Monday, November 22, 2010

My Ring Hunting Story: Meminang, Nikah Ring Done!

Pada Sabtu lepas [20hb], selepas berjaya membawa pulang trofi kemenangan...

Ok, gambar ini takde kaitan dan berunsur show-off ;p

Kanda and me went to Sunway Pyramid to hunt for our rings. Plannya nak survey cincin di SP dan Mid Valley, kemudian nak beli sabtu ni [27hb]. Kami nak beli 4 cincin terus - cincin belah rotan untuk meminang, cincin tunang, cincin nikah for me and cincin nikah for kanda. Sonang, beli seme sekali, pastu tak payah pikir dah. Isi penting di situ: Sabtu lepas survey, Sabtu ni beli.

Akhirnya kami terbeli cincin meminang dan cincin nikah saya. Huhu, boleh ke "terbeli"? And we only toured SP, tak pergi MV pun, sebab bila dah petang tu, dua-dua pun dah pening kepala. Siap beli panadol actifast lagi. Mungkin sebab banyak sengat tengok diamond? Hahaha.

Kami tawaf satu SP tu, dan situ memang sangat banyak kedai jewellery kan, penat tau dengan peha tergeliat time main futsal lagi. I was determined to have my belah rotan ring made from rose gold. Saya memang lebih suka rose gold berbanding emas kuning. Tapi sangat susah nak cari. Cincin rose gold semuanya berbatu-batu. Last-last kami tempah sahaja. Saya memang dah agak, cincin saya mesti kena tempah punya sebab jari saya kecik, saiz 8. Nasib baik sempat nak tempah, sebab ambil masa 3 minggu.


Saya dah cuba Google cincin yang macam cincin saya, this is the closest that I could find. Saya punya lebih nipis, lepas tu ada jalur white gold kat tengah. Cincin saya juga tak plain macam ni, ada carvings sikit.

Ok on to my nikah ring. Oh, saya sudah jatuh hati dengan cincin nikah saya. Sebelum ni saya berangan nak cincin radiant cut. Tak pun round cut with 4 prongs sebab nampak macam square. White gold semestinya. Tapi tak mahu solitaire. Cik Rilla ganas tau, kalau pakai solitaire, confrim calar-balar kulit nanti, haha. Sudah ditakdirkan daku bukan gadis lemah lembut, nasib baik ada orang nak, huhu.


Lebih kurang macam kat atas ni, tapi white gold. Tapi yang kami beli, bukan seperti yang Cik Rilla dambakan. We fell in love in this one ring. Saya dah try Google, nan ado juga. Ke ko yang tak pandai Google Rilla? Tapi saya jumpa yang hampir serupa.



Tapi diamond saya lebih kecil. Dan jangan terpedaya dengan keblingannya melambangkan harganya. We got ours after 70% discount. Harga asal memang jauh panggang dari api tak mampu. Tapi lepas discount, the price fell UNDER our budget, jadi takkan nak lepaskan peluang kan? The diamonds are not certified though, jadi camno nak apply 4Cs kan? We did survey for certified diamonds, saje-saje. SA siap pinjamkan kitorang kanta khas untuk tengok cutting diamond lagi. Memang la sangat menawan dengan perfect arrows dan kilauan dia. Tak pakai kanta pun memang nampak beza. Siapa-siapa yang mampu, sila beli. But we didnt. Rilla punya personal opinion, it's ok to buy uncertified diamonds if you're not planning to sell it. Tapi kalau untuk investment, harus tau. Cincin nikah saya ni ambil masa 1 minggu untuk diorang resize. Buat casing baru, bukan potong. Saya suka sebab kebanyakkan jewelers hanya potong casing cincin untuk resize.

We're very happy with our decision. Tadi time lunch we meet up and went to SP to settle the payment [Sabtu hari tu deposit saja, mana bawak duit, nak survey katanya]. Dapat free gift crystal and pearls bracelet. Nanti siap dua-dua cincin baru ambil. Cincin meminang siap 14/12/10 [tarikh anniversary kitorang], weee. Tapi akan disimpan oleh FMIL. Kitorang tamo simpan sendiri, takot.

Terima Kasih Wah Chan ^.^

Siap manager dia yang layan kitorang. Boleh kow-tim. Cuma SA kitorang tak fasih bahasa Melayu, jadi komunikasi tidak berapa lancar. Free polishing for life. Overall good service.

14 comments:

  1. saya pun masa tunang ambik dekat wah chan =) nikah tak tahu lagi :(

    ReplyDelete
  2. Rilla:. Cincin tuk kanda sempat survey ke x??hurm what do u prefer for him??sbb yumie skrg tgh survey2 jg cincin tuk lelaki.tp harga,ya ampun mcm mahal je rse..hehe..klu itu harga tuk emas yg perempuan pkai ok le gak..huhu

    ReplyDelete
  3. Aira: Wah Chan bagus. Ala, nikah tak dapat cincin, dapat gelang pun ok :) Jangan sedih-sedih k

    Yumie: Kanda punya cincin kitorang ada survey. Cuma dia tak jumpa yang berkenan di kalbu. Kalau Platinum mahal sikit, tapi kalau suasa affordable jugak lah. Tapi kan Kanda ada dengar orang cakap lelaki tak boleh pakai suasa, hurm...

    ReplyDelete
  4. haaa.... dapat dua sekali gus. chop, SP tuh apa? now semua kedai emas tengah sale kan?

    ReplyDelete
  5. Errks yeke??bkn lelaki boleh pkai suasa ke?huhu..platinum mmg mahal kn??xmampoo!!bg silver je bleh??uhukk..

    ReplyDelete
  6. try Tomei sbb i think they hv more design but price reasonable jgk compare to HABIB...?

    ReplyDelete
  7. Amy: Ha'ah, lau tak nak beli empat sekali. Alang-alang tengah sale ni, harga turun banyak, beli jelah. SP tu Sunway Pyramid. Rilla ni malas punya orang, tak nak taip penuh-penuh. Hahah

    Yumie: Kitorang tanya SA tu, suasa ada campur emas tak. Sa tu cakap suasa ada 37% emas, jadi kitorang macam was-was la. Bagi cincin yang ada gula-gula tu jelah, ahaks

    ReplyDelete
  8. yay! dh dpt cincin!! haritu time tunang pon sy beli kt wah chan. dpt free gift pearls tu jugak. :D

    sekarang nk cari cincin nikah tatau kat ne. maybe tawaf midvalley lagi kot.. ;)

    ReplyDelete
  9. WBM: Ok, nanti boleh tengok Tomei. Habib, used to realy like them, tapi sekarang rasa macam design dia tak berapa lawa :(

    SK: Yeyy jugak. Tapi lagi setahun baru dapat pakai, huhu. Rilla pun nak tawaf MV jugak :D

    ReplyDelete
  10. wa...rilla..kecik nye jari u dear

    ReplyDelete
  11. Iedaya: Huhu, nak wat camne. Memang satu family jari keding

    ReplyDelete
  12. dear kat mana u custom cincin suasa..bole bgtau tak kat ner..n kalo ade contact person yg buat cincin tu..sbb i nak wat cincin utk pre-wedding i..tq

    ReplyDelete
  13. dear..kat ner u custom ring yg rose gold..because i nak custom my ring n my partner...for pre-wedding gift.. kalo u ade contact person ke nama kedai tu..i nak tua bole..tqvm

    ReplyDelete
  14. Sya'boo: I tempah kat Wah Chan Sunway Pyramid jek. Rasa macam dah terbuang pulak card diorang tu. Tapi you boleh walk-in saja.

    ReplyDelete