Assalammualaikum dan hai semua~
Akhirnya, berupdate juga blog ni. How's your raya?
Persoalan yang selalui bermain di fikiran pengantin-pengantin marhaen sekalian, macam mana nak mengurangkan kos bajet perkahwinan?
Average wedding cost in the US. Lebih kurang kita punya kos la dalam RM25-30K (factor in cost of living, inflation, buying power, etc)
Most of us don't have the luxury to have a no-expense-spared wedding. Lainlah anak menteri ke, anak raja ke, anak tan sri ke. Golongan ini tidak sesuai mengadakan budget wedding kerana tetamu mereka VIP, jadi haruslah majlisnya grand. I'm talking about you and me, the typical budget brides (aku ni bride lagi ke???) Jadi Rilla kongsikan di sini tips mengurangkan kos perkahwinan mengikut pengalaman sendiri di mana banyak antara tip-tip ini yang Rilla gunapakai untuk majlis sendiri.
Remember That Marriage is More Important Than the Wedding
Ada beza marriage dan wedding, perkahwinan dan kenduri. Nampak tak? Ye, wedding tu sekali seumur hidup, tapi marriage adalah untuk selamanya. Bila kita berbelanja, adalah lebih logik untuk mementingkan perbelanjaan selepas kahwin. Lepas kahwin, banyak duit nak pakai tau, lagi kalau yang nak masuk rumah baru. Atau tetiba bunting pelamin. So don't blow it all on the wedding, mesti simpan sikit untuk kegunaan selepas berkahwin.
Identify The "Need-to-Haves" and the "Nice-to-Haves"
Pendek kata, keperluan dan kehendak. Pastikan perlu atau tidak setiap item itu, atau ianya hanya untuk mencantikkan/memeriahkan majlis. If you have the money, then go-ahead. Tapi andai kata korang terpaksa potong budget, kat sinilah korang potong. Contohnya, Candy Buffet, Photobooth, Guestbook Corner, Transparent Canopies, Chiavary Chairs, dan sebagainya. Yes, I splurged on the canopies, tapi untuk 2 kemah sahaja walaupun boleh convert semua kemah jadi transparent. Win-win, dapat juga transparent canopies walaupun sikit. Duit yang lebih tu Rilla simpan. Kena pandai imbangkan keperluan dan kehendak.
Cheaper option for candy buffet, photobooth and guestbook, you can also DIY. Banyak printables yang percuma di internet ni, cuma Google, edit sikit dan print sendiri. Atau lagi senang, tak payah buat langsung. As for me, Rilla DIY guestbook sahaja. Candy buffet dan photobooth tak buat, less thing to do, less money to spend. Walaupun boleh DIY, tapi still kena keluar duit kan?
Photography
Lagi satu area yang boleh digunakan untuk menjimatkan duit adalah fotografi dan videografi. Macam mana caranya? Ambil perkhidmatan shoot-edit-burn sahaja untuk photografi. Nanti OP burnkan gambar kahwin dalam CD, korang tunggu deal photobook dekat Groupon ke, Milk a Deal ke mana-mana, dan print sendiri gambar korang. I did this for my Nikah outdoor photoshoot. Jimat! Dan kalau korang atau suami ada skill mengedit video, boleh request OV bagi raw file dan edit sendiri sesuka hati. Satu lagi tips, cari OP/OV yang baru start/baru nak naik. Mereka ni baru nak cari customer base, Insya Allah gambar/video anda akan disiapkan dengan cepat dan harga pun murah.
Bridesmaid
Definitely a nice-to-have, this one. Sekarang kan macam dah jadi trend ada bridesmaid atau dulang girls bagai. Unless they are willing to fork out their own money, then I humbly advise you to cut the spending on this one. Boleh buat tapi mungkin tidak perlu sponsor kain atau upah jahit untuk mereka. Atau tak payah ada langsung. Masa Rilla nikah, sebab Rilla pihak perempuan dan nikah kat rumah je, jadi memang tak perlu ada bridesmaid. Letak je hantaran siap-siap atas kain saprah. Rombongan Kanda, yang tukang bawak hantaran tu semua kakak-abang, pakcik-makcik dia. Jimat di situ.
Doorgift
Trust me, most of the wedding doorgifts got thrown away. Lagi-lagi kalau yang tak praktikal macam gelas/mangkuk kecil yang tak boleh buat isi apa-apa. My advise is, splurge on the food, get a better caterer, spend less on the doorgifts. Orang dulu bagi telur rebus je. This is what I did, bagi telur rebus. Mana guest yang suka boleh ambil bawak balik buat sambal. Kids, Rilla bagi bubbles. Cuma untuk rombongan lelaki je Rilla bagi doorgift special sikit.
Kad Kahwin
Yang ni ramai orang advise kan? Jangan beli kad kahwin yang mahal-mahal, nanti orang buang jugak. Yang rajin menyimpan kad kahwin anda adalah anda dan mak anda. Rilla pun pernah dapat kad kahwin hard cover, akhirnya lepas wedding, Rilla buang jugak. Mungkin ada sorang dua akan simpan, tapi berbaloikah spend banyak-banyak untuk yang sorang dua tu simpan?
Hantararan
Kurangkan jumlah hantaran, tidak perlu berbelas-belas. Rilla kalau boleh nak 3 balas 5 sahaja, tapi nak menyedapkan hati orang tua, buatlah 7 balas 9. Lagi satu, instead of letak barang atas dulang, boleh diganti dengan makanan. Mungkin ada yang cakap, tak ada kenanganlah kalau semua makanan, but you'll have your wedding ring as a token of the memories, cukup. Sebab barang lain macam handbag, perfume, camera, semua tu perishable dan tak tahan lama. Lagi bagus kalau ada pakcik-makcik yang sudi sponsor hantaran korang.
Wang Hantaran
Lagi satu, wang hantaran. Yes, wang hantaran tu bukan kita sebagai pengantin perempuan yang keluarkan. Tapi harus diingat, duit itu akan keluar dari poket bakal suami kita. I'm in the opinion that we, as brides, must save up too, kalau boleh jangan gunakan wang hantaran untuk tanggung wedding kita. KALAU BOLEH. Seeloknya wang tu kita guna balik untuk kehidupan lepas berkahwin. If you have to rely on the hantaran to pay for your wedding, then please, be moderate. Work backward, meaning, dari jumlah hantaran tu, baru buat budget. Jangan buat budget dulu baru set wang hantaran.
Ingat, dalam Islam, sebaik-baik perkahwinan adalah yang rendah maharnya. Yes, mahar itu mas kahwin. But the whole point is about the amount of money that the groom has to fork out. It means hantaran too. This is why my parents tak letak duit hantaran untuk Rilla. Rilla hanya ada mas kahwin yang Kanda bagi. Itu pun nilai dia Rilla biar Kanda yang letak mengikut kemampuan dia.
Wedding Dress
Kalau korang boleh menjahit, DIY the whole thing, like me, hahah. Serious jimat gila. Atau kalau korang pandai jahit sikkit-sikit, then boleh DIY veil ke, patching, or beading. Bila beli kain, beli yang plain, macam plain chiffon atau lace yang tak ada manik. Jadi, bila hantar tailor, dia akan charge murah sikit. Charge jahit beaded chiffon/lace adalah lebih mahal. Lepas tailor dah siap jahit, korang buat beading sendiri. Plus, design baju korang akan jadi unik, tak sama dengan orang lain. Cuma make sure tempah awal-awal la, kalau tak, tak sempat. Masa tempah tu, don't mention that it's for your wedding sebab ada sesetengah tailor, kalau dia tahu tu baju kahwin, dia akan charge lebih mahal.
Spend Less on the Engagement Ceremony
Think of it as a step or a process to get married instead of focusing on it as an event on its own. Sekarang punya trend bertunang, bukan main lagi. Jangan rasa pressurised sebab tengok orang lain bertunang ada pelamin, korang pun nak jugak. Orang lain tempah baju dengan designer, korang pun nak jugak. Orang lain invite 600 orang tetamu, korang pun nak jugak. You don't have to follow the trend, make it moderate but intimate and meaningful (
like mine ;p). Ada bride yang recycle cincin tunang as cincin nikah. Pun bagus juga, plus korang tak payah pakai cincin banyak-banyak. Unless korang memang suka pakai banyak-banyak cincin.
Ok, sekianlah tips dari Rilla. Suka Rilla tekankan di sini, kalau korang ada duit lebih, go on je ;)
Happy budgeting everyone!