Sunday, October 31, 2010

The Date #2

October was a slow month for this blog. Cuba tengok kat archives tu, bulan ni ada 7 entri je. Hehe, maap ye readers tersayang sekalian. Rilla banyak outstation bulan ni, tambahan pulak hari tu tak berapa sihat. Boleh pulak muntah-muntah, morning sickness kat office. Orang lain yang pregnant, Rilla pulak yang loya-loya. Jumpa doc, dia tanya "U dah kawin?" Hahaha. Doc cakap perut Rilla masuk angin.

Berbalik kepada tajuk. Dalam entri ni Rilla ada mention, proses majlis Rilla adalah Meminang-->Bertunang-->Nikah-->Sanding. And it is with pleasure that I form you that we have settled on the meminang date. Kecoh tul Rilla ni, majlis meminang je kot. Oh, but I cannot help it. Saya tak pernah ada orang masuk meminang saya, berbunga-bunga tahu. Tapi nak settle that one date pun pening. So Insya Allah, majlis meminang saya akan diadakan pada 1/1/11 [tarikh cantik di situ].


Untuk tarikh majlis-majlis lain tu, akan dibincang masa majlis meminang. Saya tak kisah sangat tarikh tunang, janji kawen. Hahahaha. Tapi my mum ada mention nak buat semua 1hb: Meminang 1/1/11, Tunang 1/5, Sanding 1/1/12. Tengok tu jarak meminang dan sanding, exactly 1 year. Nikah? I preferred to have it on the night before sanding, 31/12/11. Honestly, Rilla rasa, oh lambatnya nak kawin, umur dah tua, hahah. Tapi itu je tarikh yang sesuai untuk seme. Takpelah, kita merancang, Allah juga punya rancangan untuk kita. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.

Tuesday, October 26, 2010

Merisik vs Meminang

Adat Melayu. Sungguhpun satu kaum-Melayu, tapi adat berbeza mengikut negeri. Topik kali ini diinspirasikan dari daddy dearest [mahu dia muntah dengar Rilla panggil dia "daddy"]. Ikut pemahaman saya la kan, adat perkahwinan Melayu akan dmulakan dengan merisisk di mana pihak lelaki akan hantar cincin belah rotan. Kemudiannya bertunang, di mana tarikh nikah ditetapkan. Kemudian, barulah nikah. Turns out, according to daddy, I was a little off course.

Jadi diceritakan oleh ayah saya [yang berketurunan Melaka, dilahirkan di Singapore dan tinggal di KL sejak umur 13 tahun, jadi saya tak tahu dia ikut adat negeri mana], sebenarnya merisik itu tiada cincin belah rotan. Tu hanyalah untuk pihak laki nak tahu yang si gadis dah berpunya atau tak. Kadang-kadang, takde majlis pun, just macam wakil laki datang saja-saja, melawat, nak berkenalan gitu. Kemudian, kalau si gadis tu tak berpunya, barulah pihak lelaki akan hantar rombongan meminang. Time ni selalu ada berpantun-pantun. Dan masa ni tarikh pertunangan akan ditetapkan dan si gadis akan diberi sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda.

Selepas itu, barulah majlis pertunangan diadakan bagi mengikat janji dan menetapkan tarikh pernikahan. Dah lepas bertunang, barulah nikah. So, ada empat langkah di situ: risik-->meminang-->bertunang-->nikah.

So, berincanglah kami anak-beranak, camno ni nak buek. Ayah decided that merisik is not relevant in my situation.. Obviously gwe sedang berpacaran sama kanda gwe, watpe merisik kan? Proceed terus dengan meminang jelah. So sekarang tengah bertimbang-timbang nak buat meminang dan bertunang serentak atau asing? Me? Tak kisah, janji kawin, hahaha. Kalau pihak laki nak serentak atau asing, kami ikut saja. Sebab diorang yang nak datang. Tapi tengok gaya my FMIL [cewah], dia prefer majlis asing sebab boleh berkenalan dengan parents Rilla. And I like that idea too. "Ikut makcik saja, mana yang senang kat makcik" [bajet bakal menantu yang bersopan]. Oh, tapi my FMIL understanding of merisik is equivalent to my dad's definition of meminang. Pening gak la Rilla dan kanda yang kat tengah-tengah ni, hahah.

Ayah: Nanti diorang hantar rombongan, ayah akan terima based on pantun diorang. Kalau pantun diorang bagus, baru ayah terima.

Rilla: Ape-ape lah ayah *dalam hati saja*

Ayah: Ayah senang. Ayah balas je dengan "dua tiga kucing berlari, mana nak sama si Rilla sorang"

Thursday, October 21, 2010

Theme Colours: Navy Blue + Powder Blue + Gray + White



Powder Blue Satin and White Lace | White Fondant Mini Cake
Gray, White and Blue Hantaran |Navy Blue and White Ring Pillow

Am thinking of these colours for my nikah.At first I wanted to wear ivory, suci dan innocent. Tapi bila pikir balik, rasa macam nak pakai kaler lain sebab tandang nanti Insya Allah Rilla akai pakai ivory. So tak nak pakai ivory dua kali. Lagipun kalau buat baju nikah kaler ivory ke, putih ke, susah nak pakai balik, sebab orang tau tu mesti baju nikah. Kanda suggest pakai powder blue dan kelabu, and I thought, hey! That's nice! Rilla punya faveret kaler pun memang biru dan kelabu. My kanda actually cakap "Kita pakai kaler biru cair, lepas tu kanda pakai sampin kelabu - pergh!", hahaha. Kanda ni memang pandai la bab-bab style - he's my image consultant tak berbayar jugak, hahah. Jadi Rilla tambah lagi dua kaler - navy blue dan putih sebagai pelengkap dan untuk deco. So, what do you guys think? Ok tak?

Saturday, October 16, 2010

OP: Done!

Boleh? Hehehe, impulse decision masa pergi pameran pengantin kat KLCC last week.

Minta maaf ya sebab lambat update [bajet ada je orang yang tertunggu-tunggu Rilla update blog]. Rilla ada problem sikit dan outstation ke Perak dan Kedah minggu ni. My life was hectic this week, any spare moment I spend it on getting some rest.

Rilla pergi dengan Kanda. Overall, pameran kali ni tak la best mana pun, lagi best yang kat MV dulu. So mana-mana B2Byang terlepas nak pergi, don't worry, you don't miss out on much ;p Kami sampai awal, ada a few booths yang belum ready lagi. Tetiba nampak satu booth untuk photography and videography ni. Terus kitorang duduk dan tengok brochure.

Kakak Booth [KB]: Sorry dik, akak belum siap lagi ni, kejap ye
Kami: Eh takpe kak, take your time, kitorang layan diri je
*Kami pun discuss pasal pakej yang dioffer depan Kakak tu*
KB: Baguslah korang ni, pandai je layan diri, akak suka!

Memang kami tertarik sangat dengan pakej yang dia offer, very reasonably priced. PR dia sangat bagus dan memang kitorang ada chemistry. So Kanda suggest book sahaja straight away dan Rilla pun setuju. Cuma diorang ni based at Rawang, jauh sikit la dr rumah Rilla, tapi, again, PR sangat bagus. So pakej yang kitorang dapat:

Nikah+Sanding+Tandang
  • 1 storybook album 8x12
  • 1 storybook album 12x12
  • Gambar+Acrylic Frame 16x20 [buleh gantung kat rumah baru atas headboard katil, ihik]
  • Unlimited picture
  • Outdoor photo-shoot after sanding and tandang
  • DVD Copy
  • Free Album Bag
  • [Special promo]Free 1 sticky album [tak ingat size]
So for these 3 events, they charged us RM2900.00. Plus Rm300.00 for transportation to JB. And kalau Kanda bagi accommodation for 1 night kat diorang, diorang akan bagi 1 lagi free after-wed/outdoor photo-shoot session.Yang best tang album bag tu, macam dalam gambar kat bawah ni:



Dah terbayang dah, lau sape-sape mintak nak tengok gambar kawen kami, boleh bawak je beg ni, hahaha


Rilla taknak reveal dlu sape diorang ni, tunggu la nanti semua majlis dah selesai, baru Rilla buat review k? [hamik ko kena tunggu setahun++, huhu]

Friday, October 15, 2010

My First Award, yay!


Terima Kasih, Nadira
dan Liyana

Yeye, dapat award. Rilla terharu tahu.

Syarat-syarat Penerima Award

1) Thanks the person who give you this award: Tenkiu Nadira :D dan Liyana juga :D
2) Link that person at your blogroll: Oh, itu sudah lama dilakukan
3) Spread to 15 blogger which you think awesome: Wah, 15 yek? 5 je boleh? Actually sume B2B blogger pun beautiful
  1. Suezie
  2. Dyn
  3. Nora [Nak bagi juga walaupun Nadira dah bagi]
  4. Yumie
  5. Amy
4) Tell 7 things about yourself: I'm not that interesting =.=
  1. Saya pernah belajar dan buat show tarian zapin o.O
  2. Saya suka menjahit [bet you guys have already know this]
  3. Saya pernah dapat tempat ke-tiga dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kolej 13 UPM, hahaha, lame sungguh
  4. Kanda saya suka dengar bunyi saya bersin [macam bunyik kereta berenjin turbo masa tukar gear katanya]
  5. Saya seorang yang asertif. I can accept other people's opinion, but that doesn't necessarily mean that I'll change my opinion too.
  6. Saya suka minum milo ais, ejen penghadaman yang baek XD
  7. Saya hanya boleh main futsal, kalau suruh saya main sukan lain macam bola jaring ke, bola tampar ke memang tak pandai, saya tangan bangku

Thursday, October 7, 2010

I've been productive: Her Engagement Dress

Salam semua reader. Ni entry pertama Rilla untuk Oktober 2010, hehe, a few days jugak tak update. Well, I've been busy and productive [tambah duit untuk tabung kawen] doing this:



Tadaaa


Pada suatu hari yang hening [sebenarnya hari Jumaat lepas], colleague Rilla approach Rilla membawa hajat di hati. She told me that she has decided to get engaged and she needs my help. Rilla dah agak - "mesti nak soh aku menggentel ni". Dia cakap dia nak mintak Rilla jahitkan manik kat engagement dress dia. So, dia bawak keluar satu baju kurung pahang kaler tiffany blue ni [sila rujuk pic "before" di atas]. Baju beli ready made, RM75.00 sajo, tapi sweet. Except that it needs to be blingified. Bling yang ade tidak mencukupi walaupun ia bercorak ombak tsunami.

Rilla rasa sangat honoured bila dia bagi kepercayaan kat Rilla untuk jahit manik kat engagement dress dia T.T *air mata terharu* Dia mintak "bunga yang kelopak-kelopak" dan nak bunga tabur, jadi Rilla garap [big word disitu, "garap" hahaha] mengikut pemahaman Rilla. Rilla tanya dia, nak pakai tudung kaler ape, dia cakap nak pakai tudung putih. So, otak Rilla pun berputar, macam mana incorporate kaler putih dengan design manik yang dah sedia ada kat baju ni. Baju ni corak dia abstrak, tapi kawan Rilla nak corak bunga. So, in the end, Rilla cabut sahaja ombak jahat itu, miahahaha. Taruk bunga besar ikut corak beralun tu and bunga sakura untuk bunga tabur.

Bila tanya dia, bila dia nak Rilla siapkan, dia cakap "Khamis depan, pagi", maknanya this morning la. Sepatutnya Rilla ada 5 1/2 hari, but minus that Friday night [sebab Rilla tak beli manik lagi masa tu], kenduri kawen, pergi balik kerja, outstation travelling [ni pun baru balik dari Lukut], I have a short amount of time and I had to stretch myself. But after a couple of sleepless night and a lot, and I mean a LOT of Counterpain, I managed to finish it in time. So, pagi tadi bawak pergi office, nervous la, takut dia tak suka. But when she first saw the dress, her face lit up, she kept saying it was beautiful [ni dia cakap, hoke] and she loved it very much. So that made my day. Rilla sangat happy bila tengok dia happy dengan kerja Rilla. Mari tengok closeup:



Bunga tabur Sakura








p/s: Can you tell that I'm super excited about this project from the super long entry
?