Monday, January 30, 2012

Wedding Review: Nikah Dorrgift - Customised Yassin by Creatively Designed

Assalammualaikum dan hola cantiks!

I did mentioned before that I would like to give out Suratul Yassin copies as my nikah favours. Jadi lepas survey sana sini, compare quotes semua, I decided to go with Creatively Designed. In my humble opinion, they offer the best in terms of value for money. Masa yang diperlukan untuk Yassin ni siap adalah dalam 4 minggu sahaja. Actually, the printing itself only require 1 week to complete. Cuma bab design tu yang makan masa sikit, yelah, mana nak pilih design, nak buat wording, nak pilih warna. That's the good thing, Rilla boleh pilih mana-mana sahaja design dari website mereka, dan warna boleh ditukar mengikut warna tema majlis kita. Rilla cuma bagi warna tema nikah Rilla, dan mereka bagi Rilla beberapa design untuk Rilla pilih.


Rilla ada dua jenis packaging. Satu dalam pear-white hard box,50 naskah, khas untuk rombongan pihak lelaki. The best part, ditaja oleh Creatively Designed! Thanks Kak Ain! I Love it so much!



Then Rilla tambah order untuk design yang sama tanpa kotak untuk 100 naskah, yang ini untuk tetamu-tetamu yang lain. Mak Rilla beli beg organza dan tolong bungkuskan. Sebenarnya nak beli yang plain sahaja, tapi tak jumpa saiz yang sesuai. Gasaklah.


On Creatively Designed's service, Rilla sangat puas hati dan fully recommed. Ni bukan sebab mereka sponsor Rilla ya, tapi memang diorang menghasilkan kerja yang baik, PR pun bagus. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Kak Ain yang peramah. Rilla cadangkan sesiapa yang nak tempah, tempah sahaja awal-awal bila dah finalise tarikh dan jumlah jemputan sebab Creatively Designed memang banyak dapat tempahan. Siap awal tak apa, jangan siap lambat, kikiki.

p/s: Sekadar peringatan mesra, memberilah dengan ikhlas. Bukan kerana pahala, tapi kerana Allah swt. Jangan jadi hamba pahala, tetapi jadilah Hamba Allah swt.

Creatively Designed: Site | Facebook

Thursday, January 26, 2012

First Look: Our Sanding Picture

Assalammualaikum dan hai korang!

Buat pertama kalinya Rilla share gambar sanding kat blog ni. More reviews coming up!


Ceh! Seketul jek?

PICTURE ok? Bukan PictureSSSS

Renee: You mesti suka sparkles ni kan?

Wednesday, January 25, 2012

Wedding Review: Reception Song Playlist

Assalammualaikum dan hai si manis...

Rilla nak kongsi senarai lagu yang Rilla guna untuk majlis resepsi pihak perempuan. Sedar atau tidak, sebenarnya seleksi lagu sangat penting untuk menetapkan ambiance majlis anda (ayat majalah). Hahah, but it's true. Sangat cerewet Rilla buat playlist sendiri. Walaupun Rilla peminat lagu rock kapak, no way I'm going to play it during my wedding. Lagi pun Rilla tak nak ambil risiko untuk membiarkan sahaja DJ memilih lagu. Rilla pernah pergi wedding, DJ dia pasang lagu Madu 3! Apekah?

Lagu-lagu Rilla ni mix antara lagu Melayu asli, Melayu contemporary, English classic dan English indie. Parent Rilla tak kisah sangat, cuma ayah Rilla punya syarat lagui MElayu harus lebih banyak dari lagu English. Mood yang Rilla nak create adalah yang relax sesuai dengan orang nak makan. Sangat happy bila ada orang compliment malam tu, they loved the ambiance :D Rasa berbaloi sangat buat playlist sendiri.

So here it is, untuk rujukan korang.

English Classic
Forever and Ever - Demis Roussos
When I need you - Julio Iglesias
Can't Help Falling In Love - Elvis Pressly
The Way You Look Tonight - Michael Buble
Songbird - Glee Cast
Have I Told You Lately - Olivia Ong
Truly - Lionel Richie
She Believes In Me - Kenny Rogers
At Last - Etta James
Fly Me To The Moon - Olivia Ong
Close To You - Olivia Ong
Sometimes When We Touch - Olivia Ong

Contemporary English
Marry Me - Train
Everyday I Love You - Boyzone
The Way I Am - Ingrid Michaelson

Melayu Klasik
Getaran Jiwa - P. Ramlee
Selendang Sutera - Unknown
Malam Bulan Dipagar Bintang - P. Ramlee & Saloma
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit - P. Ramlee & Saloma
Gelora - P. Ramlee & Saloma
Seri Dewi Malam - Sharifah Aini
Seri Dewi Malam - Normadiah
Saat Yang Bahagia - P. Ramlee & Saloma
Hitam Manis - Emilia Contessa

Melayu Asli
Candak - Syura
Dondang Sayang - Sharifah Aini
Kaparinyo - Siti Nurhaliza
Ketipang Payung - P. Ramlee & Saloma
Tari Tualang Tiga - Sanisah Huri
Zapin Budaya - Saloma
Joget Si Pinang Muda - P. Ramlee & Saloma
Kain Songket - Saloma
Kurik Kundi - Siti Nurhaliza

Melayu Kontemporari
Bila Aku Jatuh Cinta - Awi Rafael
Cinta Antara Kita - Duta & Baizura Kahar
Aku Cinta Padamu - Sheila Majid
Sesucinya Cintamu - Anuar Zain
Semua Untukmu - Anuar Zain

Instrumental
Tari Tualang Tiga
Selendang Mak Inang
Canggung

Tuesday, January 24, 2012

Wedding Review: Akad Nikah Ceremony

Assalammualaikum dan hai uolls!!

Sorry, lambat update. Last week was hectic. Rilla tak sihat, plus ada secret project kena siapkan (secret sangat la), and jahit baju adik last minute. Lepas tu Husband pulak tak sihat. Ok, Rilla sambung update dengan review untuk majlis akad nikah. Entri ini lebih kepada nak cerita perjalanan majlis. Rilla mula dari sehari sebelum ya.

{ Sabtu, 31 Dis 2011 } | Sehari Sebelum

8.00 pagi
Lepas bangun, mandi and siap-siap Rilla dan BFF Rilla (nama dia Na) pergi sarapan dan seterusnya pergi Floristika untuk ambil bunga yang ditempah). Nak pergi Floristika, waktu weekend pagi-pagi adalah yang terbaik sebab senang parking. Tapi jangan lupa bayar parking ya, sebab even weekend pun, DBKL sangat rajin datang saman.

8.30 pagi
Sampai Floristika, kena pilih bunga. Walaupun Rilla dah tempah, Floristika dah call awal2 cakap banyak stok yang Rilla nak tak ada. I said 'OK, takpe. Nanti Sabtu saya datang, saya pilih yang lain'.

11.30 pagi
Lepas sampai rumah, terus letak bunga-bunga dalam baldi. Lepas tu kitorang packing doorgift untuk VVIP. Sedara-mara lain pula tolong packing telur kukus. Telur dikukus oleh keluarga pakcik Rilla di rumah mereka. Lepas dah kukus, diorang hantar ke rumah Rilla untuk packing.

5:00 petang
Mula mengemas dan menghias bilik pengantin.

7:30 malam
Mula menggubah hantaran (lesson learnt, kalau hantaran guna bunga keliling, sepatutnya mula pukul 6 petang). Ini, pukul 12 malam baru habis, pulak dulang total sembilan, kalau sikit, tak apa.

12:00 malam
Mula memakai inai

1:00 pagi
Tidur

See? Tido pukul1 kau! Rila tidur dengan inai yang dah dibalut dengan plastik, jadi boleh tido terus. Cuma korang kalau gubah hantaran sendiri, start awal sedikit ya.


{ Ahad, 1 Jan 2012 } | Hari Kejadian


7:00 pagi
Lepas mandi-manda semua, MUA mula make-up kan. MUA Rilla ni makeup cepat je siap. Lepas siap makeup, pakai baju bersiap-siap semua. Pukul 8.30 pagi Rilla dah siap.

8.30 pagi
Sebab siap awal, kerja Rilla tunggu jelah, sambil posing-posing dalam bilik, hehehe. Lepas tu ada juga sepupu-sepapat Rilla datang naik ke bilik, borak-borak. Pukul 9.20 adik Rilla naik bilik minta stand by sebab rombongan lelaki dah sampai.

9.40 pagi
Rilla turun sebab tok kadi panggil. Tapi duduk belakang tangga sahaja. Hanya untuk tok kadi tanya sama ada Rilla setuju atau tak untuk dinikahkan dengan Fuad.

Tok Kadi: "Saya ni cuma nak tanya lah, kot-kot awak ni kena kahwin paksa ke. Awak setuju ke dinikahkan dengan Fuad Suffian bin Abdul Majid?"

Gituuu.. kelas soalan Tok Kadi. Aku pun jawab "Saya setuju" dengan penuh sifat keayuan yang dibuat-buat.

Tok kadi minta Rilla jangan keluar dulu sehingga waktu kuthbah untuk isteri. Lepas tu Rilla duduk di sebalik divider (rumah Rilla da divider untuk pisahkan liiving hall dengan tangga)

Tengah dengar khutbah suami.


9:50 pagi
Rilla keluar dan duduk di atas bantal nikah untuk khutbah isteri pula.

10:00 pagi
Upacara akad nikah dijalankan. Ramai orang tanya apa perasaan sebelum ni, honestly, Rilla rasa biasa-biasa je. Tadi masa duduk kat tepi divider rasa nervous amat, tapi bila duduk je atas bantal tu, terus hilang semua rasa nervous tu, and it felt so natural to be getting married to him (cewah).

Upacara Akad Nikah. Alhamdulillah, Rilla dinikahkan oleh ayah sendiri.


Lepas habis akad nikah (nasib baik parents Rilla tak nangis, jadi Rilla pun tak nangis lah. If diorang nangis, confirm berjurai air mata gua). Terus ke upacara pemberian mas kahwin dan pembatalan air sembahyang.

Jelingan Manja dariku


Seterusnya kami bersalaman dengan semua tetamu diikuti dengan sesi fotografi. Lepas tu apa lagi? Melantak lah! hahaha. By the time habis, memang waktu lunch. Kitorang order nasi putih dengan lauk kampung. Rilla kalau dapat ikan masin, memang laju je makan.

Both side of the family.
L-R: My dad, my mum, the bride & groom, his mum, his elder brother.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. I couldn't ask for more. I'm so happy and so blessed.

Ok, itu je. Bai.

Tuesday, January 17, 2012

Wedding Review: Akad Nikah Colour Theme

Assalammualaikum dan hai sayangs <3

Susah juga nak review bila tak ada set gambar yang penuh. I managed to get some from my OP. So here goes my review for my nikah colour theme.

Warna tema majlis akad nikah saya

Ye, memang lain dari warna tema yang Rilla pernah post dulu, akhirnya, Rilla tukar balik kepada warna yang hampir sama dengan cadangan asal. Warna utama adalah biru, kelabu dan putih, semuanya warna kesukaan Rilla.

6 warna kesemuanya supaya ada flexibility. Tapi Rilla tak dapat ikut 100%, especially bab fresh flowers. Time tarikh nikah Rilla ni, stok bunga tak banyak (walaupun Rilla dah tempah), so I have to make do. Jadi tercampurlah sedikit dengan warna light pink dan hijau. But it's okay, I don't mind because in the end our akad turned out sweet in the pictures. It has a romantic and sweet vibes to it :)

Nota kaki: Ikut suka akulah nak review tak ikut turutan, hahaha

Monday, January 16, 2012

Series of Reviews Coming Up

Assalammualaikum dan hai cantiks

Di sini Rilla senaraikan review-review yang Rilla akan buat (or at least plan to ;p). Agak sibuk sebenarnya, dalam bulan ni, percaya tak, Rilla ada 6 majlis untuk dipenuhi (termasuk majlis sendiri). Ini majlis keluarga Rilla sendiri sahaja. Agak terkejar-kejar. Jadi Rilla awal-awal nak minta maaf kalau terlewat review. But I'll try my best for my dear readers. List ini Rilla tiru ideanya dari Rai (thanks dear!).
  1. Kad Kahwin & Wedding Website
  2. List of Vendors
  3. Akad Nikah Ceremony (Overall)
  4. Special Nikah Playback
  5. Akad Nikah Doorgift
  6. Akad Nikah Attire
  7. Bilik Pengantin
  8. Hantaran
  9. Akad Nikah Colour Theme
  10. Wedding Ring
  11. Floor Layout
  12. Reception Ceremony (Overall)
  13. Reception Attire
  14. Pelamin
  15. Meja Makan Beradab & Decorations
  16. Reception Doorgifts
  17. Reception Colour Theme
  18. Entertainment During Reception
  19. Catering
  20. Wedding Cake
  21. Guestbook
  22. Emcee's Script
  23. Song List for Reception
  24. Floor Layout
  25. Bertandang Attire
  26. Official Videographer
  27. Official Photographer
  28. Pengapit
  29. Hand Bouquets
  30. Make-up
  31. Wedding Shoes
  32. Post-Wedding Photoshoot
  33. Honeymoon Trip
33! Hamek kau. Will put it on the side panel for your easy navigation.

Till then, bye.

Saturday, January 14, 2012

Guipure Lace a.k.a. Prada Lace

Assalammualaikum dan hai korang.

How was your week? Rilla baru balik dari honeymoon ni, but more on that later. Kali ini Rilla nak share tentang lace yang Rilla guna untuk dress resepsi Rilla. Rilla pernah tulis dulu yang Rilla pilih lace yang lain dari yang lain. Citarasa Rilla memang begitu. Rilla tak suka beaded lace, be it french lace sekali pun. I'm not a good trend follower, Rilla lebih suka mencipta kelainan, cewah.

So I chose Guipure Lace!

Guipure lace ini agak heavy ya kawan-kawan. Memang tak sesuai kalau nak buat keseluruhan baju atau kebaya meleret. Sebab itu untuk resepsi, Rilla minta designer buat dress. Tekstur dia macam sulaman sedikit. Kat bawah ni ada contoh Guipure lace.






Kenapa ia dipanggil Prada Lace? Ini bukan nama betul lace ni ya. Tapi designer Rilla panggil Prada lace sebab Prada banyak guna lace ni dalam collection diorang (Compared to other fashion labels). Paling banyak dalam collection fall/winter 2008.







Cantik kan lace ni? Hahaha, cantik ke tak, tak penting, yang penting Rilla suka. Muahahaha. Tapi ramai puji lace yang Rilla beli tu. Rilla beli kat Bandung dulu. Harga RM160 lebih kurang. Kat Malaysia Rilla tengok kat Jakel ada, tapi bunga kecil-kecil dan corak repetitive, harga RM300. The one like I bought memang tak ada. Designer pun cakap, Malaysia ni lambat sikit in terms of trend kain.

Ok. Jumpa lagi di entri seterusnya. Saja buat entri khas untuk Guipure lace sebab nanti entry baju takdela panjang sangat.

Bai.

Wednesday, January 11, 2012

Nak Pergi Honeymoon, Yay!

Assalammualaikum dan hai korang

Sorry kurang updates. Tunggu gambar dari OP. Me and hasbang (Hasben + abang=Hasbang) nak berangkat kejap lagi.

Our destination:


Ubud, Bali uolls!

Bai.

Tuesday, January 3, 2012

Wedding Review: Special Nikah Playback by Wira Visuals

Assalammualaikum dan hai korang

First review, yay! Sebab bendanya dah ada. Rilla request untuk Abg Wira buat same-day-edit sebab nak tayang video ni masa reception. Rilla nikah dan sanding pada hari yang sama, jadi kena buat same day edit. Korang tengok dulu video ni, lepas tu baru baca komen Rilla.


So what did you think? I think Wira Visuals did a stellar job on this one. I looooooooove it so much! (semalam je da 5 kali tengok). Tapi percaya tak, semalam baru Rilla dapat tengok video ni hehe. Sebab masa reception, video ni ditayang masa makan beradab, tapi skrin tak ada di sekitar meja kami. Pagi semalam pergi outdoor photoshoot untuk nikah, lepas tu run some errands, balik petang baru dapat tengok, huhu.

Alhamdulillah, family pun suka video ni. I fully reccmmend Wira Visuals. Abang Wira ni kelakar ok? Peramah. Senang je masuk dengan OP Rilla, by the time majlis habis, diorang boleh siap gurau-gurau lagi.

On the editing itself, oh my, suka sangat! He can respect the client's request. Some parts of the vid, if you notice, ada yang blur (part Rilla pakai tudung), dia blurkan sebab masa tu nampak leher. Considerate kan? Masa batal air sembahyang, tak ada scene kiss dahi (atas permintaan one of my aunties). Ayah Rilla pula tak kasi shoot gambar kiss-kiss dahi dekat dalam rumah (pendek kata hanya pose-pose sopan sahaja yang dibenarkan). Takut jika ada yang nampak, mengumpat mereka nanti. So that's why the last scene in the vid is blurred out. Based on our request. Jangam korang cakap dia tak pandai shoot pulak, hahahah.

So in short, I totally recommend Wira Visuals. The price is reasonable. Jangan fikirkan ianya sebagai kos perkahwinan anda. Think of it as an investment because you'll get the moments captured and it's your to keep for life!

Wira Visuals: Site| Facebook | Vimeo

I'm Blessed.

Assalammualaikum dan hai korang.

Alhamdulillah, Rilla tak dapat nak cari perkataan yang dapat menggambarkan rasa kesyukuran Rilla ke hadrat Allah swt. Rilla telah selamat dinikahkan dengan my wonderful husband, Alhamdulillah pada 1 Januari 2012. Majlis resepsi sebelah Rilla pula diadakan pada malamnya. Of course there were hiccups here and there. But I can't and won't complaint. Rilla rasa Allah telah tersangat banyak mengurniakan rezeki dan kemudahan untuk majlis-majlis ini. So I can't complaint on what Allah didn't gave me. Like my dad always says, manusia merancang, tetapi Allah juga punyai rancangan untuk kita.

I feel so blessed. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang telah membantu untuk mejayakan majlis. Kepada tetamu yang hadir (bloggers especially) thank you for coming and celebrating our union.

To all my viewers, tunggu Rilla buat review dan entri Rilla's craft ya? Insya Allah. Rilla nak fokus kepada majlis bertandang pula Sabtu ini.

Kanda, terima kasih kerana memilih dinda sebagai isteri Kanda. I must've did something right to have someone like you as my partner in life.