik pengantin, photobooth atau meja makan beradab. Kalau buat dalam tona ombre mesti lagi cantik. Selamat mencuba!

Thursday, July 12, 2012

Wedding Review: Wedding Cake

Assalammualaikum dan hai korang

Entri pasal kek pula. Sudah acap kali Rilla menyatakan bahawa Rilla adalah pengantin yang ringkas, jadi kek pun haruslah ringkas juga. Kek fondant 8 tingkat bukan pilihan saya. Saya cuma mahukan kek buttercream dua tingkat. Tanpa pewarna pada icing, dihiasi bunga segar.


 Ringkas bukan kek Rilla? Piping pun Rilla minta yang ringkas sahaja. Bunga itu adalah bunga-bunga yang sama yang digunakan untuk pelamin dan meja makan beradab iaitu Sweet Williams dan Orked. Sebelum cucuk bunga tu Rilla balut dahulu tangkainya dengan aluminium foil supaya tidak meracuni kek.

Nasib baik adik Rilla memang sedang mengambil diploma seni kulinari. Jadi kek ini DIY oleh bakal chef, Amani Liyana :D

Yang duduk depan Rilla tulah Amani Liyana. Yang lain semua adik-adik Rilla juga.
Rilla tak suka ambil gambar adegan suap-menyuap, tapi Rilla rasa gambar ini comel, kah kah kah *muntah*

Thanks Amani!

Wednesday, July 11, 2012

Wedding Review: Meja Makan Beradab Decoration & Centerpiece

Assalammualaikum dan hai pembaca-pembacaku sekalian. Sihat hendaknya.


Harap kalian bersabar sahajalah dengan Rilla yang tak habis-habis buat review tentang majlis-majlis Rilla. Kali ini tentang meja makan beradab pula. Sekali lagi, seperti aspek-aspek lain dalam majlis Rilla, hiasan meja makan beradab Rilla adalah ringkas sahaja. Rilla tak suka hiasan yang terlalu berat dan sarat. Yang penting, muka pengantin mesti nampak. Kadang-kadang terlalu banyak hiasan, tetamu tak dapat lihat pun muka pengantin.

Pandangan hadapan meja makan beradab Rilla
Untuk meja makan beradab, Rilla hanya menggunakan reben, lantern, tealights,  dan pasu berisi bunga. Lantern dan tealight holders Rilla beli di IKEA. Harga lantern RM25/unit. Harga tealight holder RM1.90/unit.  Pasu pula berharga RM11.90. (Letak harga awal-awal sebelum orang bertanya).

Dalam gambar ni boleh nampak pasu yang diisi bunga orked. Dalam gambar ini juga korang boleh nampak ribbon lantern yang Rilla DIY.
Dalam pasu tu letak bunga orked RM5 sebungkus. Semua dekorasi adalah dibuat oleh ibu-ibu saudara dan sepupu-sepupu Rilla. Rilla masa ni tengah tidur atau bersiap agaknya. Rilla cuma sediakan barangnya sahaja. Kemudian serahkan kepada orang lain untuk tugas menghias. Dan Rilla tak cakap pun nak macam mana, memang Rilla beri kepercayaan kepada mereka. Hasil memang puas hati. Terima kasih tak terhingga untuk mereka.

Rilla juga telah DIY Ribbon Lantern seperti yang korang boleh nampak di dalam gambar di atas. Senang je nak buat. Main gam sahaja reben ke gelungan dawai.

Kat sini boleh nampak gambar botol berisi bunga.

Botol-botol pula Rilla beli di SSF, harga dalam RM9.90 kalau tak silap. Sekarang ni botol tu dah dijadikan botol untuk isi air dalam fridge. Jadi walaupun digunakan untuk dekorasi, tetap ada kegunaan yang praktikal selepas kahwin.

Untuk centerpiece meja VIP juga menggunakan idea yang sama. Bunga orked yang diletakkan di dalam botol.
Kerusi chiavary yang dihias dengan reben organza.

Untuk hiasan kerusi pula cuma hiasan ringkas menggunakan reben organza. Cuma sayang, Rilla beli segulung sahaja, jadi tak dapat diikat dengan panjang dan berjurai. Tapi tak mengapa, Rilla pun malas nak membazir sebab reben-reben ni akhirnya entah ke mana.

Sekian entri hari ini. harap kalian suka :)

Untuk tempahan kemah dan kerusi chiavary, sila search "YSA Weddings" di Facebook.

Friday, July 6, 2012

Wedding Review: Teks Pengacara Majlis

Assalammualaikum, salam Jumaat,

Sebenarnya dah pernah dapat permintaan, tapi lambat pula Rilla nak kongsi skrip pengacara majlis ni. Teks ini Rilla Google dan kemudia diubahsuai mengikut kesusaian majlis Rilla (tak ingat link asal, siapa tahu, bagi tahu Rilla ya). Rilla ada dua pengacara majlis pada malam tersebut, seorang lelaki, seorang perempuan, tapi teks ini masih sesuai untuk digunakan kalau ada seorang pengacara majlis sahaja. Teks ini juga hanyalah untuk majlis 'dine and go', bukan 'seated dinner'.

Rilla kongsikan di sini untuk rujukan semua ya. Boleh copy dah ubah suai ikut majlis korang. (Memang teks asal, kalau nak copy, silalah tukarkan kata nama khas yang digunakan ya).

----------------------------------------------------

Majlis Perkahwinan Rilla & Fuad
1 Januari 2012

Teks Pengacara Majlis

Pengacara Majlis:
Amir Hamidi Amha
Rafidah Mohamad

Masa
MC
Teks
Nota
8.40 pm
Didi
Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk duduk dan mengambil tempat bagi memberi laluan untuk pengantin berarak.

8.45 pm
Rafidah
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.
Paluan kompang dimulakan selepas pantun selesai dibaca

Didi
*selepas pengantin tiba di pintu gerbang*

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk, pasangan raja sehari; Amrillah Binti Amrullah dan Fuad Suffian Bin Abdul Majid

8.55 pm
Didi
*selepas pengantin duduk di pelamin*

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.


Rafidah
Yang dihormati Encik Amrullah Buang dan Puan Rohani Md Hussain, selaku tuan rumah, yang diraikan pasangan mempelai, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.


Didi
Saya, Amir Hamidi Amha


Rafidah
dan saya, Rafidah Mohamad


Didi
pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke
Majlis Perkahwinan Amrillah Binti Amrullah dan Fuad Suffian Bin Abdul Majid.

Bagi memohon majlis ini diBerkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan selawat dan doa yang akan dibacakan oleh saudara Mohd Hanafi Munshi.

Dipersilakan.



*bacaan doa dan selawat*
10 minit


*pertunjukkan silat tari & kompang*
10 minit
9.15 pm
Didi
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.

Dengan itu, saya menjemput  Encik Amrullah Buang & Puan Rohani Md. Hussain, Ayahandabonda kepada pengantin perempuan.


Rafidah
Seterusnya, Puan Hajjah Safiah Abdullah & Encik Farmy Abdul Majid, Bonda & abang kepada pengantin lelaki.


Didi
Seterusnya, Y.B. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang & Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan.


Rafidah
Seterusnya, Encik Othman Md. Hussain & Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan.


Didi
Seterusnya, Puan Marlia Abd Majid, kakak kepada pengantin lelaki & Suami.


Rafidah
Dan, Puan Marlina Abd Majid, kakak kepada pengantin lelaki & Suami.

9.30 pm
Didi
Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan pengantin kita hari ini.

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

*Pengantin berjalan dan duduk di meja utama*


Rafidah
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.



Didi
*selang masa 30 saat*

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, majlis mempersilakan En. Edzuan Shamsuddin, rakan sekuliah kepada pengantin perempuan untuk menyanyikan sebuah lagu diikuti dengan persembahan layar majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.

9.30 pm

*nyanyian oleh Edzuan*
5 minit
Lagu: Sedetik Lebih
9.35 pm

*playback video nikah*
5 minit
9.40 pm
Didi
*selang 30 saat selepas playback nikah*

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



*upacara potong kek*
5-10 minit
9.45 pm
Rafidah
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Didi
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat


Rafidah
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Didi
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


Thursday, June 28, 2012

Wedding Review: Henna/Inai

Assalammualaikum dan hai korang

Rindu tau! Hahaha, salah sendiri kan biar blog berhabug. Rilla cuba sehabis baik untuk kembali mengemaskini blog dan sambung buat review. Maaf ya, ini semuanya kerana hal itu.

Entri ini Rilla dedikasikan kepada Diana Dian. Dia email Rilla tentang henna atau inai yang Rilla pakai masa nikah hari tu.

Rilla takde semua gambar kahwin dengan Rilla sekarang ni, semua dalam hard disk kat rumah. Rilla dah sebulan tak buka PC tu, percaya tak? Hahaha. Yang ada cuma gambar outdoor nikah sebab CD dia memanng dah sedia ada dalam laptop ni.

Inilah rupa inai yang Rilla pakai. Kalau korang tengok dalam video nikah  pun ada dan lebih jelas.

Rilla guna inai serbuk yang Rilla kirim dari Mekah.Tak campur dengan apa-apa pun kecuali air. Rilla sangat suka dengan warnanya. Tak terlalu merah dah gelap. Sweet sahaja. Dan memang Rilla sengaja nak pakai inai  style tradisional, iaitu cuma di jari tanpa ukiran-ukiran bunga ke apa. Nak nampak kalsik. Rilla kan ringkas orangnya.

Tentang cara nak pakai, Rilla minta bantuan BFF merangkap pengapit Rilla, Na. Lepas dah bancuh inai dengan air, NA letakkan inai tersebut di sekeliling jari Rilla. Lepas tu potong plastik kecil-kecil (Rilla guna plastik shopping warna putih) untuk balut inai tadi. Kemudian Na sellotapekan plastik tadi. Rilla pakai sehari sebelum nikah. Inai ni sangat tahan lama. Sekarang ni dekat jari dah habis sebab kuku dah memanjang. Tapi dekat kaki masih terang, tak pudar pun. Jadi malam tu Rilla tidur dengan inai sekali. Esok paginya, bangun, baru basuh inai tu. Cara ini membolehkan Rilla tidur tanpa mengotorkan cadar.

Maaf gambar kurang jelas, ambil pakai kamera telefonsahaja di waktu bilik sudah gelap, sebelum tidur.

Harap ini membantu, Dian :)